Selalu dengarkan? Mak bapa kita, orang-orang tua dulu selalu cakap bila sesama sendiri - O maknya, O bapaknya, O atoknya, O neneknya. Dalam bahasa Arab juga ada. Ya Rigaalah. O abang-abangnya. Dhomir 'nya' selalu kita jumpa dalam ayat yang sebegini.
Soalnya, apakah manzilahnya dalam i'-rob?
Sepengkajian saya, ia adalah dhomiiru sh-syakni. Dhomir keadaan. Sebelum memahami mengapa ia jadi dhomiiru sh-shakni, ada baiknya memahami konsep asas dan kedudukan dhomir itu sendiri dalam bahasa Arab. Kerana dengan memahami asas, barulah kita mampu berjumpa kepada masalah-masalah yang 'bukan asas', dan terkeluar dari kelaziman bahasa.
Antara asas dan konsep dhomir adalah - an yarji-'a ila ma zukira qablahu ratbatan au ma'-nan - mesti kembali kepada lafaz yang berada sebelumnya, secara susunan atau secara maknawi. Contohnya apabila kita berkata dalam satu ayat - saya mengambil begnya - nya dalam ayat itu mesti merujuk kepada seseorang yang telah kita sebut sebelum itu lagi. Sebagai contoh, Ahmad mempunyai beg. Saya mengambil begnya.
Saya tak mahu mengulas ratbatan dan ma'-nan, memadai memahami konsep ini.
Kembali kepada tajuk; penggunaan dialog o maknya, o bapaknya, ya rigaalah; dhomir 'nya' tidak kembali kepada mana-mana orang yang disebutkan sebelumnya. Ia berada dalam kedudukan penyedap ayat. Ayat jadi semacam lebih sempurna bila ia ditambahkan. Padahal ia tidak merujuk kepada mana-mana orang. Tetapi juga ia bukan semata-mata ziadah yang boleh diabaikan begitu saja.
Sefahaman saya, inilah dhomiru sh-syakni. Kalau saya silap, betulkan.
No comments:
Post a Comment