Saturday, March 11, 2006

Demam Blog Dan Jurnal.

Demam Blog dan Jurnal.

Ia bukan suatu yang buruk. Jika satu – blog dilatih selalu sebagai tempat melancarkan kemahiran menulis, dua – tidak terlalu ghairah ‘menyolek’ dan menghias blog hingga terlupa kepentingan menulis, tiga – membawa motif yang baik dalam setiap kali penulisan, empat – menjadi ruang pertemuan dan bertukar-tukar fikiran.

Demam blog alias jurnal melanda. Dan saya, mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahukan khidmat pertanyaan berkenaan blog. Setakat yang saya mampu. Ini gelombang kebangkitan penulis – Jurnalis dan Bloggers.

Ini bukan sia-sia. BKPJM menganjurkan pertandingan mereka blog dan jurnal bermula sekarang hingga ke satu tarikh sekitar bulan 7. Hadiah lumayan. Tetapi, terbuka untuk siswa siswi Johor di Mesir sahaja. Setakat ini, sudah ramai yang mempunyai blog. Rasanya, kena ada paling kurang dua hadiah. Satu untuk blog terbaik. Satu untuk blog tunas harapan. Lagi banyak lagi baik.

Jika syarat sudah sempurna kelak, saya akan paparkan hasilnya.

al_jantanie
manhumi_ilm

2 comments:

anasxz said...

salam..
maaf nak respon sedikit.. kenapa tak terbuka kepada seluruh malaysian blogger di mesir.. internet kan global?

mohd zaki said...

saya dah maklumkan pada YDP berkenaan cadangan anda, Anasxz.

Nanti dulu apa keputusannya