Wednesday, April 12, 2006

Bingkisan Maaf Buat Kalian

Sajak : Bingkisan Maaf Buat Kalian
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Aku mahu minta maaf
kalau aku tidak dapat puaskan hati kalian.

Aku juga manusia biasa
yang punya banyak kelemahan.

Untuk Adabunis
kalau-kalau semakanku kurang tajam.

Untuk Ustaz Masnur
Jundullahku yang belum khatam.

Untuk perempuan-perempuan yang aku tunjukkan
jika ilmu dan usahaku belum cukup dalam.

Untuk Faiz
andai istiqra’ dan tulisanku belum jumpa tamam.

Untuk Badang,
majlis kau aku tidak dapat datang.

Untuk kalian yang aku berurusan
ish,
dengan penuh kesedihan
maafkan aku, ya!

Surat Sumpah:
1. Sesekali aku berpoya-poya, demi hilangkan tekanan.

1 comment:

Akhie Mujahied said...

memang kena berpoya-poya ke?