Akhirnya saya sampai ke Kaherah demi membuat pasport baru. Pasport mati bulan 8. Iqamah mati bulan 6. Tempoh untuk membuat pasport baru adalah 6 bulan sebelum tarikh tamat (Jadi, patutnya bulan 2 lah! Bukan bulan 4!).
Ia bererti 5 perkara. Satu - kelas auzan syi'ri yang ditangguh terpaksa saya batalkan. Maaf. Dua - Saya akan ketiadaan pasport selama beberapa bulan dalam tempoh pembaharuan. Tiga - kemungkinan besar saya tidak pulang ke Malaysia tahun ini. Kalau pulang, saya buat pasport di Malaysia saja. Empat - pasport mati awal kerana buat awal. Masa mohon Mekah Madinah tahun 2001. Saya tidak mahu pergi sana. Saya mahu ke Mesir. Ke al-Azhar. Tapi ayah ibu mahu saya cuba mohon. Akhirnya, tak dapat juga. Lima - nasib baik, kalau tak fitnah Wahabi tentu mengancam saya.
Kisah membuat pasport banyak mengingatkan saya pada bumi Kelantan. Pada tanah Pasir Puteh. Pada Padang Pak Amat. Pada cuti yang saya rayu pada Ustaz Roslan pagi sebelum kelas bermula. Pada 10 ringgit yang saya pinjam dari makcik kantin untuk ke Kota Bharu. Pada bumi Perlis. Semuanya.
Mohd Zaki
Surat Sumpah:
1. Wah. Walaupun tujuan ke Mekah Madinah hendak ambil lughah, tetapi betapa salah faham pada bahasa Arab besar kesannya pada pemahaman agama.
2. Bahibbak Masr!
13 comments:
semoga dimudahkan buat pasport.amin
Mendoakan diri sendiri seolah-olah doa orang lain kepada dia. =)
Sepuluh ringgit sudah berbayarkah?
amin.Allah yassir..
wah, selama ini ana ingat akh mohd zaki di mesir..Di Madinah rupanya..
isk. Hutang kenalah bayar. Lagi pun memang sudah bayar.
Em. Memang ana di Mesir.
Terharunya. Jarang-jarang orang sudi komen tulisan ana.
Padang Pak Amat atau Pulau Pak Amat?Saya tak pasti,tapi rasanya tempat yang sama,namanya ada banyak.Ada orang panggil Kuala Pak Amat.Kalau susur terus pinggir Pantai Sabak,dalam 15 minit pun boleh sampai.Dikatakan tempat pertempuran pertama antara British dan Jepun di Malaya,hanya sejam sebelum berlakunya serangan ke atas Pearl Harbour yang famous tu.
Biar benar?Pernah ke sana?Itu tempat saya berjemur,eh silap, tempat saya bermain,zaman budak-budak dulu.
Ramai sanak-saudara di sana.Masa -kecil-kecil dulu suka duk cari ghemis* di tepi2 pantai tu,lepas tu bakar,makan ramai2.Wah.Seronok.Lepas tu mandi laut.Main wau.Panjat pokok kekuk*,cari buah kekuk yang dah masak.
Eh,ter over pulak,yelah entry ni mengimbau kenangan silam zaman kanak2 saya plak.Heh.Komen tak ingat dunia.
*ghemis=sejenis binatang laut yg boleh dimakan,macam udang kecil bentuknya.
*kekuk=org luar Kelantan panggil ceri Malaysia kot,takpun ceri hutan.
Tulisan enta hebat, hingga takut untuk memberi komen. Rasa tak layak beri respon untuk tulisan-tulisan hebat, macam tulisan enta.
Takut kena reject responnya. =)
Oh ya, update lah selalu.
Isk. Padang Pak Amat lah. Ada nama lain ke?
Tak mengapa saja kalau nak mengimbau kisah lama, anonymous.
Dan Saufiah, tulisan ana hebat? Isk. Nak kena tulis yang 'poyo-poyo' ke? Supaya orang boleh komen?
Hehe. :D
saye hanye penah dgr padang pak amat.
ade name lain ye cik anon?
um,ustat zaki penah ke kelate?
tamo pegi lagi ke?
=p
"padang pak amat"
Kami satu sekolah... zaki banyak kes dulu... kantoikan zaki
ustaz Roslan Paling Zaki Ingat, banyak sejarah dengan dia.... tul tak zaki???
isk. ada kes tu memang lah. Tapi kisah silam. Baca dalam cerpen (BUTA)
Memang nak pergi lagi. Nak ambil sijil STU yang belum diambil. Ke sana masa tahun 2001 ambil periksa STU dan kecewa sebab tak boleh ke Mesir . Jadi balik ke Mesir semula.
Kawe dok sei kecek kelate sini. Napok tok panda kecek sero. Kalu akmal tu meme klate pekak...(pekat)
Zaki...zaki...
Kritis! dan kadang2 terlalu perfectionist!
:)
wah,saudara Ubai.Rasa teruja nampak nama anda di sini.Dah lama mencari-cari blog anda,disebabkan ust Zaki yang suka menyebut nama anda di blognya.Jadi curious nk tau.Ahlan wasahlan to bloggers' world~
Pulau Pak Amat
tulah org lama kita dah buat blog...
Alhamdulillah..
lama juga kami tunggu..
Post a Comment