Blog adalah sebuah diari yang besar. Untuk mencari sejarah yang dilupa, rasa yang dikambus, hala yang diukir. Untuk mengimbau setelah menyimpan, untuk muhasabah setelah memadam
Saturday, July 29, 2006
Tetamu Yang Empat
Apa dugaan paling besar bagi saya?
Satu, saya tak pandai berbual. Lagi dengan orang tua. Tambah saya kurang pengetahuan am, walaupun mengenai Johor. Saya jadi takut dan menggigil.
Dua, rumah orang bujang, ada banyak kurangnya. Perkakasannya. Bahan-bahannya. Solek dan susun aturnya. Alasan - ini rumah bujang - boleh dipakai tetapi sampai bila boleh tahan alasan itu.
Tiga, saya tak mahir sangat jalan-jalan di sekitar Mesir ini. Tahulah sikit-sikit, satu dua tempat, tetapi bukan betul-betul mahir. Cakap dengan Arab pun tak berapa pandai.
Em. Saya perlu bersedia, cari satu dua benda. Siapkan dua tiga perkara. Dan kemaskan tiga empat tempat. Jadi, sampai sini saja catatan ini.
Ke Kuburan (2)
Adalah rezeki kebetulan badan saya sudah bersih dan selepas azan zohor berkumandang, saya lantas keluar. Ke masjid. Kerana kalau saya terlewat walaupun cuma lima minit alamatnya solat di kaki lima atau mungkin juga di atas jalanraya.
Rezeki juga saya sampai ke pintu masjid sekitar 4 minit dari waktu azan tamat dilaungkan. Hari ini, solat zohor akan lebih awal dari waktu-waktu kebiasaan, fatrah yang biasanya ditetapkan sekitar 15 hingga 20 minit menunggu makmum ramai akan dipendekkan menjadi sekitar 5 minit sahaja. Ada masanya juga yang sebaik habis azan lantas iqamah. Jadi, tergesa hari ini memang patut.
Dalilnya cuma satu, isyarat yang sangat jelas - dalam sekitar pukul sepuluh pagi tadi, bilal mengumumkan dari corong mikrofon ada jenazah. Kerana itu, makmum hari ini cepat tiba, lebih ramai dan solat lebih awal.
Selepas selesai solat Zohor, jenazah di bawa ke hadapan. Dalam keranda kayu, berkaki empat, ditutup kain hijau bertulisan emas, dibawa terus ke saf pertama, di depan imam. Makmum yang membuka ruang laluan untuk jenazah di bawa ke depan mula merapatkan saf dan meluruskannya. Sekejap lagi solat. Sekejap lagi.
Mikrofon dibawa ke sisi imam, dan amali solat jenazah diterangkan secara ringkas - bahawa solat jenazah itu ada empat takbir, selepas takbir ihram membaca Fatehah, selepas takbir kedua membaca selawat, selepas takbir ketiga membaca doa untuk mayat, dan selepas takbir terakhir membaca doa untuk umat Islam.
Saya menanti pengumuman Imam tentang gender jenazah seperti biasa yang akan dimaklumkan, tetapi kali ini tiada. Imam berdiri di salah satu hujung jenazah dan bukan di tengahnya. Sah, ini jenazah lelaki.
Sebenarnya, orang Arab akan berebut membawa jenazah, bahkan akan saling bertukar-tukar giliran membawanya. Tetapi kali ini, budaya berebut seolah-olah tiada, lantas saya segera padamkan segala andaian yang bukan-bukan, berdoa dalam hati dan atas bibir untuk mayat. Tukang pikul cukup-cukup, barangkali yang ramai sedang bersedia menanti saja di luar. Barangkali, kalau memikul sejak dari dalam menyukarkan mereka memakai kasut dan meneruskan usungan.
Kali ini juga, tiada kereta pembawa jenazah. Jenazah diusung bahu membahu, dari dalam masjid menuju ke jalan Muhandis Nabawi, kalau tidak silap saya. Nama jalan saya sedikit keliru, kerana serasa macam pernah diberitahu begitu atau pernah juga dikhabarkan bahawa jalan itu syari' Jamal Abd Nasir. Yang penting, matlamat cuma satu. Maqbarah Mandarah.
Berjalan sekitar sepuluh minit mengekori belakang jenazah dan belakang serombolan lelaki menyedarkan saya, yang turut hadir mengikut jenazah tidak seramai biasa. Tidak seramai yang mengikut kali-kali dulu, yang ramainya memenuhkan dua lorong pergi balik jalan dan menghentikan segala bentuk pengangkutan baik kereta, teksi hattakan van penumpang.
Saya tiba juga ke maqbarah, selepas melorong ke kanan, melalui depan madrasah Doktor Fauzi Mahyuddin, dan kemudian melorong ke kiri sebelum tiba betul-betul ke pintu gerbang maqbarah. Kiri kanan dipenuhi bongkah batu putih selebar dan sepanjang usungan jenazah, sering membayangkan kepada saya di bawahnya ada jenazah.
Di sini, setiap keluarga ada madfin. Madfin ke madfan? Ada ruang pengembumian.
Saya secara terus terang, belum berpeluang melihat lebih dekat, dengan mata sendiri tanpa dihalang apa-apa, akan proses sebenar pengebumian. Tetapi, apa yang saya pasti, ada bongkah batu seperti kepingan penutup kubur, atau barangkali kepingan yang dijadikan dinding tepi kubur.
Ada juga simen dan berlaku bancuhan, ada pasir, bahkan senampak saya, tiada proses timbus tanah tetapi semacam jenazah dimasukkan ke dalam bongkah kotak dan dimasukkan dari dinding tepi sebelum disimen semula dinding bongkah itu. Saya tak pasti, kerana saya tak melihat dengan mata sendiri akibat dihalang ramainya manusia.
Tetapi jangan terkejut kalau saya kata saya hampir pasti, kerana ada madfin yang bermangga di tepi dindingnya. Kalau bukan jenazah dimasukkan dari tepi lantas itu apa pula?
Bahkan kali ini juga, barangkali kerana terik matahari zohor dan bahang musim panas, tidak kelihatan pula mana-mana perempuan menangisi jenazah di sepanjang pengiringan ke kuburan. Barangkali juga jenazah tiada saudara mara dan hidup sendiri. Saya tak pasti. Kalau benar begitu alangkah kasihannya.
Sebelum pulang, saya menanti juru talkin tetapi kali ini tiada seperti lazimnya. Akhirnya, saya pulang bersama-sama dengan seluruh yang hadir.
Satu barisan lelaki di sebelah kanan menghulur tangan bersalaman dengan semua yang mahu meninggalkan perkuburan, suatu adat yang biasanya adalah terdiri dari ahli keluarga si mati. Di maqbarah ini, kalau anda ada sama, anda tidak melihat kewujudan orang perempuan saat pengebumian, yang kalau ada pun akan diminta keluar kerana biasanya orang perempuan akan menjadikan suasana dipenuhi tangisan dan rintihan. Kerana itu perempuan biasanya berada di tepi jalan, kemudian ada beberapa orang yang akan menahannya agar tidak ikut serta.
Saya pulang ke rumah, membawa sedikit insaf dalam hati, bahawa semua akan bersendiri selepas mati. Hidup barangkali sibuk mencari teman, kawan, isteri, suami, keluarga, memburu kesenangan hati, menghalau kesunyian, tetapi adalah suatu hakikat, bahawa mati itu berseorangan.
Wednesday, July 26, 2006
Hafizullah, Mengapa Salah?
Tarkib hafizullah ini adalah dari jenis idofah. Idofah ada beberapa makna. Dan dalam semua makna yang saya tahu, tarkib ini adalah salah dan dilarang.
Pertama, ia bermakna 'min'. Daripada. Idofah yang bermakna 'min' seperti dalam contoh, thamratu l-Khilaf. Makna lain idofah adalah 'li'. Bagi (untuk). Contoh idofah yang bermakna 'li' seperti dalam contoh, hadiqatu l-hayawan.
Teliti. Thamratun minal khilaf, dan hadiqatun li l-hayawan.
Perlu juga difahami, tarkib idofah juga terdiri daripada lafaz yang mempunyai asal daripada fe'el. Lihat contoh idofah, kholiqu s-samaawaat. Atau, nasrullah. Lafaz khaliq dan lafaz nasr adalah kalimah yang mempunyai asal daripada fe'el.
Sebelum memeningkan anda, sila kumpulkan keempat-empat tarkib idofi ini. Satu, thamratu l-khilaf. Dua, hadiqatu l-hayawan. Tiga, khaliqu s-Samaawaat. Empat, nasrullah.
Lihat mudoofnya. Abaikan mudoofun ilaihi. Pertama adalah thamrah. Dua adalah hadiqah. Tiga adalah khaliq. Dan empat adalah Nasrun.
Dua mudoof pertama adalah isim zat. Isim benda. Thamrah dan hadiqah adalah isim zat. Ia tidak mungkin bermakna sifat. Tetapi bagi dua mudoof yang lain, iaitu khaliq dan nasrun, ia adalah isim juga, dengan lafaz khaliq adalah isim sifat, dan nasrun adalah isim masdar. Kekerasan isim masdar adalah menghampiri kekerasan isim zat.
Fokus saya di sini adalah pada lafaz khaliq dan nasrun, kerana kedua-dua lafaz ini berbeza dengan lafaz thamrah dan lafaz hadiqah. Dua lafaz ini mempunyai asal daripada fe'el. Khaliq berasal dari kh-la-qa, dan nasrun berasal dari na-sa-ra.
Sesuatu yang telah dimaklumi oleh kita semua, setiap fe'el ada fa'el, bahkan ada yang ada maf'ul. Tetapi, sesuatu yang dimajhuli oleh kebanyakan kita adalah, setiap isim fa'el ada fa'el, bahkan ada maf'ul, dan setiap isim maf'ul ada naib fa'el. Bahkan juga masdar.
Saya ulang. Setiap ISIM FA'EL ada fa'el, bahkan ada maf'ul, dan setiap ISIM MAF'UL ada naib fa'el.
Mudoof dalam contoh, khaliqu s-samawaat adalah isim fa'el, dan mudoof dalam contoh, nasrullah adalah isim masdar.
Memang. Khaliqu s-samaawaat boleh dimaknakan dengan li. Pencipta bagi langit. Begitu juga dengan nasrullah boleh dimaknakan dengan min. Pertolongan daripada Allah.
Tetapi, apabila lafaz mudoof ini berasal daripada fe'el, ia membawa makna tambahan. Membawa makna tambahan inilah yang selalu kita abaikan. Ia membawa makna fa'el, dan membawa makna maf'ul.
Oleh kerana itu, khaliqus- samaawaat membawa makna maf'ul, yang bererti, pencipta langit, dan langit itu maf'ul. Kita dapat lihat mudoofun ilaihi dalam tarkib idofi ini menjadi maf'ul. Faelnya mana? Fa'elnya tak dinyatakan kerana sudah maklum.
Begitu juga dengan nasrullah. Ia membawa makna tambahan 'fa'el'. Pertolongan Allah ini membawa maksud - Allah menolong, dengan Allah dalam lafaz tersebut adalah fael, dan bukan maf'ul.
Kembali membincangkan lafaz hafizullah, mengapa salah dan perlu ditukar?
Selalunya, apabila kita mendengar perkataan jaga, dan kita mendengar perkataan Allah, lantas kita mengandaikan bahawa - Allah itu penjaga, dengan Allah adalah fa'el. Tetapi, hakikat bahasa adalah lebih daripada itu. Adakah tidak mungkin, dari pandangan bahasa, apabila kita menemukan lafaz jaga, dan lafaz Allah, maka ia bermakna Allah itu dijaga, dengan Allah adalah maf'ul?
Adakah kemungkinan yang saya sebutkan ini, tidak pernah berlaku dalam bahasa, hasil kerana kesilapan tarkib?
Lantas saya perlu menegaskan, bahasa dalam tarkib dua lafaz ini, iaitu jaga dan Allah, Allah mesti di tempat fa'el, dan tidak boleh di tempat maf'ul. Kerana ia dilarang. Allah mesti bermakna fa'el, iaitu penjaga, dan bukan bermakna maf'ul, iaitu dijaga.
Masalahnya, lafaz hafizullah, memaparkan Allah di tempat fa'el atau di tempat maf'ul?
Oleh kerana ia adalah tarkib Idofah, maka perhatikan mudoofnya. Mudoofnya adalah hafiz, isim fa'el. Dan Allah berada di tempat maf'ul. Kita akan memaknakan tarkib ini menjadi - Penjaga Allah. Soalnya, adakah betul dan wajar kita mengatakan bahawa Allah itu ada yang menjaganya?
Perhatikan tarkib khaliqu s-samaawaat, dan lihat mudoofnya - khaliq. Pencipta. Bermakna, pencipta langit. Jadi, dalam lafaz hafizullah - penjaga Allah!
Lihat sedikit perbezaan dalam tarkib - hafizu l-Quran, bermaksud, penghafaz al-Quran, dengan al-Qran adalah maf'ul.
Saya menyatakan begini kerana saya menyedari bahawa, isim fa'el, apabila diidofahkan, ia akan berhajat kepada maf'ul dengan hajat yang sangat kuat. Tetapi tidak berhajat kepada fa'el. Berbeza dengan isim masdar. Isim masdar apabila diidofahkan, ia berhajat kepada sama ada fa'el, atau maf'ul jika ia mempunyai maf'ul.
Lihat contoh nasrullah. Nasrun adalah masdar. Dan Allah dalam tarkib ini berada di tempat fa'el. Cuba tukar kepada Naasirullah. Ia akan bermakna penolong Allah, dengan Allah di tempat maf'ul!
Bukti nasrun kadang-kala berhajat kepada fa'el, dan berhajat kepada maf'ul, adalah contoh berikut. Innallaha nasru l-mukminiin. Nasru l-mukminin, dengan lafaz mukminin berada di tempat maf'ul. Berbeza dengan nasrullah. Ia berbeza kerana lafaz nasrun itu sendiri, bertindak seolah-olah fe'el, dan bukan masdar.
Sekiranya anda faham konsep ini, saya rasa anda akan mengatakan dengan yakin bahawa - lafaz hafizullah adalah sesuatu yang ditolak kerana terlarang!
Bagaimana mahu betulkan? Biar saya berikan cadangan.
Pertama, tukarkan hafizullah kepada - al-Hafizullah. Bezanya cuma menambah 'al'. al-Hafizullah adalah tarkib bukan idofah, sebaliknya adalah tarkib sifat mausuuf. Cuma sifat berada di depan. Atau boleh juga diikrab sebagai badal atau atof bayan, dengan lafaz al-Hafiz adalah nama Allah, dan lafaz Allah menjadi atof bayan atau badal dalam tarkib ini.
Kedua, cadangan pembetulan yang boleh dicadangkan adalah - hifzullah. Kekalkan konsep tarkib idofah, tetapi ubah mudoofnya. Jadikan ia isim masdar. Hafizullah ditukar kepada hifzullah. Hifzullah akan menjadikan lafaz Allah itu sebagai fa'el dalam tarkib ini.
Saya mohon ampun dan maaf, andai apa yang saya sampaikan kurang disenangi. Tetapi demi apa yang saya tahu, ia salah, dan perlu ditukar.
Dengan semua yang sebenarnya sangat 'simple' kerana cuma perbincangan idofah, saya selalu teringat ekstrimis yang masuk ke bidang agama dan sering menimbulkan kekacauan, mentarjih konon ini betul dan salah, sejauh mana pemahaman mereka dalam bahasa Arab, sedangkan perbincangan bahasa sudah begitu dalam, apatah lagi kalau masuk dalam bidang-bidang yang lain. Mereka itu, tahukah ini semua?
Monday, July 24, 2006
Neraca Bertentangan
Sejak beberapa ketika, sejak setahun ini, saya mempelajari erti melihat dunia dua kali, dari dua sudut yang bertentangan. Ketika saya merasa marah kepada seseorang, sebagai contoh kerana bersikap dengan suatu sikap yang tidak saya senangi, saya kembalikan diri menilai sekali lagi, tetapi dari kaca mata yang bertentangan, barulah saya menyingkap beberapa perkara yang sering saya abaikan. Barulah saya menyedari mengapa sikap yang kurang menyenangkan itu bila dinilai sekali lagi menjadi sesuatu yang logik, bahkan barangkali turut saya lakukan bila saya di tempat mereka. Jadi, bila dinilai sekali lagi, kenapa perlu saya marah dan tidak senang?
Menilai diri dengan neraca yang sama banyak menyedarkan saya, betapa banyak penilaian saya adalah tidak tepat. Sebagai contoh, apabila saya merasa hebat dengan satu kelebihan, saya selalu lupa diri. Dan berbangga. Tetapi dengan neraca ini, bila saya menilai diri sekali lagi lantas menyedari banyak lagi yang lebih hebat daripada saya, bahkan dalam kelebihan yang sama, orang yang lebih hebat ada di sisi saya. Lalu, di mana wajarnya kebanggaan tadi?
Kerana itu, sejak setahun kebelakangan ini, saya mula belajar menafi kelebihan diri. Satu persatu. Kerana saya sedar kelebihan yang saya banggakan bukanlah suatu yang wajar, kerana banyak cacat kurangnya, lalu dengan apakah patut saya merasa besar, hebat dan bangga?
Sesaat merasa diri diperhatikan cepat-cepat saya padamkan - bahawa saya ini bukan sesiapa di mata sesiapa pun. Lalu, untuk apa segala kebanggaan itu?
Menulis Kali Ini
Lalu, apa patut saya tulis sekarang?
Friday, July 21, 2006
Israel Palestin, Teori Penghapusan Etnik Dan Keberkesanannya, Menyangkal Teori Keganasan, Pengganas dan Irhabiy
Secara kecindan, ketika jenazah tokoh Palestin yang digelar oleh sebahagian manusia sebagai tali barut Israel mendarat di Mator Jadid Mesir, saya kebetulan ada di sana. Saya kurang ingat. Cuaca waktu itu adalah cuaca sejuk, tetapi di sana, di lapangan terbang itu, saya rasa panas. Membuat jenaka yang entah apa-apa saya katakan - jenazah siapa yang begitu panas ni?
Palestin menyaksikan proses genjatan senjata, perdamaian sementara, pelanggaran proses perdamaian, perbincangan mengenai adakah masih patut dan layak proses damai diteruskan dalam situasi pencerobohan, aktiviti serangan berani mati yang digelar bunuh diri oleh sebahagian dan digelar juga jihad oleh sebahagian, teori irhabiy dan pengganas, penyusutan jumlah penduduk dan warga Paletin, dan lain-lain lagi.
Saya akan katakan, sekalipun kita merasakan kita tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga orang (sekalipun sikap ini bukanlah betul), kita mesti berlaku adil. Apabila kita mahu membiarkan Israel menjajah Palestin, membunuh berjuta-juta orang, merosakkan bangunan dan kehidupan, adalah tidak adil apabila ada campur tangan luar yang mengganggu serangan balas Palestin terhadap Israel.
Adalah tidak adil bila Badan Dunia mengganggu Palestin menyerang semula Israel dengan teori pengganas, irhabiy, serangan berani mati, pembunuhan orang awam dan lain-lain. Kamu si bangsat yang membiarkan Israel membuat sesuka hati, kenapa halang Palestin lakukan perkara yang sama? Ini dalil pertama ketidakadilan kafirin itu.
Kedua, betapa teori pengganas, terrorist dan irhabiy adalah istilah yang sia-sia. Israel sejak sekian lama menggunakan teori penghapusan etnik. Bila etnik Palestiniy benar-benar habis, agak-agak anda, adakah lagi orang yang akan menghalang mereka menjajah dan merampas tanah Palestin? Kerana itu, membunuh orang awam adalah sasaran dan target utama misi ini. Untuk menjayakan teori penghapusan etnik, pembunuhan orang awam adalah sama penting dengan pembunuhan tentera.
Cuba nyatakan kepada saya, apakah balasan paling setimpal bagi teori ini? Jika bunuh balas bunuh, potong balas potong, kalau teori penghapusan etnik harus dibalas apa? Adakah harus dibalas dengan perdamaian, genjatan senjata?
Bahkan secara peribadi, tujuan genjatan senjata adalah demi meredakan serangan, sebelum serangan berikut dibuat atas nama pelanggaran genjatan senjata. Targetnya apa? Bunuh! Bunuh. Siapa? Semua.
Kerana itu, adalah adil dan wajar, serangan atas nama apa sekalipun, bahkan membunuh siapa sekalipun, sekiranya teorinya adalah penghapusan etnik. Israel bunuh Palestin, dengan segala senjata, dengan segala nama, mengapa halang Palestin lakukan yang sama?
Kalau kita lihat kejadian di Somalia sekarang ini, kita akan faham. Barat menuduh Mahakim Islamiyah dengan gelaran pengganas. Kerana penguasaan negara bukan secara pilihanraya, bukan secara pungutan suara. Tapi alangkah kelakar dan bangangnya barat, apabila Hamas yang menang secara pilihanraya juga menghadapi tuduhan yang sama. Jadi, kenapa masih menilai dengan keadilan kaca mata barat. Adil bagi barat adalah yang menurut kehendak mereka. Bila bertentangan dengan kehendak mereka, ia akan jadi tidak adil dan lain-lain.
Sekarang, wartawan dan pemberita dihalang membuat liputan secara bebas di Palestin. Beribu-ribu mati. Banyak soruuh dilancarkan, banyak qunaabil diletupkan. Agak-agak anda, setelah semua ini, adakah teori pengganas suatu yang masih relevan, jika dibandingkan dengan teori penghapusan etnik ini?
Thursday, July 20, 2006
Murtad
Kes penubuhan Suruhanjaya Antara Agama yang begitu menggemparkan sebenarnya adalah hasil dan buah tuaian sejak beberapa ratus bahkan ribu kes yang bertunjangkan kemurtadan. Secara peribadi, bila melihatkan kes orang yang hendak murtad, pertama sekali sebelum saya mengutuk orangnya, saya akan mengutuk pemimpinnya.
Mari kita tinjau sedikit sejarah yang berada dalam kantong minda saya. Kalau anda ada dalil penguat yang lebih, boleh cuba tambah. Kalau ada hujah bertentangan, sila kontra.
Ketika Baginda SAW berada di Mekah, dengan penguasa negara adalah di tangan musyrikin, Islam melalui jalan dakwah yang sangat sukar. Ditindas. Dianiaya. Ditekan. Ini kerana kuasa ada di tangan mereka yang menentang Allah, sedangkan mereka tidak sekali mampu menentang-Nya.
Hasilnya? Hanya sebahagian masuk Islam. Lihat pula kisah perkembangan Islam di Madinah. Antara asas kerajaan Islam Madinah adalah - Nabi Muhammad menjadi ketua negara, dan melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya. Cuba nyatakan satu negara yang lebih baik daripada kerajaan Islam Madinah!
Lihat sekali lagi apabila Nabi kembali semula ke Mekah, dan mengambil tampuk kepimpinan negara Mekah. Berduyun-duyun musyrik masuk Islam. Dan pentadbiran Islam menguasai negara Mekah. Lihat secebis sejarah Melaka, dan kepulauan Melayu. Apabila raja masuk Islam, rakyat turut masuk Islam.
Sebenarnya, bagi saya secara peribadi, kes penubuhan suruhanjaya ini adalah hal enteng. Tetapi menjadi sukar, atau seolah-olah sukar. Ayah selalu sebut - kita bawa kereta, bukan kereta bawa kita. Kawan saya sebut - ini undang-undang manusia yang buat. Mana ada yang tak boleh tukar.
Mahukah saya katakan bahawa, tahun 1924 bukanlah tarikh sebenar kerajaan Islam jatuh. 1924, adalah tahun kejatuhan duwailah Islam terakhir di Andalus. Ketika Kerajaan Abbasiyah mengalami perpecahan, Kerajaan Islam Andalus kehilangan ketua. Akhirnya memutuskan hubungan dengan kerajaan pusat Abbasiyah, menjadi kerajaan mustaqil dan bersendiri. Lantas berpecah menjadi beberapa duwailah sendiri. Kemudian, satu demi satu duwailah jatuh ke tangan kafirin. Hinggalah ke kerajaan terakhir di Gharnatoh. Bertahan beberapa lama akhirnya jatuh juga. Tahun 1924 itulah.
Bagi saya, kerajaan ada kuasa penentu jatuh bangunnya agama. Kalau kuasa diguna dengan betul dan salahnya. Pengakhirnya, saya bagi dua istilah ciptaan saya sendiri. Ada kuasa tapi salah guna, dan ada kuasa tapi tak guna.
Setiausaha
Satu, terlalu skema, dan terpaksa mencatat hingga ke benda-benda yang tidak penting. Yang penting tak memadai.
Dua, Setiausaha perlu mendengar, tetapi saya hilang separuh pendengaran. Awak dah tahu tapi kenapa lantik juga?
Tiga, bila tak dengar, saya minta ulang, kemudian diketawakan, kerana setelah beberapa kali dengar pun masih salah dengar. Awak tak tahukah saya benci lihat orang ketawakan saya.
Empat, bila tak dengar juga, minta ulang banyak kali, orang marah pada saya. Awak ingat saya suka kena marah, padahal bukan salah saya?
Lima, kalau tak pun, saya pula yang marah-marah pada orang, kemudian rasa bersalah kerana marah padahal tiada siapa yang bersalah.
Enam, saya mahu berfikir, dan mahu bersuara. Tapi awak rampas masa saya untuk mencatat saja. Patutkah?
Saturday, July 15, 2006
Komentar Kepada Cerpen 'Buah Istikharah'
Edisi : 8
Kolum : Kritikan Sastera
Jenis : Artikel
Terbitan : Ogos 2006
Oleh Mohd Zaki M.Noor
Sebuah kritikan kepada mana-mana cerpen bukan sekadar menilai keburukannya. Sekiranya kritikan hanya mencari kesalahan semata-mata, maka kritikan itu ada yang kurang.
Kritikan cerpen mempunyai banyak sudut dan penilaian. Mencari kekurangan dan juga kelebihan adalah di antaranya. Bahkan, kritikan juga melihat beberapa sudut lain yang perlu kepada pemerhatian, seperti latar masa, latar tempat, watak, tema dan persoalan, logikal cerita, sebab dan musabbab, babakan, ransangan, klimaks dan penyelesaian. Membongkar semua ini, juga sangat penting sebelum kita dapat memahami struktur cerpen dengan lebih detil lagi.
Tuesday, July 11, 2006
Hafizullah, Mengapa Salah
Hafizullah adalah nama blog seorang kawan. Di sini saya akan menerangkan, mengapa tarkib ini adalah salah dan dilarang. Ini mesti ditukar. Saya tidak bermaksud memburukkan sesiapa, tetapi ini adalah perbincangan ilmu. Bukalah dada.
Tarkib hafizullah ini adalah dari jenis idofah. Idofah ada beberapa makna. Dan dalam semua makna yang saya tahu, tarkib ini adalah salah dan dilarang.
Pertama, ia bermakna 'min'. Daripada. Idofah yang bermakna 'min' seperti dalam contoh, thamratu l-Khilaf. Makna lain idofah adalah 'li'. Bagi (untuk). Contoh idofah yang bermakna 'li' seperti dalam contoh, hadiqatu l-hayawan.
Teliti. Thamratun minal khilaf, dan hadiqatun li l-hayawan.
Perlu juga difahami, tarkib idofah juga terdiri daripada lafaz yang mempunyai asal daripada fe'el. Lihat contoh idofah, kholiqu s-samaawaat. Atau, nasrullah. Lafaz khaliq dan lafaz nasr adalah kalimah yang mempunyai asal daripada fe'el.
Sebelum memeningkan anda, sila kumpulkan keempat-empat tarkib idofi ini. Satu, thamratu l-khilaf. Dua, hadiqatu l-hayawan. Tiga, khaliqu s-Samaawaat. Empat, nasrullah.
Lihat mudoofnya. Abaikan mudoofun ilaihi. Pertama adalah thamrah. Dua adalah hadiqah. Tiga adalah khaliq. Dan empat adalah Nasrun.
Dua mudoof pertama adalah isim zat. Isim benda. thamrah dan hadiqah adalah isim zat. Ia tidak mungkin bermakna sifat. Tetapi bagi dua mudoof yang lain, iaitu khaliq dan nasrun, ia adalah isim juga, dengan lafaz khaliq adalah isim sifat, dan nasrun adalah isim masdar. Kekerasan isim masdar adalah menghampiri kekerasan isim zat.
Fokus saya di sini adalah pada lafaz khaliq dan nasrun, kerana kedua-dua lafaz ini berbeza dengan lafaz thamrah dan lafaz hadiqah. Dua lafaz ini mempunyai asal daripada fe'el. Khaliq berasal dari kh-la-qa, dan nasrun berasal dari na-sa-ra.
Sesuatu yang telah dimaklumi oleh kita semua, setiap fe'el ada fa'el, bahkan ada yang ada maf'ul. Tetapi, sesuatu yang dimajhuli oleh kebanyakan kita adalah, setiap isim fa'el ada fa'el, bahkan ada maf'ul, dan setiap isim maf'ul ada naib fa'el. Bahkan juga masdar.
Saya ulang. Setiap ISIM FA'EL ada fa'el, bahkan ada maf'ul, dan setiap ISIM MAF'UL ada naib fa'el.
Mudoof dalam contoh, khaliqu s-samawaat adalah isim fa'el, dan mudoof dalam contoh, nasrullah adalah isim masdar.
Memang. Khaliqu s-samaawaat boleh dimaknakan dengan li. Pencipta bagi langit. Begitu juga dengan nasrullah boleh dimaknakan dengan min. Pertolongan daripada Allah.
Tetapi, apabila lafaz mudoof ini berasal daripada fe'el, ia membawa makna tambahan. Membawa makna tambahan inilah yang selalu kita abaikan. Ia membawa makna fa'el, dan membawa makna maf'ul.
Oleh kerana itu, khaliqus- samaawaat membawa makna maf'ul, yang bererti, pencipta langit, dan langit itu maf'ul. Kita dapat lihat mudoofun ilaihi dalam tarkib idofi ini menjadi maf'ul. Faelnya mana? Fa'elnya tak dinyatakan kerana sudah maklum.
Begitu juga dengan nasrullah. Ia membawa makna tambahan 'fa'el'. Pertolongan Allah ini membawa maksud - Allah menolong, dengan Allah dalam lafaz tersebut adalah fael, dan bukan maf'ul.
Kembali membincangkan lafaz hafizullah, mengapa salah dan perlu ditukar?
Selalunya, apabila kita mendengar perkataan jaga, dan kita mendengar perkataan Allah, lantas kita mengandaikan bahawa - Allah itu penjaga, dengan Allah adalah fa'el. Tetapi, hakikat bahasa adalah lebih daripada itu. Adakah tidak mungkin, dari pandangan bahasa, apabila kita menemukan lafaz jaga, dan lafaz Allah, maka ia bermakna Allah itu dijaga, dengan Allah adalah maf'ul?
Adakah kemungkinan yang saya sebutkan ini, tidak pernah berlaku dalam bahasa, hasil kerana kesilapan tarkib?
Lantas saya perlu menegaskan, bahasa dalam tarkib dua lafaz ini, iaitu jaga dan Allah, Allah mesti di tempat fa'el, dan tidak boleh di tempat maf'ul. Kerana ia dilarang. Allah mesti bermakna fa'el, iaitu penjaga, dan bukan bermakna maf'ul, iaitu dijaga.
Masalahnya, lafaz hafizullah, memaparkan Allah di tempat fa'el atau di tempat maf'ul?
Oleh kerana ia adalah tarkib Idofah, maka perhatikan mudoofnya. Mudoofnya adalah hafiz, isim fa'el. Dan Allah berada di tempat maf'ul. Kita akan memaknakan tarkib ini menjadi - Penjaga Allah. Soalnya, adakah betul dan wajar kita mengatakan bahawa Allah itu ada yang menjaganya?
Perhatikan tarkib khaliqu s-samaawaat, dan lihat mudoofnya - khaliq. Pencipta. Bermakna, pencipta langit. Jadi, dalam lafaz hafizullah - penjaga Allah!
Lihat sedikit perbezaan dalam tarkib - hafizu l-Quran, bermaksud, penghafaz al-Quran, dengan al-Qran adalah maf'ul.
Saya menyatakan begini kerana saya menyedari bahawa, isim fa'el, apabila diidofahkan, ia akan berhajat kepada maf'ul dengan hajat yang sangat kuat. Tetapi tidak berhajat kepada fa'el. Berbeza dengan isim masdar. Isim masdar apabila diidofahkan, ia berhajat kepada sama ada fa'el, atau maf'ul jika ia mempunyai maf'ul.
Lihat contoh nasrullah. Nasrun adalah masdar. Dan Allah dalam tarkib ini berada di tempat fa'el. Cuba tukar kepada Naasirullah. Ia akan bermakna penolong Allah, dengan Allah di tempat maf'ul!
Bukti nasrun kadang-kala berhajat kepada fa'el, dan berhajat kepada maf'ul, adalah contoh berikut. Innallaha nasru l-mukminiin. Nasru l-mukminin, dengan lafaz mukminin berada di tempat maf'ul. Berbeza dengan nasrullah. Ia berbeza kerana lafaz nasrun itu sendiri, bertindak seolah-olah fe'el, dan bukan masdar.
Sekiranya anda faham konsep ini, saya rasa anda akan mengatakan dengan yakin bahawa - lafaz hafizullah adalah sesuatu yang ditolak kerana terlarang!
Bagaimana mahu betulkan? Biar saya berikan cadangan.
Pertama, tukarkan hafizullah kepada - al-Hafizullah. Bezanya cuma menambah 'al'. al-Hafizullah adalah tarkib bukan idofah, sebaliknya adalah tarkib sifat mausuuf. Cuma sifat berada di depan. Atau boleh juga diikrab sebagai badal atau atof bayan, dengan lafaz al-Hafiz adalah nama Allah, dan lafaz Allah menjadi atof bayan atau badal dalam tarkib ini.
Kedua, cadangan pembetulan yang boleh dicadangkan adalah - hifzullah. Kekalkan konsep tarkib idofah, tetapi ubah mudoofnya. Jadikan ia isim masdar. Hafizullah ditukar kepada hifzullah. Hifzullah akan menjadikan lafaz Allah itu sebagai fa'el dalam tarkib ini.
Saya mohon ampun dan maaf, andai apa yang saya sampaikan kurang disenangi. Tetapi demi apa yang saya tahu, ia salah, dan perlu ditukar.
Dengan semua yang sebenarnya sangat 'simple' kerana cuma perbincangan idofah, saya selalu teringat ekstrimis yang masuk ke bidang agama dan sering menimbulkan kekacauan, mentarjih konon ini betul dan salah, sejauh mana pemahaman mereka dalam bahasa Arab, sedangkan perbincangan bahasa sudah begitu dalam, apatah lagi kalau masuk dalam bidang-bidang yang lain. Mereka itu, tahukah ini semua?
Bongkar
Dalam satu akhbar ada menyebut - sepatutnya Pak Lah menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Mahathir supaya isu ini tidak menimbulkan kesan buruk, terutamanya pada ekonomi.
Kawan saya yang agak cerdik dalam bab sains politik bilang - bukan Pak Lah tak nak jawab, tapi takut rahsia makin bocor. Jadi, senyap adalah jawapan terbaik. Kalau disoal orang 10 juta campur 10 juta sama dengan berapa, kalau jawab 20 juta orang kata - mana! Kalau jawab 15 juta orang kata - celaka!
Saya kata - bukanlah maksud suruh jawab itu jawab 20 juta atau 15 juta, tapi jawab saja - saya akan bagi jawapannya tahun depan. Atau minggu depan. Ala...macam ketika Tun menamakan Pak Lah sebagai bakal PM, dan Najib sebagai TPM, pemberita sibuk tanya Pak Lah. Betulkah Najib? Betulkah Najib? Tengok macam mana Pak Lah jawab masa itu. Nanti saya bagitahu. Tunggu lepas pilihanraya ... Macam itulah jawab yang saya maksudkan.
Kawan saya kata - Pak Lah sengaja tak jawab. Sebab dia nak tengok siapa orang sebelah dia. Masa tengah gawat inilah kita boleh tengok siapa sebenarnya orang Pak Lah, dan siapa masih orang Tun. Bila sudah jelas, mudahlah mahu cantas, potong, kerat, pancung, racun, tikam...
Pak Lah mahu tengok macam mana Najib jawab. Mahu tengok mana orang tulen sokong dia. Masa inilah. Cuma harganya mahal. Ekonomi boleh jatuh. Ala, itu baru namanya politik.
Saya bilang, setelah menarik nafas - saya kurang minat campur hal politik yang macam ini. Ia cuma mainan psikologi, motivasi dan sains manusiawi. Pakar bab ini, anda cemerlang. Kalau kejar isu, sampai bila tak habis. Padahal jalan penyelesaian sangat mudah.
Saya menegaskan - kalau tak percaya lihat saja bagaimana masalah remaja minum arak, berpoya-poya dan hilang akhlak, bohsia bohjan, semuanya boleh selesai dengan keluarkan undang-undang haramkan arak, haramkan judi, haramkan kelab malam, denda berat pada semua yang melacurkan diri. Semua pintu ditutup. Kerana ada kuasa. Tapi sekarang, benda mudah jadi susah sebab tak mahu tutup. Biar buka. Kuasa ada tapi tak mahu guna dengan betul.
Begitu juga dengan hal politik. Kalau semua pemerintah Islam persetankan saja Amerika, boikot ekonomi dia, masalah selesai. Hal semudah ini pemerintah Islam tak boleh buat. Keluarkan kenyataan saja. Laksana. Tapi sebab ada kepentingan, barulah jadi susahlah. Jadi payahlah. Itulah. Inilah.
Saya yang langsung tidak mahir bab politik teringat ketika beberapa pemikir dari Jabatan Penerangan (kalau tak silap) hadir ke Mesir dan mengadakan pertemuan dengan pelajar. Cerita pasal UMNO, cerita jasa mereka, cerita sejarah dan melebar-lebar hingga beberapa jam. Tujuannya seperti yang bapa saya pernah cakap - dia sebenarnya nak tengok reaksi siswa al-Azhar. Hijau birunya. Jadi, di sinilah gelanggang melihat mana yang menentang, mana yang membodek. Bertanya maka terbongkar.
Saya yang ada dalam majlis tersebut pernah memaklumkan pada panel - bukan orang Azhar tak mahu dengan cerita pasal politik, tetapi bukankan media massa sentiasa kutuk - pelajar kita diperalatkan oleh politikus dan melupakan pelajaran. Jadi kami nafikan. Sini tiada politik. Jadi, kenapa menerangkan jasa dan jasa dan jasa macamlah kami dalam buku teks sejarah tak baca nama-nama itu semua.
Kemudian saya tambah - tetapi atas nama ilmu, kami dengar. Tapi, jangan dengan sebab yang sama kami kena hentam. Dalam hati bilang - siapa yang bersyarah panjang-panjang dan sebut nama-nama parti politik dalam majlis, kemudian nanti kalau balik jangan ada yang kata kami terlibat dengan politik sedangkan kalian yang bawa mari.
Oh ya. Di sini, demi maslahah, bab-bab politik tidak dibicarakan. Kalau ada itu pelanggarang berbentuk individu. Mulut orang yang tak tertutup. Walaupun kami tahu, politik memang ada dalam Quran.
Monday, July 10, 2006
Seorang Jahil Menulis Tentang Bola
Saya kata - bola bukan semata-mata skil demi menang tetapi perlu juga dinilai nasib dan rezeki. Ada pasukan serang berpuluh kali tidak gol tetapi ada pasukan serang sekali terus gol. Saya sempat balas dengan mengatakan Itali akan bertemu Brazil sejak dalam pusingan awal lalu menewaskannya.
Mereka yang kenal saya akan kata - kenapa tak sokong Brazil sebab ada Ronaldinho, pemain yang pertama sekali saya kenal sejak belajar-belajar kenal bola. Saya kata - sokong pasukan bukan sokong pemain. Bahkan saya kecewa melihatkan persembahan Brazil yang tanpa sungguh-sungguh sudah jaring gol, baik lagi Ghana. Namun, saya kata Itali sebab hati saya kata begitu.
Mungkin juga sebab saya pernah baca komik bola mengisahkan perlawanan Jepun dan Itali dan Jepun menang. Saya buka majalah bola, baca pemain Itali dan saya cuma ingat seorang saja. Alisandro Nista (ejaan tak tahu betul salahnya) Kawan-kawan yang gemar menggelakkan saya (dalam nada gurau) menyebut - nama pemain pun tak tahu dan kata menang. Saya kemudian terbahak-bahak kemudian cuba menghafal nama seorang lagi tetapi ingatan yang lemah bikin sukar mahu ingat sampailah sekarang.
Dalam keluarga, yang betul-betul minat bola abang saya yang sulung dan adik nombor empat. Saya lebih minat takraw dan ping pong.
Akhirnya, bila Itali berjumpa Perancis, dengan orang Arab Mesir sokong Itali hingga kata Itali menang 3-0, saya bersama arab-arab itu dan menegaskan kepada Ishaq, Henry akan kalah. Nasib baik Alisandro Nista cedera. Kalau dia masuk barangkali betul agaknya ramalan 3-0.
Saya kata - betul, yang handal berpeluang menang. Tetapi nasib juga satu komponen penting dalam menentukan menang kalah pasukan. Saya juga pernah main bola. Bahkan kalau dinilai kemampuan saya menggelecek langsung kosong tetapi seingat saya, bila berdepan dengan mereka yang handal main bola, saya masih berpeluang jaring gol juga. Bahkan dengan kaki kiri. Bahkan sepak jauh. Apapun, Itali menang. Bukan England. Bukan yang lain-lain.
Seorang jahil menulis tentang bola.
O ya. Sekalipun menyokong, kebanyakan perlawanan Itali saya tak tengok pun. Saya bukan penonton fanatik bola tetapi saja memeriahkan kawan-kawan menjerit itu ini.
Thursday, July 06, 2006
Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta
Wednesday, July 05, 2006
24 - Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta.
Dalam Sepuluh Yang Kugelar Cinta.
Oleh :Mohd Zaki M.Noor
Dalam sepuluh yang kugelar Cinta,
Belum ada satu yang kukuh memasak teguh,
Pada bumi hati,
Ada sahaja putusnya, di tengah,
Kemudian di tepi kanan kiri,
Kembali ke titik mula, kemudian tamat lagi,
Kerana cintaku putus,
Terkerat sedetik dari Pencipta.
Kiralah berapa dalam pun,
Hitunglah berapa tinggi pun,
Kemudian ganda dua, kali tiga,
Cinta yang dikumpul dalam takungan diri,
Akhirnya pecah, melimpah,
Kerana kulupa membahagikan hak Cintaku,
Pada empunya Cinta.
Dalam sepuluh Cinta,
Yang kutakrif - ini untuk umat,
Ada sesal paling tirus,
Tetapi agam,
Untukmu,
Yang kugelar Cinta,
Andai bersambung terus pada Tuhan.
8 : 31, 14 Mac 2006,
Madinet Ahlam.