Thursday, June 29, 2006

Linux Dan Saya

Linux Dan Saya.

Seorang dua kawan bertanya apa lebihnya Linux berbanding Window lalu saya katakan saya tak tahu. Seorang jahil seperti saya dalam bab ini tidak patut cakap banyak kerana ia akan menonjolkan kejahilan lagi dan lagi. Bila kelihatan jahil, kita rasa malu. Bukankah kita mudah rasa malu bila kelemahan diketahui orang, lalu kita akan dengan sedaya upaya menutupnya?

Tetapi, saya tak peduli.

Linux yang berada di depan mata saya banyak yang kurang. Banyak fail gagal dibuka. Fail audio seperti lagu, cerita, klip, video, rakaman, yang pelbagai format seperti avi, ram, mp3, dat, mpeg, swf, wmv, hanya sebahagian saja berjaya dibuka. Yang lain saya tak tahu macam mana.

Begitu juga dengan sebahagian besar fail yang asalnya berpaksikan sistem dan aplikasi window, gagal dibuka. Nasib baik Suse 9.3 ini boleh buka microsoft office.

Terlebih dahulu saya katakan, sebenarnya bukan tidak ada cara bagi mengatasi masalah yang saya sebutkan. Barangkali bagi membuka fail-fail tersebut saya memerlukan software tambahan tetapi saya tidak tahu mahu cari di mana. Dan lebih tepat adalah kerana kejahilan saya barulah masalah ini terjadi.

Paling jelas, apabila saya berjaya menaip tulisan Arab dalam word, tetapi apabila melayari web bahasa Arab seperti aljazeera tulisan gagal keluar. Yang ada cuma kotak-kotak. Jadi, di mana silapnya?

Begitu juga apabila menggunakan Linux, saya tidak menjumpai 'sharing' dan 'network' menyebabkan saya terperangkap sepenuhnya sendiri seorang diri. Yalah. Sistem lain. Kalau semua guna window dan saya guna linux, apa ke jadahnya mahu masuk ke sistem orang lain dengan ilmu serendah ini.

Pun begitu, adalah tidak adil mengatakan Linux banyak kekurangan. Kerana apa? Kerana saya menilainya dengan kaca mata window. Kerana saya menyimpan fail-fail yang menyokong window. Memanglah linux tak boleh buka. Cuba terbalikkan dalam beri penilaian sekali lagi. Bagaimana kalau saya bawa cd linux, dan saya mencuba cd linux itu di dalam komputer windows, bukankah windows juga gagal membacanya? Jadi, ia sama, bukan?

Oleh kerana itu, menilai lebih atau kurang perlu dengan kaca mata sebenar. Nak tahu,kena guna dua-dua.

Pernah kawan saya menyatakan, window syarikat besar. Kerana itu juga, musuhnya ramai. Musuh yang ramai akan buat macam-macam, seperti virus, spyware, dan windows mengalami musuh-musuh ini. Cuba terbalikkan fakta ini dan pakaikan pada Linux. Berapa pula musuhnya?

Window menguasai hampir semua komputer di dunia, dalam peratusan yang sangat besar. Kerana itu, banyak program dibangunkan oleh 'sukarelawan' yang menyokong windows. Kerana itu kita menjumpai lambakan program yang serasi dengan sistem window. Terbalikkan fakta ini pada Linux. Sistem operasi linux tidak ramai pengguna menyebabkan kurang 'sukarelawan' yang mahu menciptakan program yang serasi Linux. Di sini kita akan lihat ketidakadilan apabila kita sendiri berat sebelah menghukumnya tanpa periksa.

Apapun, saya sedang mencubanya. Ia satu kejayaan juga.

2 comments:

jelikweyh said...

explore lh linux ...
mesti best bila dh pro ...
windows nih , code der kita x blh langsung nk modifide ( lecturer ak ckp code mati ) ...
tp ,klu linux nih , der open code ...
kita yg adjust code der & kita yg akn dpt k'puasannya ...

klu ko rajin , ko nyer linux blh jd lbh canggih dr MAC & windows ... usaha tangga kejayaan ... kt MAS skang nih pn , rmi yg cuba b'eksperimen dgn Ubuntu ... tp ak x lh , belajo code skit dh m'ragam & m'racau yg bkn2 ... hohoho

MZP said...

tak orang nak ajar.. huhu, insya-Allah, akan...