Penangan Sastera Dari Pena Agamawan.
"Kenapa kau harus menulis, Rafiq?" Shahir duduk di samping. "Kita kan agamauan yang belajar Arab. Kau bikin ripuhmu pada bahasa Melayu, nanti berkurang masamu mendalami bahasa Al-Quran." Shahir mengemaskan kain pelekat.
"Jangan jadikan sempadan bahasa jurang yang terlalu dalam, Shahir. Aku cuba mengusai kedua-duanya. Nanti aku usahakan jambatan penghubung, supaya kau jelas di mana sebenarnya titik temu dua bahasa dan lidah ini."
"Tetapi jalannya sangat panjang. Agama, Rafiq. Agama. Ilmu itu cair dalam bahasa syurga. Ilmu itu larut dalam bahasa Arab, mengalir di sungai talaqi dan kalau bisa kauhadang ia menjadi empangan…"
"Tetapi ia mengalir di Nil sahaja. Ia tidak sampai ke sungai kita. Ya, ia larut dalam bahasa syurga, tetapi darah kita, orang kita, bangsa kita, belum semuanya mampu terima ia dalam pati asal. Kerana itu aku menulis. Dalam bahasa ibunda kita. Aku mahu ia cair hingga meresap mudah dalam darah bangsa kita."
"Kau mahu memindahkan sungai?"
"Bukan, tetapi patinya. Aku tahu, ilmu ini tidak dapat dipindah sepenuhnya, melainkan dalam bahasa nuzulnya. Aku tahu bahasa Arab ada rahsianya. Kerana itu Tuhan memilihnya menjadi bahasa termulia di sisi-Nya. Tetapi tugas kita juga, memindahkan semampunya ke cepu mereka yang buta bahasa. Salahkah aku menulis?"
"Jadi?"
"Ya, aku sedang berusaha. Barangkali dengan yang mudah dahulu."
(Cerpendek)
al_jantanie
manhumi_ilm
No comments:
Post a Comment