Monday, August 22, 2005

Jangan Terlalu Cepat Menghukum Orang Baru

Jangan terlalu cepat menghukum orang baru

Jangan terlalu cepat menghukum orang baru. Mereka ada niat ingin belajar, ada bakat. Tetapi kadang-kala, ada sahaja yang tersadung jatuh (barangkali dengan sedikit dugaan – dunia mana sunyi daripada dugaan) dan mereka perlukan masa untuk bangun. Apatah lagi anda yang asyik berada di hadapan tidak pula menghulurkan tangan, memapah ia bangun.

Begitulah yang terjadi, kerana kita tidak belajar motivasi. Paling kurang kena tahu juga, manusia jadi sejuk bila dipujuk, merajuk bila dimalukan, segan bila tidak dipercayai, dan hilang rasa hormat pada anda bila anda tidak menghormatinya. (Jangan bagi surat cinta dengan alasan mahu memujuk.)

Belajar menghargai orang kalau mahu dihargai. Belajar memaafkan orang kalau mahu dimaafi. Saya cepat menghukum.cuba belajar agar tidak cepat menghukum. (tetapi kalau tak sedar, saya hukum juga)

al_jantanie
manhumi_ilm

ps: doakan saya positif, dan tidak terlalu cepat menghujum. Dan anda janganlah terlalu lambat untuk bangkit, anda kan sudah dewasa?

No comments: