Saya baru kembali dari Mansurah, untuk pembentangan kertas kerja cerpen (yang sangat ringkas) juga membengkelkan 3 cerpen (sekadar mampu). Berasa sangat lega kerana turut dibantu oleh dua adabunis yang lain, Najwa dan Zainab. Terima kasih kerana membantu.
Oleh kerana masa yang diperuntukkan sangat pendek (entah patut rasa lega atau kurang selesa, kerana persiapan saya juga ala kadar tetapi bila bercakap terjadi lancar) maka tidak banyak yang dapat saya sampaikan dalam masa sependek itu. Cuma saya berharap, pembentangan pada pagi itu difahami, dan tema-tema cinta selepas ini bolehlah diganti pula kepada tema-tema lain yang padan dengan keilmuan seorang siswa.
Namun, masa senggang saya bersama Ishaq Hanis dipandu Amir ke maktabah, asalnya cuma mahu meneman Ishaq mencari CD, tetapi bertukar kepada sama-sama membeli beberapa kaset. Ah, tangan gatal betul. Kebetulan terjumpa Albi s-soghiir (Qalbi s-Soghiir) oleh Masyari Rasyid, matan alfiah Ibnu Malik yang didendangkan juga satu kaset nasyid lagi.
Ketibaan saya di Mansurah satu hari sebelumnya menyempatkan saya memperkenalkan hawausyi Mansurah yang saya banggakan kepada Ishaq. Senyum sekali. Tak tahu Ishaq suka atau tidak, tapi perut kenyang, alhamdulillah.
Saya masih menunggu e-mel ketiga-tiga peserta yang menyertai bengkel saya untuk saya invite ke grup Adabuna. Kalau anda membaca ini, tolong respon segera pada saya melalui e-mel.
No comments:
Post a Comment