Apabila adik saya menyatakan bahawa dia tidak jadi sambung belajar di Mesir dan mengatakan dia akan sambung belajar di UIA sahaja, saya lantas teringat ayah. Kerana saya faham benar perangai ayah, barulah saya sengaja 'tidak mengambil keputusan S.P.M', sengaja 'tidak mengisi borang U.P.U' bahkan sengaja menjadikan alasan itu ini supaya terelak mengisi borang U.P.U.
Dalam apa-apa hal, tindakan ayah bukanlah suatu kesalahan, begitu juga saya.
Antara ayat yang saya selalu dengar bila keputusan S.P.M saya diwar-warkan - ini kalau mohon U.I.A ni boleh dapat ni. Begitu juga kata-kata - sijil S.P.M ni laku dua tahun. Ala, isi saja borang, nanti kalau dapat baru fikir hendak ke mana.
Bahkan setelah sijil STAM saya keluar dengan keputusan yang agak cemerlang, usikan ayah suruh masuk ke universiti dalam negara masih berlanjutan. Ide suruh isi dulu baru fikir saya ketepikan kerana saya sudah tetapkan target saya kala itu.
Saya tidak menafikan hak adik saya memilih mahu masuk universiti mana, ini pilihannya juga, peluangnya juga, bahkan, apabila keputusan dibuat, penyesalan harus dijauhi. Lagipun sekarang masih ada masa. Boleh fikir. Bertindaklah selayaknya.
Kerana itu, saya yang kebetulan bekerja dalam tahun peperiksaan STAM, (kerana saya pelajar persendirian, bukan calon sekolah) dan bekerja juga pada tahun menunggu keberangkatan, langsung menyimpan wang dan dengan wang itulah saya jadikan tambang. Kerana saya tidak mahu ayah merungut kononnya saya menghabiskan duit membeli tiket kapal terbang.
Saya suka kalau anda orang yang terbuka fikiran membandingkan bayaran pendaftaran masuk ke universiti dalam negara dengan kos tiket kapal terbang. Kemudian bandingkan kos sara hidup di sini dengan kos sara hidup di universiti dalam negara. Tetapi alasan ayah cuma satu, universiti dapat pinjaman, luar negara biaya sendiri, saya lantas senyap kerana di situ saya kalah hujah.
Dalam banyak segi, saya hormat ayah. Hormat sesuatu yang tidak boleh hilang, sekalipun bertentangan hujah.
No comments:
Post a Comment