Wednesday, March 22, 2006

Shibin dan Seminar Penulisan

Shibin dan Seminar Penulisan

Saya dijemput ke Shibin. Patutnya Amli ada sama. Tetapi dia sibuk. Jadi saya bawa Hanis. (Hanis seorang lelaki)

Pembentangan Penulisan Kreatif dibuat secara pemusatan kepada amali pembikinan cerpen. Saya menggunakan konsep “pemusatan cerita kepada penamat” dengan menekankan “teori kesan dan akibat”.

Barangkali, ia adalah “teknik pengembangan cerita secara songsang” kerana matlamat cerpen adalah “pengakhiran cerita” dan cerita dikembangkan secara berperingkat sehingga penulis menemui “di mana cerita tersebut harus dimulakan”.

Orang bilang, berjalan mengundur.

Fokusnya akhir cerita, dan sumbang saran idea dicambah agar menemui pemulaannya. Setelah itu, barulah cerpen tersebut dibedah latar masanya, latar tempatnya, babakannya, wataknya, dan... tamat.

Pembentangan Penulisan Non Kreatif digalas sekali. Tetapi hari sudah petang. Sejam sebelum maghrib. Saya menerangkan kelemahan penulis muda atau baru (sambil mengenangkan bahawa saya juga baru) kepada peserta sambil menekankan konsep “penyusunan idea penting seperti mana kita menyusun pemahaman pembaca”. Saya buat satu amali di akhir program.

Untuk penulisan non kreatif saya ada menyebut – Untuk menulis seseorang perlu belajar berfikir. Paling kurang memikirkan apa yang dia hendak tulis, bagaimana ia ditulis, dan di manakah penamat sesuatu tulisan itu. Tetapi, hakikat penulisan yang sebenar bukan setakat itu. Penulis belajar menyusun isi, menyatukan fikrah pembaca, meleraikan permasalahan, menghalakan pembaca kepada sesuatu yang baik, dan kalau anda seorang penulis yang baik, barangkali penulisan juga boleh dijadikan satu medan dakwah.

Akhirnya, pembentangan cerpen barangkali lebih “segar” berbanding pembentangan artikel. Satu, kerana cerpen dulu. Dua, kerana cerpen ada modul yang jelas. Tiga, artikel dibentangkan secara umum. Barangkali silap saya. Namun, harapnya ada manfaat yang baik buat semua peserta.

al_jantanie
manhumi_ilm

2 comments:

Anonymous said...

sungguh, bagi sesiapa sahaja dia akan berpuas hati apabila dapat kembangkan ilmunya. Syabas buat saudara kerna berjaya mengendalikan bengkel ini.

MZP said...

Bukan bengkel, tetapi penerangan. Saya pun bukanlah mahir sangat dalam hal ini. Terima kasih kerana membaca.