Perkara Gharib Yang Harus Dijadikan Lazim
(Gharib bermaksud pelik dan Lazim bermaksud mesti)
Pertama – amali pembacaan kamus. Bagi mana-mana penuntut bahasa, (lebih-lebih lagi Bahasa Arab) pelaziman membuka kamus adalah sangat membantu kepada penguasaan bahasa yang baik. (Cadangan – kamus mu’jam Asasi, mu’jam tullab – tetapi saya lebih gemar kalau Lisanul Arab)
Dua – memboikot web berita (bahasa) Ibunda dan melayari web berita bahasa asing. Melayari web berita bahasa asing menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai isu luar yang ‘belum diterjemah dan dimasukkan’ ke web-web berita bahasa ibunda. (Taklikan – kecuali kalau tidak faham, barulah selak-selak web Ibunda.) (Cadangan – www.aljazeera.net - Arab dan English)
Tiga – membungkus semua kaset dan cd lagu-lagu melayu dan menggantikan dengan lagu-lagu bahasa Asing. (Ini adalah usaha melatih kemahiran mendengar. Cadangan : Kaset khitobah dan web-web muat turun lagu-lagu Arab.) (Tahzir : Hati-hati dengan lagu yang beserta video klip.) (Cadangan : sedang dalam pencarian web-web yang sesuai)
Empat – menafikan fungsi asrama, baitut talabah dan rumah-rumah persatuan sebagai ‘tempat solat berjemaah’ (walaupun hakikat solat berjemaah di situ juga adalah sangat baik.) sebaliknya menghalakan lokasi ke ‘masjid-masjid’ berdekatan dengan tujuan ‘pendedahan kepada pengalaman sebenar ke lokasi perhimpunan terbesar umat Islam’ (Faedah : memperkenalkan erti ‘berjalan dalam gelap’ tetapi ‘terang dengan cahaya’ bagi syabab muda) (Penafian berbentuk sementara ) ( Taklik: Seronok keluar jalan-jalan, tidaklah terperap dan membosankan. Suntikan motivasi dan rehat kepada minda pengaji dan penuntut ilmu)
Lima – mengadakan pertandingan menterjemah dengan hadiah lumayan. Hadiah dicadangkan bagi tempat pertama, sekurang-kurangnya RM 1000 @ LE 1000 @ USD 250 (dan setengah daripadanya untuk tempat kedua, dan suku untuk tempat ketiga) bagi kategori setahap sekolah menengah tinggi, RM 2000 @ LE 2000 @ USD 500 bagi tempat pertama (dan setengah dan suku daripadanya untuk tempat kedua dan ketiga) bagi kategori setahap siswa siswi universiti. (Hadiah masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan nilai yang boleh dikecap.) (Buku yang diterjemah boleh dicetak dan diniagakan demi mendapatkan pulangan kepada penganjur.) (Pihak berwajib seperti kementerian berkaitan pendidikan dan pelajaran, duta-duta Malaysia di negara asing, hingga ke peringkat paling rendah seperti Guru Besar dan Pengetua patut mengambil ihtimam.) (Tempat pertama boleh dinafikan sekiranya tiada hasil yang benar-benar berkualiti mencapai tahap tersebut) (Zaman Keemasan Islam terbukti apabila gerakan penterjemahan mendapat sokongan kuat khalifah berbentuk imbuhan duit – memindahkan ilmu dan thaqafah daripada bahasa asing secara berlumba-lumba.)
Enam - penubuhan Darul Hadis atau Darus Sunan dengan objektif - melahirkan muhaddis-muhaddis seterusnya dihantar kepada Syeikh Muhaddis untuk ditasmi' dan diijazahkan. Bilangan penghafaz hadis dengan bersanad sangat kurang di dunia, apatah lagi bila kemunculan 'mutamahdis' - iaitu orang yang mendakwa dirinya muhaddis sedangkan dia bukan bertahap itu. Jika Darul Quran adalah bukti bahawa orang kita juga kuat ingatan, mengapa tidak hadis juga diusahakan sebegitu?
al_jantanie
manhumi_ilm
Malhuzat : Apa kata anda?
Pengunjung : 5714
No comments:
Post a Comment