Friday, March 31, 2006

Meneliti Syair Arab Bukanlah Sesuatu Yang Perlu Digeruni

Meneliti Syair Arab Bukanlah Sesuatu Yang Perlu Digeruni

Baru-baru ini saya sangat penat. Bahkan sangat malas juga. Ada kelas ajar akhawat. Tahun 4 Lughah, tetapi madah tahun 3. Nusus. 26, 28 dan 29 Mac 2006. (Dan esoknya ke Damanhur sebab ada kenduri.)

Meneliti syair Arab bukanlah sesuatu yang perlu digeruni.

Barangkali, beberapa langkah berikut perlu digunakan agar proses pemahaman berjalan lebih lancar. Pertama - rajin membuka kamus. Dua- carilah kalimah demi kalimah. Tiga - gunakan kamus Arab-Arab, kecuali bila tidak faham baru buka kamus Arab-Melayu. Empat - mencari Fe'el, Fa'el dan Maf'ul, Mubtada' dan Khabar, Syarat dan Jawab Syarat. Lima - menangguhkan sementara jar majrur (atau bahasa mudahnya - ta'khirkan) juga zaraf mazruf - kecuali jika huruf jar dan zaraf itu adalah ziadah (tambahan).

Mengapa perlu rajin membuka kamus? Kerana terlalu banyak bahasa 'bunga'.

Mengapa perlu cari kalimah demi kalimah? Kerana setiap kalimah banyak makna.

Mengapa mesti kamus Arab-Arab - sebab, hanya bahasa Arab lebih tepat menerangkan tentang bahasanya sendiri. Bahasa kita terlalu sedikit.

Mengapa kena cari (mubtadak dan khabar) dan (fe'el, fa'el dan maf'ul) juga (syarat, jawab syarat)? Kerana kenal bentuk ayat akan memudahkan pemahaman.

Mengapa ta'khir jar majrur dan zaraf mazruf? Kerana biasanya ia muta'allik, dan boleh dibuang.

Jangan gerun. Tetapi sungguh - ia sangat penat!

al_jantanie
manhumi_ilm

Projek-Projek Yang Menanti Berserta 'Dead-Line'-nya

Projek-Projek Yang Menanti Berserta 'Dead-Line'-nya

1. Antologi Cinta dan Rona Kinanah - 7 April 2006 (Semakan Akhir)
2. Jundullah - 12 April 2006
3. Istiqraa' Fin Nasabi - Akhir Jun 2006
4. Auzan as-Syi'ri & Syair Jahili Tahun 2 Alex - April 2006

Jangan tangguh.

ps: Selamat Hari Lahir Untuk Sahabat.

Saturday, March 25, 2006

21 - Kerana Ukhwah Kurang

Sajak ini saya karang ketika saya di tahun kedua pengajian, ketika itu saya berada di Mansurah, tetapi sajak ini tidak siap, kemudian disempurnakan setahun kemudian ketika saya berada di Iskandariah.

Sajak : Kerana Ukhwah Kurang
Oleh : Mohd Zaki M.Noor

Sedarkah kadang-kadang,
timbulnya kita,
buat orang lain tenggelam,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
Kita minyak dia air,
Satu terbit satu terbenam.

Atau celikkah kadang-kadang,
kita tenggelam,
demi orang lain timbul,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
minyak dan air,
bagaimana hendak bercampur.

Hingga kadang-kadang,
pilihlah kita,
mahu tenggelam atau,
mahu timbul,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
yang memijak tampak hodoh,
biar timbul,
yang dipijak tampak bodoh,
biar tenggelam.

Banggakah kita,
jadi minyak lalu timbul,
memijak air lalu tenggelam,
kerana apa?
Kerana ukhwah kurang,
atau kita lebih rela,
jadi air,
beri peluang orang lain,
timbul.

Mengapa dua-dua,
tidak mahu jadi minyak,
lalu timbul,
atau dua-dua jadi air,
lalu tiada tenggelam?
Kerana apa?
Kerana ukhwah kurang.

Jadi,
Apa yang kurang?

24 Mac 2005, 19:26,
Madinet Ahlam

Bersalah

Hari ini, setelah berlalu beberapa hari, saya rasa bersalah yang amat-amat hampir pada semua.

Aduh.

Wednesday, March 22, 2006

Shibin dan Seminar Penulisan

Shibin dan Seminar Penulisan

Saya dijemput ke Shibin. Patutnya Amli ada sama. Tetapi dia sibuk. Jadi saya bawa Hanis. (Hanis seorang lelaki)

Pembentangan Penulisan Kreatif dibuat secara pemusatan kepada amali pembikinan cerpen. Saya menggunakan konsep “pemusatan cerita kepada penamat” dengan menekankan “teori kesan dan akibat”.

Barangkali, ia adalah “teknik pengembangan cerita secara songsang” kerana matlamat cerpen adalah “pengakhiran cerita” dan cerita dikembangkan secara berperingkat sehingga penulis menemui “di mana cerita tersebut harus dimulakan”.

Orang bilang, berjalan mengundur.

Fokusnya akhir cerita, dan sumbang saran idea dicambah agar menemui pemulaannya. Setelah itu, barulah cerpen tersebut dibedah latar masanya, latar tempatnya, babakannya, wataknya, dan... tamat.

Pembentangan Penulisan Non Kreatif digalas sekali. Tetapi hari sudah petang. Sejam sebelum maghrib. Saya menerangkan kelemahan penulis muda atau baru (sambil mengenangkan bahawa saya juga baru) kepada peserta sambil menekankan konsep “penyusunan idea penting seperti mana kita menyusun pemahaman pembaca”. Saya buat satu amali di akhir program.

Untuk penulisan non kreatif saya ada menyebut – Untuk menulis seseorang perlu belajar berfikir. Paling kurang memikirkan apa yang dia hendak tulis, bagaimana ia ditulis, dan di manakah penamat sesuatu tulisan itu. Tetapi, hakikat penulisan yang sebenar bukan setakat itu. Penulis belajar menyusun isi, menyatukan fikrah pembaca, meleraikan permasalahan, menghalakan pembaca kepada sesuatu yang baik, dan kalau anda seorang penulis yang baik, barangkali penulisan juga boleh dijadikan satu medan dakwah.

Akhirnya, pembentangan cerpen barangkali lebih “segar” berbanding pembentangan artikel. Satu, kerana cerpen dulu. Dua, kerana cerpen ada modul yang jelas. Tiga, artikel dibentangkan secara umum. Barangkali silap saya. Namun, harapnya ada manfaat yang baik buat semua peserta.

al_jantanie
manhumi_ilm

Friday, March 17, 2006

Tahniah Untuk Fahmi

Tahniah Untuk Mohd Fahmi M.Noor Atas Kejayaannya Mencapai Mumtaz Soofi (13Mumtaz) Dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Akhirnya, Satu Persatu Rekod Keluarga Yang Saya Pegang Dipecahkan Oleh Adik Beradik Sendiri.

Malhuzat:
1. Apa lagi. Isi Borang. Datang Sini.
2. Tempat Keberapa Dalam Ranking Malaysia?

Syarat Pertandingan Membina Blog Peribadi

Sebagaimana yang saya janjikan dalam entri yang lepas, saya akan memaparkan syarat-syarat Pertandingan Membina Blog Peribadi.

Berikut adalah syarat-syarat Pertandingan Blog anjuran BKPJM

1. Mestilah ahli BKPJM yang masih di Mesir.

2. Mestilah memaparkan logo pertandingan "Blog Ini Dicadangkan Untuk Menyertai Pertandingan Blog Anjuran BKPJM" sepanjang pertandingan berjalan

3. Logo mestilah diletakkan di bahagian atas atau bahagian-bahagian yang mudah dilihat.

4. Pemarkahan dibuat dari aspek isi, kreativiti dan sejauh mana blog tersebut istiqamah dalam pengisian entri.

5. Ada TIGA kategori pertandingan iaitu Blog Terbaik, Blog Paling Kreatif dan Blog Tunas Harapan. Ikhwah bertanding sesama ikhwah, dan akhwat sesama akhawat.

6. Keputusan hakim adalah muktamad.

7. Pertandingan berlangsung bermula sekarang sehingga ke majlis Malam Penyatuan Anak Johor pada bulan 7 nanti kelak. Tarikh sebenar akan diberitahu.

8. Mestilah Memaklumkan Penyertaan Anda Dengan Menghantar e-Mel Ke esukej [at] yahoo.com

9. Hadiah akan disampaikan pada malam tersebut.

10. Sila klik gambar di bawah. Ambil html yang dinyatakan dan tampalkan di blog anda supaya logo pertandingan dapat dipaparkan.


Pertandingan Blog Anjuran BKPJM


Tuesday, March 14, 2006

Apa Itu Cerpen

Saya ditanya beberapa orang mengenai cerpen. Apa itu cerpen?

Menerangkan apa itu cerpen bukanlah kemahiran saya kerana saya bukan sahaja tidak pernah belajar madah Sastera Melayu (dalam SPM 2000 kerana dilarang mengambil madah lebih daripada 10) bahkan terlepas mempelajari Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (bermula SPM 2001). Jadi, saya bukanlah orang yang selayaknya dalam bidang ini.

Tetapi – saya menerima soalan itu daripada orang yang mempelajari Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (SPM 2001 ke atas) menyebabkan saya memahami bahawa soalan itu mengandungi maksud tambahan – iaitu - Bagaimana cara menulis cerpen?

Saya ringkaskan agar penulisan ini tidak menjadi terlalu berjela-jela. Dan penerangan ini akan tertumpu sekitar pengalaman saya menulis sebanyak 14 cerpen setakat ini.

Cerpen itu sebuah cerita, dengan satu tema. Atau bahasa mudahnya, satu tajuk, satu fokus, satu matlamat, atau lebih tepat, satu jenis perisian. Cerpen menghadkan kepada satu sudut pandang (walaupun dalam waktu tertentu mempunyai lebih daripada satu) dan cerita itu berjalan di satu tempat tertentu (walaupun dalam keadaan yang lain, boleh banyak tempat) di satu latar masa sahaja (walaupun dalam keadaan yang lain, boleh berbilang latar masa.)

Sebenarnya, cerpen tidak boleh dihadkan sebagaimana yang saya cuba hadkan. Kerana cerpen sangat luas maknanya. Tetapi, ini untuk orang yang baru hendak belajar kenal-kenal.

Bagaimana menulis? Cerpen boleh ditulis dengan pelbagai cara. Saya nyatakan sebahagian daripadanya.

Ada cerpen yang ditulis semata-mata (baca sekali lagi, semata-mata) kerana penulis bermaksud dan berkehendak, menjelaskan sesuatu yang bakal berlaku di penghujung cerita. Cerpen jenis ini akan menyebabkan penulis memberikan tumpuan penuh (baca sepuluh kali lagi, memberikan tumpuan penuh) kepada sesuatu yang dirancangkannya di akhir cerita. Maka, sekiranya anda faham, cerpen jenis ini akan bermula sejajar (baca lima belas kali lagi, sejajar) dengan kehendak cerita dan kemahuan cerita, dengan cara yang berpadanan dengan pengakhiran cerita. Fokus penceritaan sejak mula adalah, akhir cerita, bagaimana sesebuah cerita akan berakhir.

Ada cerpen yang ditulis dengan prinsip sebab dan akibat. Sesuatu perkara berlaku, akan menyebabkan berlaku peristiwa yang lain. Di dalam cerita tersebut, penulis akan meletakkan beberapa perkara, di mana perkara-perkara ini akan menyebabkan berlaku pula perkara-perkara yang lain. Contohnya, menjumpai bom akan menyebabkan ada letupan. Letupan akan membawa kepada kematian. Kematian akan membawa kepada balas dendam.Balas dendam akan menyebabkan kematian, dan lain-lain. Atau, contoh lain, bapa mati menyebabkan ibu bekerja. Ibu bekerja akan menyebabkan anak sakit. Anak sakit menyebabkan Ibu gila. Ibu gila menyebabkan anak sulung bekerja, menggantikan tempat ibu. Anak sulong yang bekerja akan menangguhkan perkahwinan, dan lain-lain.

Ada cerpen yang ditulis demi menyampaikan ilmu, atau maklumat. Ini jenis cerpen yang paling saya gemar. Untuk menulis cerpen jenis ini, ada dua cara yang paling kerap digunakan. Pertama, berceramah. Contohnya, Abu ke masjid mendengar ceramah. Penceramah itu berkata....Kedua, mencairkan ilmu bantu supaya dapat diresapkan ke dalam cerita. Ilmu bantu perlu dicernakan lumat-lumat supaya tidak kelihatan seperti ‘ditampal-tampal’. Sebagai contoh, demi menceritakan tentang puasa itu terbatal kerana makan, penulis mestilah menetapkan latar masa sebagai bulan Ramadan, atau hari-hari yang makruf orang berpuasa. Demi menceritakan tentang fardu Haji, penulis wajar memilih latar Mekah dan Madinah, atau sesuatu yang boleh dikaitkan.

Pencairan cerita memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. Sebagai contoh juga, hendak menceritakan tentang ilmu haid dan nifas, sebaik-baiknya memilih watak perempuan, atau yang watak yang boleh dikaitkan dengan tajuk tersebut. Bahkan, dalam cerpen jenis ini, babakan perlulah sesuai dengan tema yang dibawa.

Seperkara yang penting juga apabila menulis cerpen, jangan memasukkan sesuatu yang tiada kaitan dengan cerita dan tema. Jangan memasukkan sesuatu yang tidak membantu penceritaan (tetapi boleh juga dimasukkan secara menyelit-nyelit secara sangat ringkas.) Sebagai contoh, jika temanya adalah hukum haid dan nifas, tidak perlu menceritakan saya sedang masak, memotong bawang, memanaskan air, mencedok nasi, pergi ke pasar, berjumpa Timah, berborak-borak, balik ke rumah, berehat di kerusi dan lain-lain. Kecuali, saya ulangi, kecuali anda merancang perkara tersebut boleh dikaitkan dengan tema yang dibawa. Atau, (boleh juga), ia sekadar selingan ringkas yang diselitkan sekadar menjelaskan di mana latar watak. Itu tidak mengapa.

Ada cerpen yang ditulis demi menggambarkan latar tempat tertentu. Contohnya, suasana di luar negara, atau di latar asing. Maka cerpen jenis ini bertindak memindahkan (ulangi baca seratus kali, memindahkan) kebudayaan dan thaqafah luar kepada bahasa kita. Fokusnya begitu. Ada juga cerpen yang menceritakan pengalaman diri sendiri. Ia banyak dilakukan oleh penulis baru yang lebih terkesan dengan suara hati.

Ada cerpen yang ditulis kerana ingin berfalsafah. Dalam konteks ini, penulis harus mencipta suatu falsafah yang difikirkannya, kemudian diterangkan kepada khalayak pembaca. Kebiasaannya, cerpen jenis falsafah berhajatkan penulis berfikir panjang dan bermain akal dalam mengemukakan falsafahnya. Sebagai contoh, cinta itu derita. Falsafah seperti ini akan membuatkan khalayak pembaca mencari penjelasan terhadap falsafah yang dibawa, dan penjelasan itu ada dihuraikan panjang lebar dalam sepanjang penceritaan.

Ada cerpen yang ditulis dengan tujuan menyindir. Oleh itu, banyak watak yang kadangkala tidak logik, dan cerpen berbaur sinis juga jenaka. Atau penulis menggunakan perlambangan kepada cerita, kiasan atau perumpamaan. Cerpen jenis ini perlu kepada penelitian yang tajam, bahkan ada juga yang menggunakan watak haiwan atau benda sebagai ganti kepada watak manusia. Tetapi fokusnya adalah sindiran.

Saya sudah menulis panjang. Anda fikir tulisan begini memadai atau belum?

al_jantanie
manhumi_ilm

The Dangerous of Being Alone.

The Dangerous of Being Alone.

Never let your child being alone at home. Or either yourself. It’s so dangerous. Why? Then I will tell you a story. This happened a few days before.

That day, Engkau was staying home alone. Engkau’s stomach was growling. So, Engkau go to stove to boil water. Then, something happened. Engkau heard something weird. From Engkau’s room. Engkau ran to Engkau’s room. There was nobody, except, Engkau’s computer.

Start reading, Engkau begins to concentrate. Then, Engkau felt tired, and wanted to play games. But still, Engkau heard that weird voice. But Engkau didn’t know where it came from. Gave up to find the source, Engkau starts playing games. After playing for hour or two, Engkau catch the book and read again. Then, Engkau felt asleep. So, Engkau slept after that.

Then, what the problem is?

The problem is the boiling water. It dried up. Not left any, not even a single drop. Oh, it’s too late to turn off the fire. That is the dangerous of being alone. Never let your kids alone at home. And please,(I warn you) don’t play with fire.

AL’s Footnotes:
1. Still not married, how can I have kids?
2. Go and marry somebody. Then there are two of you.
3. Eh! It’s a story about someone else. Not me, ha!

Sunday, March 12, 2006

Satu Cop Untuk Satu Orang

Saya pun tidak tahu, kenapa saya sangat marah, bila orang cuba mengenali saya melalui lisan orang lain. Saya bukan marah kerana apa yang diceritakan orang itu salah, tetapi mengapa selalunya tidak sempurna. Mengapa tidak mengenali saya dengan sendiri?

Seperkara yang saya tidak suka adalah – apabila saya dicop dengan sesuatu cop, saya seolah-olah tidak boleh memakai cop lain. Seolah-olah, kalau datang ke Mesir, kita dilarang memakai dua cop. Semua orang hanya boleh pakai satu cop sahaja. Satu cop sahaja.

Apabila saya terlibat dalam LPP dan menyertai kursus penulisan PMRAM, saya memakai cop sebagai penulis. Dan sampai bila-bila, orang tidak akan nampak bahawa saya adalah mahasiswa Bahasa Arab! Seorang kawan yang datang berjumpa saya setelah natijah saya keluar di tahun dua yang lepas menyatakan antaranya bermaksud – enta najah. Ana rasa sebab enta selalu tolong orang. Sebab itu enta najah.

Seorang pun tidak mengiktiraf kemampuan saya dalam bidang yang lain, apabila mereka mengenali saya dengan satu cop tertentu. Itulah saya katakan, satu cop untuk satu orang.

Jadi, kalau anda berada di tempat saya, berada dalam satu kongkongan tertentu dan tidak ada lain-lain, anda pasti rasa muak, benci dan bosan, kerana manusia adalah gabungan dari pelbagai kemampuan dan sifat. Mengapa ditahdid menjadi satu jenis sahaja? Itu bagai penjara sirri.

Saya pun tidak tahu kenapa. Barangkali anda boleh rungkaikan sebabnya...

al_jantanie
manhumi_ilm

Terjemah : Pembaikpulihan Maktabah Negara di Lubnan

تجري في بيروت عملية إعادة إحياء المكتبة الوطنية اللبنانية بهبة قطرية بهدف ترميم وتوسيع المبنى. وكانت المكتبة الوطنية من كبرى المؤسسات الثقافية التي تضررت جراء الحرب التي عاشها لبنان بين 1975 و1990، وقد أضحى وجودها مقتصرا على ما تبقى من مجموعات تم حفظها في مخزن خاص.

Di Beirut sedang berlangsung kerja menghidupkan semula Perpustakaan Negara Lubnan dengan hadiah (tajaan) daripada Qatar dengan tujuan pembaikpulihan dan perluasan bangunan. Perpustakaan Negara itu sebelum ini adalah salah satu daripada pertubuhan pengetahuan terbesar yang terjejas sepanjang berlakunya peperangan yang di* oleh Lubnan di antara tahun 1975 hingga 1990. Sebelum ini kewujudannya telah menjadi terhad kepada apa yang masih kekal, (iaitu bahan-bahan yang masih kekal seperti) pengumpulan-pengumpulan (bahan bacaan) yang berjaya disimpan di mahzan (tempat simpanan) yang khusus.

ويؤكد الكثيرون أن الحرب والثقافة لا يسيران في خطين متوازين ولا يمكن أن يعيشا في مجال واحد وقد يحدث بينهما التداخل فقط في الحالة التي يطلق عليها اليوم مصطلح "ثقافة الحرب". وبيروت العريقة بتنوعها الثقافي تعيش اليوم دون مكتبة بعد أن عصفت الحرب الأهلية بالمكتبة الوطنية وبالكتاب وحتى بالمثقف والمهتم بالثقافة.

Kebanyakan (pihak) menegaskan bahawa sesungguhnya peperangan dan pengetahuan tidak akan berjalan pada dua garisan yang * dan tidak mungkin (peperangan dan pengetahuan itu) hidup dalam satu majal (ruang). Di antara keduanya (di antara pengetahuan dan peperangan) terlah berlaku (sejenis) pertembungan sahaja yang mana (dunia) hari ini meletakkan namanya atas istilah “pengetahuan peperangan”. Dan Beirut yang mulia (hebat) itu dengan kepelbagaian pengetahuan telah (menjalani) hidupnya hari ini tanpa sebuah perpustakaan (pun) selepas peperangan * meniupkan (memusnahkan) Maktabah Negara dan (menghapuskan) penulis-penulis dan sehingga kepada (menghapuskan) intelek dan orang yang mengambil berat tentang pengetahuan.

ومن المفارقات العجيبة أن موقع المكتبة الوطنية يقع على مقربة مما اصطلح على تسميته طوال 15 عاما من الحرب الأهلية بـ"خط التماس" الأمر الذي زاد من ضياع محتوياتها.

Di antara percanggahan yang menakjubkan, (iaitu) kedudukan Perpustakaan Negara yang terletak di satu kawasan yang dekat dengan (sesuatu) yang diistilahkan pada menamakannya sepanjang 15 tahun (sejak) daripada peperangan * (dinamakan) dengan garisan *

ونزولا عند إلحاح عدد من المثقفين اللبنانيين أضحى إحياء المكتبة منذ العام 1999أحد مشاريع العمل الوطني.

وتجاوبت قطر مع المطلب في سياق مبادرة خدمية وإنسانية وثقافية حيث وجه أميرها الشيخ حمد بن خليفة آل ثاني بالتكفل بمشروع النهوض بالمكتبة التي أسست عام 1921.

وحسب كتيب تعريفي خاص بعملية الإحياء فقد رصدت الحكومة القطرية المبالغ الكافية لإجراء ترميمات شاملة للمبنى وتوسيعة ورفده بالمؤثرات العصرية المعمول بها في المكتبات العالمية.

وتشمل عمليات الترميم تأهيل المبنى وتوسيعه بحيث تصبح المساحة المبنية حوالي2000 متر مربع وتتسع لمليوني كتاب ووثيقة وتستوعب أكثر من 500 قارئ وباحث في آن واحد، كما ستسهم المنحة القطرية برفد المكتبة بمختبرات للترميم ومخازن للحفظ الوقائي والعمل البيلوغرافي، بحيث تكون المكتبة راعيا لشبكات المكتبات العامة الأخرى.

مرسوم التجميدوكانت الحكومة اللبنانية أصدرت عام 1979 مرسوما قضى بتجميد نشاطات المكتبة الوطنية. ونقلت الكتب إلى مبنى اليونيسكو ثم إلى سن الفيل شرق بيروت وتم تخزينها في ظروف سيئة, حيث كانت عرضة للرطوبة والحشرات.
وأوكلت مهمة حفظ المخطوطات النادرة والمستندات القديمة إلى مصرف لبنان ومن ثم إلى مؤسسة المحفوظات الوطنية.

ويقوم مجموعة من الخبراء اللبنانيين حاليا بترميم وحفظ المخطوطات النادرة والكتب التي أصابها التلف تمهيدا لوضعها في مخازن خاصة إلى حين الانتهاء من تحديث وترميم المكتبة الوطنية.

وتقول رنده الداعوق وهي إحدى الناشطات في العمل من أجل إخراج المكتبة إلى حيز الوجود، إن عملية الترميم تمر بنفس هادئ ومركز، مشيرة إلى أن هناك متطوعين ومتطوعات ومتخصصين تم التعاقد معهم للقيام بترميم الكتب التي أصابها التمزق عبر عملية جمع وتجليد.

مراحل العملواستعرضت في حديث للجزيرة نت الضرر الذي أصاب الكتب والوثائق في مرحلة الحرب الأهلية والضياع الذي لحق بها، مشيرة إلى أن هناك رغبة جامحة لدى العاملين في المشروع على تنفيذه، وتحدثت عن المراحل الحالية التي يمر بها العمل وقالت إنهم الآن في طور تجميع كل شيء له علاقة بالمكتبة.

Sudah penat...Lain kali saya cari yang pendek sedikit.
Sumber aljazeera.net

My New Watch

I bought a new watch yesterday. For so long time I don’t have any single watch, it is too tired to keep asking every body – what is the time now? But, (it is) I feel great to copy Arab’s style asking others this (and only) question when meet foreigners.

But, the true reason buying watch is – I want to stop having handset. It was just a plan. It’s wasting money so much, I think. And the true reason I have a handset this far is because – I don’t know the time. (Every handset has time setting.)

Walking home (at Ramsis), I bought a new watch. Choosing the blue one (I love blue so much); I paid it for twenty junaih. Then hurry catching ‘trengko’ to Aabud and going back to my home.

Ha, ha. It is so bad when I open my eyes (and wonder – what is the time now) the next morning; my watch isn’t function any more. The hour needle isn’t move. Oh! How bad. Then what? What the solution after all of this? Keep patient? Buy new one? Repair it?

Can you even wonder – repair means money, buy means money. Patient means what? Oh, I can’t make any decision now – either continuing my plan or forget it. What is the worse?

Em, I don’t have the answer now. Maybe next time isn’t it?.

AL’s Footnotes:
1. Better not wasting your time anymore.
2. Cut the time before it cutting you.

Saturday, March 11, 2006

Demam Blog Dan Jurnal.

Demam Blog dan Jurnal.

Ia bukan suatu yang buruk. Jika satu – blog dilatih selalu sebagai tempat melancarkan kemahiran menulis, dua – tidak terlalu ghairah ‘menyolek’ dan menghias blog hingga terlupa kepentingan menulis, tiga – membawa motif yang baik dalam setiap kali penulisan, empat – menjadi ruang pertemuan dan bertukar-tukar fikiran.

Demam blog alias jurnal melanda. Dan saya, mengalu-alukan sesiapa sahaja yang mahukan khidmat pertanyaan berkenaan blog. Setakat yang saya mampu. Ini gelombang kebangkitan penulis – Jurnalis dan Bloggers.

Ini bukan sia-sia. BKPJM menganjurkan pertandingan mereka blog dan jurnal bermula sekarang hingga ke satu tarikh sekitar bulan 7. Hadiah lumayan. Tetapi, terbuka untuk siswa siswi Johor di Mesir sahaja. Setakat ini, sudah ramai yang mempunyai blog. Rasanya, kena ada paling kurang dua hadiah. Satu untuk blog terbaik. Satu untuk blog tunas harapan. Lagi banyak lagi baik.

Jika syarat sudah sempurna kelak, saya akan paparkan hasilnya.

al_jantanie
manhumi_ilm

Friday, March 10, 2006

Membuang Tanda ‘Salib’ Di Blogspot

Membuang Tanda ‘Salib’ di blogspot

Saya terkejut juga bila dikhabarkan seorang kawan – ada tanda salib bagi template yang saya gunakan. Mulanya saya bingung tetapi setelah meneliti betapa ada cara membuang lambang salib itu boleh, apa kata kita buangnya bersama-sama.

Saya mendapati lambang salib ini pada beberapa jenis template. Iaitu Thisaway, Thisaway Blue, Thisaway Rose dan Thisaway Green. Yang lain tak perasan pula. Sila cari dalam html blog masing-masing (Change Setting – Template) html ini.

#sidebar {
padding: 7px 11px 0 14px;
background: url(http://www.blogblog.com/thisaway_blue/bg_sidebar_arrow.gif) repeat-y 179px 0;
}

Dan buangkan alamatnya (http://www.blogblog.com/thisaway_blue/bg_sidebar_arrow.gif) supaya lambang salib tidak muncul lagi di blog anda.

Atau, demi mudah mencari, tekan kekunci ‘F’ berserta kekunci ‘Ctrl’ demi memunculkan fungsi ‘find’. Taip (arrow.gif) dan anda akan temui html berkaitan.

al_jantanie
manhumi_ilm

pengunjung: 5719

Thursday, March 09, 2006

Perkara Gharib Yang Harus Dijadikan Lazim

Perkara Gharib Yang Harus Dijadikan Lazim

(Gharib bermaksud pelik dan Lazim bermaksud mesti)

Pertama – amali pembacaan kamus. Bagi mana-mana penuntut bahasa, (lebih-lebih lagi Bahasa Arab) pelaziman membuka kamus adalah sangat membantu kepada penguasaan bahasa yang baik. (Cadangan – kamus mu’jam Asasi, mu’jam tullab – tetapi saya lebih gemar kalau Lisanul Arab)

Dua – memboikot web berita (bahasa) Ibunda dan melayari web berita bahasa asing. Melayari web berita bahasa asing menyebabkan kita terdedah dengan pelbagai isu luar yang ‘belum diterjemah dan dimasukkan’ ke web-web berita bahasa ibunda. (Taklikan – kecuali kalau tidak faham, barulah selak-selak web Ibunda.) (Cadangan – www.aljazeera.net
- Arab dan English)

Tiga – membungkus semua kaset dan cd lagu-lagu melayu dan menggantikan dengan lagu-lagu bahasa Asing. (Ini adalah usaha melatih kemahiran mendengar. Cadangan : Kaset khitobah dan web-web muat turun lagu-lagu Arab.) (Tahzir : Hati-hati dengan lagu yang beserta video klip.) (Cadangan : sedang dalam pencarian web-web yang sesuai)

Empat – menafikan fungsi asrama, baitut talabah dan rumah-rumah persatuan sebagai ‘tempat solat berjemaah’ (walaupun hakikat solat berjemaah di situ juga adalah sangat baik.) sebaliknya menghalakan lokasi ke ‘masjid-masjid’ berdekatan dengan tujuan ‘pendedahan kepada pengalaman sebenar ke lokasi perhimpunan terbesar umat Islam’ (Faedah : memperkenalkan erti ‘berjalan dalam gelap’ tetapi ‘terang dengan cahaya’ bagi syabab muda) (Penafian berbentuk sementara ) ( Taklik: Seronok keluar jalan-jalan, tidaklah terperap dan membosankan. Suntikan motivasi dan rehat kepada minda pengaji dan penuntut ilmu)

Lima – mengadakan pertandingan menterjemah dengan hadiah lumayan. Hadiah dicadangkan bagi tempat pertama, sekurang-kurangnya RM 1000 @ LE 1000 @ USD 250 (dan setengah daripadanya untuk tempat kedua, dan suku untuk tempat ketiga) bagi kategori setahap sekolah menengah tinggi, RM 2000 @ LE 2000 @ USD 500 bagi tempat pertama (dan setengah dan suku daripadanya untuk tempat kedua dan ketiga) bagi kategori setahap siswa siswi universiti. (Hadiah masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan nilai yang boleh dikecap.) (Buku yang diterjemah boleh dicetak dan diniagakan demi mendapatkan pulangan kepada penganjur.) (Pihak berwajib seperti kementerian berkaitan pendidikan dan pelajaran, duta-duta Malaysia di negara asing, hingga ke peringkat paling rendah seperti Guru Besar dan Pengetua patut mengambil ihtimam.) (Tempat pertama boleh dinafikan sekiranya tiada hasil yang benar-benar berkualiti mencapai tahap tersebut) (Zaman Keemasan Islam terbukti apabila gerakan penterjemahan mendapat sokongan kuat khalifah berbentuk imbuhan duit – memindahkan ilmu dan thaqafah daripada bahasa asing secara berlumba-lumba.)

Enam - penubuhan Darul Hadis atau Darus Sunan dengan objektif - melahirkan muhaddis-muhaddis seterusnya dihantar kepada Syeikh Muhaddis untuk ditasmi' dan diijazahkan. Bilangan penghafaz hadis dengan bersanad sangat kurang di dunia, apatah lagi bila kemunculan 'mutamahdis' - iaitu orang yang mendakwa dirinya muhaddis sedangkan dia bukan bertahap itu. Jika Darul Quran adalah bukti bahawa orang kita juga kuat ingatan, mengapa tidak hadis juga diusahakan sebegitu?

al_jantanie
manhumi_ilm

Malhuzat : Apa kata anda?
Pengunjung : 5714

Saturday, March 04, 2006

Hargai Hidup

Sajak : Hargai Hidup
Oleh : Cikgu Latifah Ashaari

Aku bersyukur diberi hidup,
Melihat tuhan menaikkan langit,
Setinggi-tingginya,
Menyinari siang,
Seterang-terangnya.

Aku bisa merenung lautan,
Yang Allah hamparkan,
Seluas-luasnya,
Kaki kotorku dapat,
Melangkahi batas-batas bumi,
Yang Allah bentangkan,
Selebar-lebarnya,
Dan aku dapat tidur,
Dalam kesunyian gelita malam,
Yang Allah gelapkan,
Segelap-gelapnya.

Aku mampu merasa dan meraih,
Nikmat dan anugerah,
Yang Allah berikan,
Sebanyak-banyaknya,
Aku cukup terharu,
Diri bergelar hamba,
Walau di celah-celah kebesarannya,
Di antara-antara keagungannya,
Aku hanya berdiri sebagai,
Sehina-hinanya manusia,
Sekerdil-kerdilnya insan,
Semiskin-miskinnya hamba.

(Pernah disiarkan di Suara Kampus Edisi Gabungan. Minta Izin ya, Cikgu!)

Friday, March 03, 2006

Masalah Terbesar Bagi Catatan Bertulisan Arab

Antara masalah terbesar apabila memaparkan apa-apa tulisan dalam bahasa Arab adalah – keengganan blog menurut perintah saya. Tulisan kalau terlalu kecil akan kelihatan kabur, tetapi jika di besarkan akan berlanggar sesama huruf. Saya ada cuba menetapkan font yang boleh mengurangkan pelanggaran sesama huruf, tetapi sistem blog enggan. Dan sekiranya saya berdegil dan menukarkan sepenuhnya tulisan kepada gambar, masalah lain yang berlaku adalah – proses memaparkan blog mengambil masa yang lama (jika server lembab). Kalaupun saya menukarkan kepada gambar-gambar yang kecil, ia akan menjadi sangat banyak. Sesekali itu bolehlah, tetapi selalu?

Menukarkan kepada gambar bukan langkah yang baik (bagi saya), jadi, saya perlu menulisnya seperti biasa juga. Bagaimana? Saya perlu fikirkan dulu.

al_jantanie
manhumi_ilm

Malhuzat 1:
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada dua catatan saya sebelum ini (Farsyit Turoob dan Idofatul Mausuf Ilas Sifat)

My Beloved Keyboard

I hate my keyboard a bit. It always make noise each time I type something. Guess how annoying it is to disturbing other’s sleep when you are ‘working’ at night. Everybody always knows that I’m writing something that time.

To solve this problem, I need at least 40 junaih buying new keyboard. But, I will make thinking several times. Is this keyboard is useless and no more useful? Appreciate what you have, and always thank God. The most important is keep on writing, not chasing everything new – isn’t it?

So, I keep remembering how much this keyboard serving me this far. Furthermore, all of my friend never regret to be side and knowing that I’m writing (although I feel ashamed to be watched) Hihi, keep on what are you doing.

AL’s footnotes
1 – always thank God.
2 – have a nice day.

Thursday, March 02, 2006

Idoofatu l-Mausuufi Ila s-Sifaati - Ma-'aanii

Saya menulis tentang satu daripada kanun-kanun Bahasa Arab, barangkali (kanun ini) adalah antara yang paling nyata dan paling jelas, tetapi dilupakan oleh kebanyakan manusia.

Iaitu, ditegah menyandarkan mausuuf kepada sifat. pertama, adalah lebih patut bagi saya menerangkan kepada kalian tentang setiap satu (mustolah yang digunakan) daripada (kalimah) mausuuf dan (kalimah) sifat secara ringkas. Mausuuf adalah pemilik sifat ini, dan sifat itu adalah baginya, mendampinginya ia secara zat. Sifat pula adalah lafaz-lafaz yang menyifatkan tentang sesuatu, dan ia bukanlah zat yang berdiri dengan dirinya sendiri, tetapi berdiri di atas (zat) yang lainnya, iaitu (berdiri) di atas mausuf.

Maka ayat : toolibun kariimun, maka kariimun adalah sifat kepada toolib, dan toolib adalah mausuuf (disifatkan) dengan kariim. Saya perkatakan (terangkan) sekali lagi. Mausuf adalah toolib, dia adalah zat, atau pemilik (kepada sifat itu), dan zat adalah (lafaz) kariim.

Perlu juga bagi saya, sebelum menuju kepada tajuk ini dengan penerangan, menerangkan tentang idoofah secara ringkas. Idoofah adalah pergantungan (atau penyandaran) dua kalimah (dan lebih) dengan menghimpunkan (lafaz) yang pertama kepada (lafaz) yang kedua. Maka contoh : husnut takbiir, maka husnu disandarkan dan dihimpunkan kepada (lafaz) takbiir, dan husnu adalah mudoof, dan takbiir adalah mudoofun ilaihi. (tambahan: kalimah yang di depan dipanggil mudoof, dan kalimah di belakang dipanggil mudofun ilaihi)
Lihat kepada dua kalimah ini. Apakah tidak kamu lihat di sana telah dizahirkan kepada kamu satu contoh daripada - menyandarkan sifat (iaitu hasan) kepada mausuuf (iaitu takbiir). Ini adalah benar dan bertepatan dengan kanun (bahasa), kerana ia adalah idoofah yang diterima (dibenarkan). Maka jangan kamu katakan ketika itu pula: takbiirul hasan, kerana ia bersalahan dengan kanun ini, maka tidak sah menyandarkan mausuuf kepada sifat seperti mana yang telah aku terangkan kepada kamu.

Tetapi telah terzahir (muncul) di hadapan kita bermacam-macam contoh yang berbilang-bilang yang menyalahi ketetapan ini. Maka contoh, abdur rahiim, maka abdu adalah zat, pemilik (kepada sifat) dan ia adalah mausuuf seperti mana yang disangkai oleh sebahagian kita, dan ia pada tahap ini dihimpunkan (kepada lafaz setelahnya, iaitu sifat) dan disandarkan kepada sifat (arrahim), maka bagaimana ia boleh betul pada waktu (yang sama) telah terbatal (misal-misal) yang lain (yang sepertinya)?

Untuk mentakwil misal ini, atau menerangkannya, kamu mestilah (menggunakan) dua jalan ini, atau (menjawabnya) dengan dua jawapan ini. Pertama, sesungguhnya sifat (iaitu arrahiim) adalah sifat yang berdiri di tempat mudoofun ilaihi selepas dihazafkannya (dibuang mudofun ilaihi), maka asal frasa ini adalah - abdullahir rahiim, maka dihazafkan lafaz jalalah (Allah), dan didirikan sifat di tempat mudoofun ilaihi. Maka ketika itu, tidaklah (kita katakan bahawa dibenarkan) menyandarkan mausuuf kepada sifat, tetapi menyandarkannya kepada suatu isim lain secara zat, dan kita tidak menyalahi kanun.

Kedua (dalam cara mentakwilkan frasa ini), kita katakan bahawa arrahiim bukanlah sifat, walaupun ia zahir seolah-olah ia adalah sifat, apakah tidak kamu lihat sesungguhnya lafaz ini yang mana ia adalah sifat secara binaannya, berpindah (bertukar) kepada zat, tika mana Allah mengambilnya menjadi nama bagi-Nya, maka jadilah ia (lafaz arrahiim) ini nama (bagi Allah) dan bukannya (sejenis kalimah) sifat. Untuk itu, kita telah menyandarkan lafaz abdu kepada zat yang mulia, (iaitu lafaz) arrahim (itulah dia) Allah, dan ini tidak menyalahi kanun yang mana saya tujukan kepadanya penerangan (saya) terhadapnya.

Dua pelahap yang tidak (akan) kenyang,
dan pelahapku adalah ilmu.

Wednesday, March 01, 2006

Idoofatu l-Mausuufi Ila s-Sifaati - Asykaal

aktubu 'an waahidin min qawaaniinil lughatil arabiyati, أكتب عن واحد من قوانين اللغة العربية، la'alla min azharihaa wa abyaniha, لعل من أظهرها وأبينها bal ghafalaha kathiirun minan nas. بل غفلها كثير من الناس

fahuwa, mamnuu'u idofatil mausuufi ilas sifati. فهو ممنوع إضافة الموصوف إلى الصفة. awwalan, fa-ajdaru li li-ubaiyina lakum kulla minal mausuufi was sifati bil-iktisoor. أولا، فأجدر لي لأبين لكم كل من الموصوف و الصفة بالإقتصار. almausuufu huwa soohibu hazas sifati, fassifatu lahu, lahikohu huwa bizzati. الموصوف هو صاحب هذا الصفة، فالصفة له، لحقه هو بالذات. fassifatu hiyal alfaazul lati tuusofu 'an syai-in wa hiya laisatiz zaatal qaaima binafsiha, walakin takuumu 'ala ghairiha, ayyul mausuf. فالصفة هي الألفاظ التى توصف عن شيء وهى ليست الذات القائم بنفسها، ولكن تقوم على غيرها، أي الموصوف.

fajumlatu : toolibun kariimun, fakariimun sifatun litoolibin, wa toolibun mausuufun bil kariim. فجملة : طالب كريم، فكريم صفة لطالب، وطالب موصوف بالكريم akuulu marratan ukhra. أقول مرة أخرى. almausuufu huwat toolibu, wahuwaz zaatu awis soohibu, wassifatu hiyal kariimu. الموصوف هو الطالب، وهو الذات أو الصاحب، والصفة هى الكريم.

fa-ajdaru li aidon, kobla kosdil mauduu'i bibayaanin, bayaana 'anil idoofati biktisoorin. فأجدر لي أيضا، قبل قصد الموضوع ببيان، بيان عن الإضافة باقتصار fal-idoofatu tarkiibul kalimataini (fa-aksar), bidommi awwaluhuma ila saaniihimaa (wama ba'da zaalik). فالإضافة تركيب الكلمتين ( فأكثر ) بضم أولهما إلى ثانيهما ( وما بعد ذلك) famislu : husnut takbiiri, falhusnu yudoofu wa yudommu ilat takbiiri, walhusnu huwal mudoofu, watta'biiru huwal mudoofu ilaihi. فمثل : حسن التعبير، فالحسن يضاف ويضم إلى التعبير، والحسن هو المضاف، والتعبير هو المضاف إليه.

unzur ila haazainil kalimataini. انظر إلى هذين الكلمتين. alaa taroo hunaaka kod abda laka masalan min - idofatis sifati (wahiyal hasan) ilal mausuufi (wahuwat takbiiru). ألا ترى هناك قد أبدى لك مثلا من – إضافة الصفة (وهى الحسن) إلى الموصوف (وهو التعبير). haaza sohiihun, muwaafiqun lilqaanuuni, li-annahu min idofatin makbuulatin. هذا صحيح موافق للقانون، لأنه من إضافة مقبولة. fala takul izan: takbiirul hasani, li-annahu muhoolifun lihaazal qaanuuni, fala yasihhu 'an yudoofal mausuufu ilas sifati kama kod baiyantuhu lakum. لا تقل إذن : تعبير الحسن، لأنه مخالف لهذا القانون، فلا يصح أن يضاف الموصوف إلى الصفة كما قد بينته لكم. walaakin, zoharo baina aidiina amsaalun muta'addidatun, allati tuhoolifu hazas saabita. ولكن، ظهرت بين أيدينا أمثال متعددة التى خالف هذا الثابت. famasalan, abdur rahiim, fa-abduz zaatu, assoohib, wahuwal mausuufu kama zonna ba'dunaa, wahuwa fi hazihir ratbati yudommu wa yudoofu ilas sifati (arrahiim), فمثلا، عبد الرحيم، فعبد الذات، الصاحب، وهو الموصوف كما ظن بعضنا، وهو فى هذه الرتبة يضم و يضاف إلى الصفة (الرحيم) fakaifa sohha haazaa fi waktil lazi kod abtola ghairuhu? فكيف صح هذا فى وقت الذى قد أبطل غيره؟

litakwiili haza, au litabyiinihi, alaikum bitoriikotaini, au bi-ijaabataini. لتأويل هذا أو لتبيينه، عليكم بطريقتين، أو بإجابتين. auwalan, innas sifata (wahiyal kariimu) sifatun kooimatun maqaamal mudoofi ilaihi bakda hazfihi, أولا، إن الصفة (وهى الرحيم) صفة قائمة مقام المضاف إليه بعد حذفه، fa-aslu haazat tarkiibi - abdullaahir rahiimi, فأصل هذا التركيب – عبد الله الرحيم، fahuzifa lafzul jalalati (allah), faqoomatis sifatu maqaamal mudoofi ilaihi. فحذف لفظ الجلالة (الله) فقامت الصفة مقام المضاف إليه. wa 'inda-izin, laisa yudooful mausuufu ilas sifati, bal yudoofuhu ilal ismil aakhor bizzati, wala nuhooliful qaanuuna.وعندئذ، ليس يضاف الموصوف إلى الصفة، بل يضافه إلى الإسم الأخر بالذات، ولا نخالف القانون.

saaniyan, an naquula bi-annar rahiima laisa sifatin, walau zohara ka-annahu hiya, ثانيا، أن نقول بأن الرحيم ليس صفة، ولو ظهر كأنه هى، alaa taroo, inna hazal lafzal lazi huwas sifatu binaa-ii-yan, ألا ترى إن هذا اللفظ الذى هو الصفة بنائيا، kod tantakilu ilaz zaati, hiinamaa akhozahu Allahu isman lahu, قد تنتقل إلى الذات، حينما أخذه الله إسما له، fayakuunu isman walaisa sifatan. فيكون اسما وليس صفة. lihaaza, kod adofna lafzal 'abdi ilaz zaatil jaliili, لهذا، قد أضفنا لفظ العبد إلى الذات الجليل، arrahiimi allahi, الرحيم الله، wa haaza laa yukhooliful qaanuunal lazi kosodtu ilaihi bayaanahu.وهذا لا يخالف القانون الذي قصدت إليه بيانه.

manhuumaani laa yashba'aani,
manhuumil ilm