Wednesday, December 28, 2005

7 - Pejuang

Sajak ini saya karang ketika saya di tahun kedua di Mesir. Kalau tidak salah, ketika musim sejuk dan tiada tempat tidur.

Sajak : Pejuang
Oleh : al_jantanie

Kalau ditanya siapa pejuang,
Pasti tiada lain yakini,
Engkaulah orangnya,
Toleh belakang hanya ketemu lagi,
Batang hidung sendiri.

Pejuang yang takut berjuang,
Mengejarmu tiada lain cuma mati,
Gentar apa mara hadapan capai syahid?,
Berjuang seorang rasa ribuan,
Dalam redha Tuhan,Andai murkaNya,
Juta bilangan habis KUN pasti,
FAYAKUN dengan lenyap binasa.

Jangan lari pejuang!,
Yang penting bukan menang,
Tetapi tidak kalah,
Tanpa keluh berkali-kali lagi,
Korban terus korban untuk Dia.

Berapa banyak pejuang syahid,
Lebih ramai andai kira cuma,
Mati dan terpedaya,
Kerana,
Syahid itu mahal harganya.

Sabar wahai pejuang,
Ketenangan ada bersama Tuhan,
Kalau engkau pentingkan diri,
Sudah lama perjuangan ini sepi,
Tetapi terus kalau mampu mahu,
Hembus nafas jadi taufan,
Hentak kaki jadi gempa,
Andai sehelai rambutmu,
Bisa jadi panah,
Akan kau korbankan setiap inci belulangmu,
Jadi tembok kubu.

Redha manusia walau kecil tanpa capai,
Masih mahu mendakapnya,
Redha Tuhan biar besar,
Kita masih mencari redha yang lain.

Pejuang,
Sajak ini untukmu pejuang,
Berjuang membetul diri.

Kaherah, 2.36 am

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt.. i like your poems..n i want to ask ur permission 2 used 'em 4 my project..juz a school project bout kemerdekaan..thanks..