Monday, March 05, 2007

Puak Wahhabi Mengelabah di UIAM

Saya terima satu e-mel dari seorang kawan yang belajar di UIAM. Bacalah. Allahumma sabbitna ala l-haqqi, warham wahdihim ila sabiili r-rasyaad.

Hari Sabtu lepas, 3 Mac 2007, beberapa badan mahasiswa UIAM telah mengadakan Seminar & Forum Aqidah Islamiyyah berteraskan Ahlus Sunnah wal Jamaah di Auditorium Utama UIAM.

Saya tidak mahu ulas perihal perjalanan Seminar & Forum dan topic-topik yang dibincangkan. Apa yang ingin diutarakan di sini ialah sekitar tajuk tulisan ini – Puak Wahhabi Mengelabah – apabila seminar dan forum seumpama ini dianjurkan.

Mengelabah habislah – kata orang. Baik dari pihak para pensyarah pro-wahhabi (termasuk Mazlee sendiri) hinggalah ke pihak yang tak ada kena mengena dengan UIAM seperti Shahidan Kasim – nun jauh di Perlis - pun sibuk berusaha membatalkan program ini. Hingga ke Rektor UIA dan JAKIM – masing-masing usahakan dan buat kecoh dan cuba batalkan program ilmu seperti ini.

Tidak cukup dengan itu, puak-puak wahhabi ini juga bertindak liar. Ada beberapa orang telah dikenal pasti mengoyak serta membuang poster seminar tersebut. Diberitakan satu laporan sedang dibuat ke pihak atasan UIAM untuk diambil tindakan disiplin kerana mengoyak poster program rasmi yang telah diluluskan oleh pihak universiti.

Malah kesungguhan mereka membatalkan program ilmu untuk para mahasiswa yang dahagakan kebenaran ini amat jelas apabila hampir kesemua poster yang dipasang telah dikoyakkan atau hilang dibuang.

Keganasan puak wahhabi ini tidak berhenti di situ. Mereka mencetak beberapa risalah fitnah serta mengugut para pelajar untuk tidak hadir program yang berusaha membawa para mahasiswa ke jalan kebenaran. Ribuan naskah didapati bertaburan hingga mecemarkan kebersihan kampus apabila sebahagiannya bertaburan ditiup angin.

Kenapakah puak yang mengaku mereka berjuang dan behujjah dengan kesarjanaan mengelabah apabila ada pihak yang dengan ikhlas berusaha untuk menyampaikan ilmu kebenaran kepada mahasiswa yang dahagakan maklumat yang benar dan tepat berhubung Ahlus Sunnah wal Jamaah bertindak liar sebegini? Apakah hujah-hujah mereka dan kesarjanaan mereka itu tidak kemas dan banyak loop holes?

Sebenarnya itulah identiti serta cara mereka selama ini. Lihat sahaja sejarah perkembangan ajaran wahhabi. Bagi mereka, sampai ke peringkat membunuh orang yang sedang beribadat masih tidak menjadi kesalahan – dan diizinkan. Sejarah telah menyaksikan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di kota suci Islam – baca kitab "Fitnatu-l-Wahhabiyyah" karangan Mutfi Mekkah (Sheikh Zaini Dahlan). Kekejaman puak wahhabi telah banyak diriwayatkan dalam tulisan-tulisan lain – yang secara jelas mempamerkan identiti fahaman mereka.

Alhamdulillah – program sehari pada 3 Mac itu berhasil dan berjalan dengan lancar dan turut dihadiri beberapa pemerhati puak wahhabi sendiri. Malah mereka kemudian turut menyebarkan sms dengan memfitnah Ustaz Uthman el Muhammady (dalam ceramahnya) menuduh Ibn Taimiyyah sesat. Amat dikesalilah tindakan puak wahhabi yang sanggup berbohong dan menabur fitnah sedemikian rupa. Inilah masalah mereka ini, bila hadir majlis ilmu – tidak ikhlas. Niat mereka semata-mata untuk menjadi spy. Dan mereka menutup teliga apabila mendengar kebenaran – dan hadir dengan mind-set yang tertutup, sudah ditetapkan dan tidak terbuka.

Anologinya seperti agen-agen SB yang selalu hadir untuk membuat pengintipan dalam majlis-majlis ceramah agama. Mereka hadir atas niat nak jadi spy kepada musuh Islam. Kehadiran meraka tidak ikhlas. Maka ilmu dan cahaya kebenaran itu tidak dapat membuka hati mereka untuk menerima yang haq.

Wallahu alam bis sawab

2 comments:

abu mujahid said...

mudahnya anda menghukum Wahhabi?? beginilah, cuba anda baca pula pendapat ulama' seperti Syaikh Sholih al-Fauzan terhadap Syaikh Zaini Dahlan dan buku karangannya "Fitnatul Wahhabiyyah"..agar kita semua dapat menilai Wahhabiyyah dengan lebih adil

MZP said...

Bila saya menghukum? Kan saya petik bulat-bulat dari e-mel kawan. Saya tak menambah walau satu kalimah terhadap apa yang saya terima. Kalau anda berada di UIA anda boleh pastikan betul salahnya. Bahkan saya tutup dengan Wallahu a'-lam.

Saya percaya anda seorang yang lurus. Kita sama-sama juga membaca tulisan ulamak-ulamak... anda juga patut membaca tulisan-tulisan ulamak yang sangat ramai mengenai wahabi. Semoga Allah memberikan hidayah-Nya kepada kita semua. Dia sahajalah yang memberi taufiq. Allahumma waffiqna li ma tuhibbu wa tardhoohu.