Istilah 'kafir' tidak sesuai digunakan untuk semua orang yang bukan beragama Islam, menurut maknanya secara bahasa. Adapun secara istilah, saya kurang pasti, kerana bukan bidang saya. Istilah yang lebih tepat adalah 'bukan Islam' atau 'non muslim'. Istilah kafir tidak sesuai kerana istilah itu membawa kepada maksud 'menolak', iaitu menolak dakwah dan kebenaran Islam, dan tidak menerimanya.
Istilah Islam pula bermaksud menerima. Bermakna, apabila sesuatu dakwah Islam, atau seruan untuk beragama Islam disampaikan kepada seseorang individu, mereka yang menerima dakwah ini dikategorikan Islam, dan mereka yang menolaknya dikategorikan kafir, berpunca dari makna islam dan kafir itu sendiri - terima dan tolak.
Bagi saya, istilah kafir sesuai sekiranya dakwah sudah disampaikan. Jika belum maka tidak. Ada banyak istilah lain yang digunakan sepanjang proses ini. Seperti istilah musyrik yang bererti, beriktikad bahawa ada Tuhan selain Allah. Akan tetapi, istilah ini tidak sesuai diguna pakai bagi mereka yang beriktikad tiada Tuhan, (fahaman tidak bertuhan) kerana lafaz musyrik mempunyai makna yang bertentangan dengan sifat yang dipakai oleh golongan ini.
Perhatikan ayat yang saya buat, dengan kafir membawa makna menolak. yukaffir 'ankum saiyi-aatikum, bererti, lalu Dia menolak dosa-dosa kamu, iaitu membawa erti mengampuni.
No comments:
Post a Comment