Sunday, March 12, 2006

Satu Cop Untuk Satu Orang

Saya pun tidak tahu, kenapa saya sangat marah, bila orang cuba mengenali saya melalui lisan orang lain. Saya bukan marah kerana apa yang diceritakan orang itu salah, tetapi mengapa selalunya tidak sempurna. Mengapa tidak mengenali saya dengan sendiri?

Seperkara yang saya tidak suka adalah – apabila saya dicop dengan sesuatu cop, saya seolah-olah tidak boleh memakai cop lain. Seolah-olah, kalau datang ke Mesir, kita dilarang memakai dua cop. Semua orang hanya boleh pakai satu cop sahaja. Satu cop sahaja.

Apabila saya terlibat dalam LPP dan menyertai kursus penulisan PMRAM, saya memakai cop sebagai penulis. Dan sampai bila-bila, orang tidak akan nampak bahawa saya adalah mahasiswa Bahasa Arab! Seorang kawan yang datang berjumpa saya setelah natijah saya keluar di tahun dua yang lepas menyatakan antaranya bermaksud – enta najah. Ana rasa sebab enta selalu tolong orang. Sebab itu enta najah.

Seorang pun tidak mengiktiraf kemampuan saya dalam bidang yang lain, apabila mereka mengenali saya dengan satu cop tertentu. Itulah saya katakan, satu cop untuk satu orang.

Jadi, kalau anda berada di tempat saya, berada dalam satu kongkongan tertentu dan tidak ada lain-lain, anda pasti rasa muak, benci dan bosan, kerana manusia adalah gabungan dari pelbagai kemampuan dan sifat. Mengapa ditahdid menjadi satu jenis sahaja? Itu bagai penjara sirri.

Saya pun tidak tahu kenapa. Barangkali anda boleh rungkaikan sebabnya...

al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: