Sejak jadual Piala Dunia keluar, saya sudah mengundi Itali sebagai johan. Masa itu, beberapa kawan bilang Itali susah sikit sebab banyak pasukan kuat. Brazil dan lain-lain. Saya yang tidak pernah ambil peduli Piala Dunia mendengar saja Ishaq mengutuk saya dan mempermainkan seorang yang langsung tak tahu apa pasal bola, kemudian tiba-tiba berlaung-laung menyokong Itali kononnya tahu kuat lemahnya pasukan lain.
Saya kata - bola bukan semata-mata skil demi menang tetapi perlu juga dinilai nasib dan rezeki. Ada pasukan serang berpuluh kali tidak gol tetapi ada pasukan serang sekali terus gol. Saya sempat balas dengan mengatakan Itali akan bertemu Brazil sejak dalam pusingan awal lalu menewaskannya.
Mereka yang kenal saya akan kata - kenapa tak sokong Brazil sebab ada Ronaldinho, pemain yang pertama sekali saya kenal sejak belajar-belajar kenal bola. Saya kata - sokong pasukan bukan sokong pemain. Bahkan saya kecewa melihatkan persembahan Brazil yang tanpa sungguh-sungguh sudah jaring gol, baik lagi Ghana. Namun, saya kata Itali sebab hati saya kata begitu.
Mungkin juga sebab saya pernah baca komik bola mengisahkan perlawanan Jepun dan Itali dan Jepun menang. Saya buka majalah bola, baca pemain Itali dan saya cuma ingat seorang saja. Alisandro Nista (ejaan tak tahu betul salahnya) Kawan-kawan yang gemar menggelakkan saya (dalam nada gurau) menyebut - nama pemain pun tak tahu dan kata menang. Saya kemudian terbahak-bahak kemudian cuba menghafal nama seorang lagi tetapi ingatan yang lemah bikin sukar mahu ingat sampailah sekarang.
Dalam keluarga, yang betul-betul minat bola abang saya yang sulung dan adik nombor empat. Saya lebih minat takraw dan ping pong.
Akhirnya, bila Itali berjumpa Perancis, dengan orang Arab Mesir sokong Itali hingga kata Itali menang 3-0, saya bersama arab-arab itu dan menegaskan kepada Ishaq, Henry akan kalah. Nasib baik Alisandro Nista cedera. Kalau dia masuk barangkali betul agaknya ramalan 3-0.
Saya kata - betul, yang handal berpeluang menang. Tetapi nasib juga satu komponen penting dalam menentukan menang kalah pasukan. Saya juga pernah main bola. Bahkan kalau dinilai kemampuan saya menggelecek langsung kosong tetapi seingat saya, bila berdepan dengan mereka yang handal main bola, saya masih berpeluang jaring gol juga. Bahkan dengan kaki kiri. Bahkan sepak jauh. Apapun, Itali menang. Bukan England. Bukan yang lain-lain.
Seorang jahil menulis tentang bola.
O ya. Sekalipun menyokong, kebanyakan perlawanan Itali saya tak tengok pun. Saya bukan penonton fanatik bola tetapi saja memeriahkan kawan-kawan menjerit itu ini.
2 comments:
Itali selalu bermain secara defensive, tetapi tahun ni mereka mengubah taktik. coach merka Lippi memang layak dipuji..
tapi, kejayaan menjadi juara di dalam final kali ini, kalai kedua penalti untuk menentukan final di dalam world cup.sebanrnya lebih menarik lagi kalau melalaui jaringan biasa..seandainya zidane dapat jaringkan gol melalui tandukannya dan buffon tidak dapat tangkap, pasti Perancis menjadi juara..
shoot to the goal by Italy: 2
France: 5.
jahil bola juga.
itulah yang termasuk dalam bab rezeki dan nasib...
Ya. Lawat aljazeera.net...Laman tu hampir update berita 3 kali sehari...atau lebih. Ana baca juga banyak kali pertempuran dan kematian berlaku...
Post a Comment