Friday, April 28, 2006

A. Ubaidillah Menulis

Tulisan di bawah ini adalah hasil tangan Saudara Ubaidillah. Dia menaipnya sendiri dan memposnya di depan mata saya. Saya yang beri izin.

Mula Menulis Novel

Saya menulis catatan ini di blog saudara Zaki.

Pada tahun 2003, saya telah menyiapkan sebuah novel bertajuk "Mantera Kinanah". Selepas dibawa ke pihak PMRAM untuk diperiksa, isinya perlu diubah beberapa tempat. Semangat saya untuk menerbitkannya jadi tergugah. Apatah lagi setelah diteliti oleh rakan-rakan, mereka seperti kurang berminat dengan isinya. Jadi, saya langsung abaikan soal penerbitannya. Pun begitu, saya bertekad akan kembali menulis setelah menjadi penulis yang lebih matang. Saya sangat yakin, peluang kedua akan muncul.

Senggang beberapa bulan, saya diberi peluang menulis di majalah Blues Selamanya(BS). Pantas saya cerai-ceraikan Novel tersebut menjadi 14 siri monolog. Yang setiap sirinya saya masukkan kata-kata hikmah yang saya ilhamkan sendiri. Peluang itu membuatkan perjalanan saya sebagai penulis menjadi lebih yakin dan berani. Terkesan dengan penulisan di BS, pengarah urusan PTS Millenia menghubungi saya lewat Yahoo Mesenger(YM) untuk menawarkan ruang bekerja dengannya. Dia meminta saya menulis dan melukis untuknya. Dia mahu melatih dan mengembangkan bakat saya. Saya kira motivasinya begitu tinggi namun hal itu tidak pantas saya terima. Kerana cita2 saya adalah menjadi penulis bukan pelukis. Tambahan pula menulis dan melukis sekaligus adalah kerja yang sangat berat bagi orang baru seperti saya! Pengarah urusan ataupun Abang Fauzul Naim tidak putus asa memujuk. Saya terima juga akhirnya. Sehinggalah penghujung 2004, saya mula menulis novel pertama "Sekudus Nur Ilahi"(SNI).

SNI adalah sebuah novel grafik. Ia bukan seperti novel biasa, malah mengandungi lukisan ala komik setebal 215ms dan isinya juga agak berat. Ia memakan masa selama lapan bulan untuk menyiapkan isi dan lukisan. Dari pembikinan buku itu, saya menghabiskan banyak waktu dan tenaga...maklum sajalah, saya perlu menyiapkan 210ms lukisan komik. Tidak termasuk lukisan yang dibakul sampah. Jika dihitung kesemuanya, saya anggar sekitar 300ms telah saya lukis demi menyiapkan buku itu.

Dengan izin Allah, buku itu akan memasuki pasaran pada pertengahan Mei 2006. Saya dimaklumkan buat masa ini, buku itu telah dihantar ke percetakan dan akan memasuki pasaran seluruh Malaysia pada penghujung Mei ini. Ia boleh didapati di MPH, Kinokuniya, Popular dan mana-mana bookstore yang memasarkan buku PTS Millenia.

Sekarang? Ya, saya baru sahaja menyiapkan novel kedua yang akan saya terbitkan di Mesir. Ini bukan novel grafik tetapi hanya buku biasa. Sebuah kisah yang saya karang sepenuh jiwa dan pastinya jiwang. Bagi penggemar novel sedih dan kalam-kalam motivasi...bolehlah cuba membacanya selepas ini. Novel kedua saya diberi nama "Izinkan Aku Pergi". Setakat ini hardcopynya telahpun diserah kepada pihak PMRAM untuk diperiksa dan cover bukunya juga telah siap didesign. Hanya menunggu masa untuk terbit sahaja. Jika tiada aral, saya mahu memasarkan ia pada hari penutup Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan(PMHK) 2006. Insya Allah.

Mohon didoakan perkara itu sukses!
Ubaidilllah

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah saudara Ubai. Anda telah berjaya membuat sesuatu yang " out of the box". Kiranya walau ianya sesuatu yang berat, namun dua dalam satu adalah satu kelebihan dan anugerah Allah.Moga hasilnya inshAllah memuaskan dan perolehi barakah

Zaid Akhtar said...

Mabruk Ubai!

MZP said...

nai dan zaid: betul. Tahniah Ubai!

A. Ubaidillah Alias said...

Nai, doakan saya terus mapan.

Zaid, terima kasih. Sy mengikut jejak anda.