Friday, March 16, 2007

Menyertai Adabuna?

Kalau ada sesiapa berminat menyertai adabuna, maksud saya, di kalangan siswa-siswi Mesir, cuba hubungi saya secara e-mel. Kalau ramai dan sekira-kira layak dibuatkan satu bengkel khas, saya akan cuba aturkan. Menjelaskan maksud, penulisan genre kreatif. Kena lepasi bengkel dulu baru boleh sertai. Atau mungkin kena hadiri satu dua aktiviti sastera dahulu. Saya mahu lihat kesungguhan anda.

Dan ya, hanya melalui e-mel. Wasilah yang lain saya tidak setuju buat masa ini. Biar ringkas dan padat. Saya mulakannya sekarang.

Kalau ada adabunis yang kurang setuju, boleh maklum saya terus.

4 comments:

Amermeftah said...

Adabuna itu apa?

MZP said...

Satu kumpulan / komuniti yang menghimpunkan penulis (rata-ratanya dari genre kreatif) sejak beberapa tahun kebelakangan ini; diasaskan oleh Nazmi Yaakub yang sekarang ini sudah berada di Berita Harian. Saya adalah antara peserta komuniti ini sejak tahun 2004. Antara yang turut menyertai adabuna adalah seperti Akhi Masrawy, Amiza Khusyri, Nazmi Yaakub, Almarjan dan lain-lain.

Mungkin sebab dah 2 tahun KELAP tak diadakan, jadi tak ada maklumat dapat disebarkan mengenainya.

Amermeftah said...

Buah cempedak di luar pagar,
Mari jolokkan dengan galah,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah janganlah marah.

Boleh beri lebih penerangan?

Amermeftah said...
This comment has been removed by the author.