Belajar menghargai orang adalah sangat susah. Ia bukan suatu lakonan, kerana lakonan ada mula dan ada hentinya. Bila kita mula belajar menghargai, kita akan mula mengerti betapa kita juga mahu dihargai.
Tabienya, kita selalu menghargai orang yang jauh dari kita, lantas mengabaikan orang yang di sekeliling. Kemudian, apabila orang yang asalnya berlegar di sekeliling kita mula menjauh, dan orang baru lain pula berlegar di sekitar kita, kita bernekad mengejar orang yang menjauh, dan mengabaikan sekali lagi mereka yang baru tiba di sekeliling kita.
Bila namanya menghargai, kita bukan membina tembok agar ia tidak lari, tetapi membina ikatan agar sejauh mana ia lari, ia akan tetap kembali. Tetapi adatnya, kita sedaya upaya membina tembok dan membentang halangan, dan memutuskan tali.
Menghargai tabiatnya adalah pada yang kita suka. Apakah kita pernah menjumpai sesuatu yang kita benci lalu dihargai? Lalu, langkah pertama kepada penghargaan adalah perasaan suka. Dari perasaan suka maka timbul perasaan senang, dan dari perasaan senang, maka menghargai akan jadi lebih mudah.
Setelah beberapa kali mengkaji perangai manusia, saya mendapat satu takrifan singkat mengenai perbezaan lelaki dan perempuan. Iaitu, lelaki berbeza langsung dengan perempuan, perbezaan yang sangat bertentangan. Akan tetapi, ia bertentang seperti sejauh antara A dengan Z, atau sedekat M dengan N.
Cubalah perhatikan. Perempuan mudah menghargai keluarganya, dan lelaki agak sukar menghargainya. Sebaliknya lelaki mudah menghargai kekasihnya, tetapi perempuan pula sangat sukar menghargainya. Hem. Betulkah begitu pada anda?
1 comment:
Oh, bukan begitu pada saya.
Dengan perbezaan sejauh dan sedekat itu, bagaimana lelaki dan perempuan boleh berkahwin ya? pelik, pelik. kerana itulah perempuan perlu kahwin dengan lelaki, agar perbezaan-perbezaan itu saling melengkapi.
Hamka kata, perkahwinan itu pertemuan dua orang yang sangat berbeza. jadi tolak ansur dan toleransi yang akan mengekalkannya
Post a Comment