Wednesday, August 02, 2006

Mengapa Saya Tak Suka Handset?

Mengapa saya tak suka handset?

Adik saya Intan, sewaktu dia bekerja di tempat yang sama saya bekerja, iaitu pada tahun 2002, dia sudah memakai handset. Tetapi saya, tidak punyainya.

Asal usul saya bencikan handset adalah kerana sebab yang tidak boleh diceritakan. Ia barangkali cerita dalam keluarga yang tak harus disebarluaskan. Tetapi percayalah, saya tidak pernah pakai sebarang nombor sepanjang di Malaysia, bahkan menasihati adik saya yang lain agar tidak memakainya.

Di Mesir, saya enggan juga. Dua tahun berlalu, dan akhirnya saya dipaksa Fairuz. Katanya - kau orang penting. Susah nak hubung kalau tiada nombor. Lalu saya buktikan bahawa kata-katanya adalah salah dengan bukti paling jelas dalam dunia - selama beberapa bulan setelah perpindahan saya ke rumah sewa, tiada walau satu panggilan saya terima. Jangan kata pesanan ringkas, misscall juga tiada.

Kembali kepada tajuk. Mengapa saya tak suka handset?

Handset adalah alat perhubungan yang dikatakan fungsinya adalah untuk memudahkan perhubungan. Kata-kata seorang kawan yang sampai sekarang saya tak setuju - handset zaman sekarang sangat penting hingga memiliki handset tidak akan dianggap membazir.

Tetapi, kerana mudahnya berhubung, menjadikan orang sangat mudah membuat janji. Dan kerana mudahnya perhubungan melalui handset menyebabkan mudahnya orang membatalkan janji. Bahkan, kerana mudahnya berhubung, menjadikan orang melanggar janji lagi dan lagi.

Kerana itu saya bencikan handset.

Dalam satu filem Korea yang pernah saya tonton, suatu ungkapan paling kelakar tapi menarik mengenai handset adalah apabila watak utama perempuan itu dengan muka yang lebar menyatakan - baru aku tahu fungsi handset! Kerja adalah untuk memudahkan pasangan kekasih membatalkan temu janji!

Saya banyak diperli kawan-kawan bila mematikan talian. Kerana saya memaksa mereka menggunakan e-mel untuk berhubung. Tetapi percayalah, saya ingin mengajar sesuatu sahaja kepada mereka - mengajar untuk tidak sewenang-wenang membuat janji, kemudian dengan semudah-mudahnya membatalkan janji.

Tetapi, setelah semua ini, saya bukan menafikan kebaikan handset. Kebaikan dan manfaatnya adalah sesuatu yang tak dapat dinafikan. Tetapi, apabila ia mengajar sikap langgar janji, adakah salah saya membencinya? Cuma, bila saya terpaksa membebankan orang lain untuk menghubungi saya atas perkara yang benar-benar tiada kaitan dengan bab langgar janji ini, saya rasa bersalah juga. Tapi, hendak buat macam mana...

9 comments:

hayad said...

Wah,kagum2..awak leh idop tanpa enset. Awak sm mcm Canselor U saya, juga tak pkai enset, dia tak suka pakai enset..canselor tuuu tak pakai enset.

Antara sbb dia tak suke pakai enset sbb dia nak org bwh dia buat kptsan sendiri tanpa perlu kontek2 dan tanya2 dia. Dia juga runsing kalo enset asik berbunyi.

Tak mcm sy, saya rs runsing kalo enset takde :p

alexandaricairo said...

Ki, aku pon tak pakai handset.

agak-agak kan, aku yang macam Canselor U atau Canselor U tuh yang macam aku? hehehe

Naim said...

ya...itulah jadinya kalau teknologi disalahgunakan...

handset tidak salah, teknologi tidak salah, yg salah ialah manusia yg memanipulasi teknologi itu....

Abu Akhfash said...

Ustaz Zaki, seingat saya selepas ustaz berpindah ke rumah sewa...Saya ada miscall ustaz, boleh dikatakan kerap :D

mohd zaki said...

Selepas? Kan setelah saya masuk rumah sewa, saya lantas ke rumah Johor semula untuk beberapa minggu? Takkan abu Akhfash lupa, sebaik sahaja selesai akad rumah angkat barang, saya lantas kembali ke Rumah Johor? Saya tak duduk situ.

Hattakan semasa saya kembali semula ke rumah sewa, saya tak maklumkan sesiapa pun.

Abu akhfash barangkali ada miscall, itupun setelah nombor dekat-dekat mati. Kalau tak salahlah. Itupun, untuk beberapa ketika saja.

Tujuan utama dan fokus saya adalah - mereka yang mengatakan saya orang penting pun tak telefon, jadi, manakah pentingnya yang kalian katakan?

Abu Akhfash said...

hmm

mohd zaki said...

Abu Akhfash jangan marah, ya. Kalau masih kurang jelas, saya pernah nak matikan nombor dua kali, tapi saya akhirnya hidupkan juga. Sebabnya, ada orang yang katanya nak call saya. Tapi, sejak nombor hidup sampai nombor tu mati, dia masih tak call juga. Kelakar kan?

O ya. Lafaz tak ada orang call, mesej dan miscall adalah dalam kategori mubalaghah. Faham kan?

Abu Akhfash said...

Ustaz Zaki, saya tak marah. Saya faham apa yang anda maksudkan. Saya juga sudah jelas sebelum ini mengapa anda tidak pakai handset.. Walaupun anda tidak pakai, saya sedikit pun tidak rasa susah untuk berhubung dengan anda :)

kure-kure =) said...

benci nset??ermm...pelik le..guna e-mel pun boleh membuat janji..
????