Friday, August 19, 2005

Medan Pena Kali Keempat.

Medan Pena Kali Keempat.

Akademi Medan Pena akan mengadakan perbincangan seputar genre kreatif sekitar dua jam hingga setengah jam berikutnya, di Asrama Pelajar Johor, atau nama 'glamour'nya – Rumah Johor.

(Sila betulkan pemahaman, nama sebenar bagi kediaman rasmi mahasiswa-mahasiswi Johor adalah Asrama Pelajar Johor (APJ) dan bukannya Rumah Johor.)

Tarikh : 3 September 2005
Masa : 10 Pagi
Yuran : tiada.

Ya, semua ahli akademi Medan Pena dijemput hadir, dan bagi mereka yang berminat turut serta, anda juga dipelawa. Ada baiknya maklumkan kepada saya terlebih dahulu. Dan istimewa untuk ahli, pada hari tersebut anda akan diberikan kad keahlian dan jangan lupa bagi yang belum membayar, sila jelaskan.

Insya-Allah, jika tiada aral saya akan membawa manhaj kreatif dengan tajuk – Mengkaji Rencam Dalam Cerpen. Karya pilihan adalah karya Saudara Mohd Nazmi Yaakob dengan tajuk ' Sufiyyah dan Ruhiyah Dalam Ramadhan'.

Bagi saya, ini adalah antara cerpen terhebat pernah saya jumpa seumur penulisan saya. Rugi kalau anda tidak hadir.

al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: