Thursday, March 02, 2006

Idoofatu l-Mausuufi Ila s-Sifaati - Ma-'aanii

Saya menulis tentang satu daripada kanun-kanun Bahasa Arab, barangkali (kanun ini) adalah antara yang paling nyata dan paling jelas, tetapi dilupakan oleh kebanyakan manusia.

Iaitu, ditegah menyandarkan mausuuf kepada sifat. pertama, adalah lebih patut bagi saya menerangkan kepada kalian tentang setiap satu (mustolah yang digunakan) daripada (kalimah) mausuuf dan (kalimah) sifat secara ringkas. Mausuuf adalah pemilik sifat ini, dan sifat itu adalah baginya, mendampinginya ia secara zat. Sifat pula adalah lafaz-lafaz yang menyifatkan tentang sesuatu, dan ia bukanlah zat yang berdiri dengan dirinya sendiri, tetapi berdiri di atas (zat) yang lainnya, iaitu (berdiri) di atas mausuf.

Maka ayat : toolibun kariimun, maka kariimun adalah sifat kepada toolib, dan toolib adalah mausuuf (disifatkan) dengan kariim. Saya perkatakan (terangkan) sekali lagi. Mausuf adalah toolib, dia adalah zat, atau pemilik (kepada sifat itu), dan zat adalah (lafaz) kariim.

Perlu juga bagi saya, sebelum menuju kepada tajuk ini dengan penerangan, menerangkan tentang idoofah secara ringkas. Idoofah adalah pergantungan (atau penyandaran) dua kalimah (dan lebih) dengan menghimpunkan (lafaz) yang pertama kepada (lafaz) yang kedua. Maka contoh : husnut takbiir, maka husnu disandarkan dan dihimpunkan kepada (lafaz) takbiir, dan husnu adalah mudoof, dan takbiir adalah mudoofun ilaihi. (tambahan: kalimah yang di depan dipanggil mudoof, dan kalimah di belakang dipanggil mudofun ilaihi)
Lihat kepada dua kalimah ini. Apakah tidak kamu lihat di sana telah dizahirkan kepada kamu satu contoh daripada - menyandarkan sifat (iaitu hasan) kepada mausuuf (iaitu takbiir). Ini adalah benar dan bertepatan dengan kanun (bahasa), kerana ia adalah idoofah yang diterima (dibenarkan). Maka jangan kamu katakan ketika itu pula: takbiirul hasan, kerana ia bersalahan dengan kanun ini, maka tidak sah menyandarkan mausuuf kepada sifat seperti mana yang telah aku terangkan kepada kamu.

Tetapi telah terzahir (muncul) di hadapan kita bermacam-macam contoh yang berbilang-bilang yang menyalahi ketetapan ini. Maka contoh, abdur rahiim, maka abdu adalah zat, pemilik (kepada sifat) dan ia adalah mausuuf seperti mana yang disangkai oleh sebahagian kita, dan ia pada tahap ini dihimpunkan (kepada lafaz setelahnya, iaitu sifat) dan disandarkan kepada sifat (arrahim), maka bagaimana ia boleh betul pada waktu (yang sama) telah terbatal (misal-misal) yang lain (yang sepertinya)?

Untuk mentakwil misal ini, atau menerangkannya, kamu mestilah (menggunakan) dua jalan ini, atau (menjawabnya) dengan dua jawapan ini. Pertama, sesungguhnya sifat (iaitu arrahiim) adalah sifat yang berdiri di tempat mudoofun ilaihi selepas dihazafkannya (dibuang mudofun ilaihi), maka asal frasa ini adalah - abdullahir rahiim, maka dihazafkan lafaz jalalah (Allah), dan didirikan sifat di tempat mudoofun ilaihi. Maka ketika itu, tidaklah (kita katakan bahawa dibenarkan) menyandarkan mausuuf kepada sifat, tetapi menyandarkannya kepada suatu isim lain secara zat, dan kita tidak menyalahi kanun.

Kedua (dalam cara mentakwilkan frasa ini), kita katakan bahawa arrahiim bukanlah sifat, walaupun ia zahir seolah-olah ia adalah sifat, apakah tidak kamu lihat sesungguhnya lafaz ini yang mana ia adalah sifat secara binaannya, berpindah (bertukar) kepada zat, tika mana Allah mengambilnya menjadi nama bagi-Nya, maka jadilah ia (lafaz arrahiim) ini nama (bagi Allah) dan bukannya (sejenis kalimah) sifat. Untuk itu, kita telah menyandarkan lafaz abdu kepada zat yang mulia, (iaitu lafaz) arrahim (itulah dia) Allah, dan ini tidak menyalahi kanun yang mana saya tujukan kepadanya penerangan (saya) terhadapnya.

Dua pelahap yang tidak (akan) kenyang,
dan pelahapku adalah ilmu.

No comments: