Tuesday, August 23, 2005

Semakan

Seorang kawan datang minta saya semakkan terjemahan kitabnya. (Dia mahu menukar dari bahasa Indonesia ke Bahasa Melayu.) Tetapi mengapa, ya? Saya belum sudahi semakan itu setelah tiga kali membuat dateline. Saya sendiri rasa kecewa dengan diri sendiri.

Semuanya (dalam microsoft word) dalam seratus setengah muka surat. Saya tahu menyemak boleh dilajukan dengan menumpukan perhatian, tetapi tumpuan selalu lari kepada perkara lain. SUKEJ 108 juga menuntut perhatian serupa.

Dalam rasa bersalah terkadang ingin sahaja saya bersengkang dari malam hingga ke pagi, dan kemudian kalau mengantuk saya lentukkan sahaja ke meja. Saya merempuh dateline sendiri (kerana sahabat itu baik dan tidak meletak dateline) Cuma, barangkali ada beberapa hajat saya dahulukan dahulu demi tidak mengecewakan diri.

Perkara ini mengingatkan saya kepada 3 prinsip seorang penulis
1. Siapkan sebelum dateline.
2. Ketika Dateline sudah siap.
3. Siapkan juga walaupun dateline sudah terlepas.

Ya, kena siapkan juga.

(Jangan lupa warta akhawat minta artikel pendapat, 26 ogos ini...Em, semua perempuan sudah tiada apa-apa pendapat ke?)

al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: