Monday, March 12, 2007

Tak Sangka - Dari Perspektif Berbeza

Tak sangka, bila melihat diri dari sudut yang berbeza, saya kelihatan sangat kelakar. Malah sangat hendak ditertawakan. Itu kata seorang kawan.

Dan kata seorang kawan lain pula (yang telah berkahwin), melihat saya rasanya sangat menyampah. Meluat.

Tapi bila jumpa dengan yang satu kepala, setiap kali saya tanya mereka cuma komen - enta ok. Tentu lain rasanya, bila melihat diri dari sudut yang berbeza.

Tapi, tak kira bagaimana mengabaikan semua pandangan yang berbeza ini juga; bila dikatakan kelakar walaupun bersikap ikhlas dan jujur, atau rasa ditertawakan walau bersikap terus terang, atau pun dikatakan menyampah dan meluat walaupun cuba bersikap memberi dan menyumbang, hendak atau tidak, mahu tidak mahu, jauh di sudut hati, terasa hati itu tetap ada.

Tak kisahlah betapa mengabaikan semua pendapat ini dan berlapang dada, memaafkan, bersikap tidak berkira, tapi sebenarnya jauh di lubu hati, rasa terluka itu tetap ada.

Dengan hati yang lapang, kalau angin itu masuk dan memenuhi ruang, kalau cahaya itu menusuk dan menerangi kawasan, apakah bila maaf itu masuk, ia tidak cukup menampal segala yang kurang?

No comments: