Thursday, August 04, 2005

KELAP' 05

KELAP 2005

Barangkali, MPR punya nama yang gah tambah gagah dengan lapisan penulis yang berpengalaman. Tetapi bagi saya, menceburi KELAP yang masih muda ganda ‘biasa-biasa sahaja’ dengan penulis baru dan kurang pengalaman; semua ini sudah cukup membanggakan.

Bengkel 2 KELAP 2005 tamat lewat malam tadi. Kami membedah artikel, cerpen dan sajak peserta bersama-sama; peserta memberi komen kepada peserta lain dan kemudian mentor menambah ulasan sebelum moderator lain melengkapkannya dengan kritikan tambahan. Saya paling terharu dengan acara penutup; mungkin berpeluang menggulung semuanya dalam beberapa konklusi yang mudah – beritahu apa yang boleh saya bantu, dan saya akan cuba apa yang saya mampu.

Apa yang berlaku malam tadi sangat-sangat mengingatkan saya KELAP 2004 tahun sudah. Semangat bangkit dalam keharuan, tetapi apa yang lebih penting; (baca dalam nada tertanya-tanya) Mengapa saya menulis?

Jangan menulis kerana saya tetapi kerana diri sendiri. Jangan menulis kerana wang, nama, pangkat, kedudukan; apakata menulis kerana ingin belajar dan ingin menyampaikan.

Saya pernah bermatlamat wang, nama, pangkat; dan apabila saya menulis demi semua itu saya jadi futur bila wang tidak dapat, nama tidak gah, kedudukan tidak ‘seberapa’. Saya sendiri rasa sedih dengan perlakuan diri.

Jadi untuk apa saya menulis?

KELAP 2005 mengajak saya menghalusi semua itu. Peserta yang saya kira agak ramai memberi komitmen yang boleh dibanggakan. Teruskan menulis, dan Selamat Datang ADABUNA.

al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: