Saturday, September 04, 2004

Kepimpinan

Tidak dinafikan, sesiapa sahaja yang menulis mahukan tulisannya dibaca. Tidak salah, malah itulah naluri penulis biasa. (kagum dengan zaid akhtar yang sempat membaca cerpen abd kadir, cemburu pula aku)

Kagumku pada Mansurah, melihat betapa masyarakat di sini amat menjaga solat, mengingatkan aku betapa aku perlu memperbaiki diri. Jika tidak salah, lima minit selepas azan dilaungkan, solat segera didirikan. (mungkin Kaherah juga sama, tetapi tidaklah sepantas itu)

Kagumku pada Mansurah menambah rasa senang dalam hatiku untuk terus berada di sini. ( Orang kata, kalau orang Keherah mari Mansurah itu tandanya sudah dekat hendak kahwin. Itu cuma kata orang). Sekurang-kurangnya aku menikmati makna merdeka dengan makan yang puas (tidak seperti ketika di Kaherah, kerja banyak, makan pun tidak lapang), tidur selesa dan dapat melaksanakan agenda peribadi aku di sini. (Tips: Aku juga rasa runsing tengok badanku makin kurus dengan pipi yang cengkung)

Aku memahami bahawa kepimpinan tidak boleh dibiarkan kosong. (kerana jasa kepimpinan banyak masalah dapat diselesaikan.) Aku? Carilah orang lain. Aku bukan tidak pernah terjun dalam dunia itu, tetapi Qiadiku bagai tidak dapat diterima. Setiap kali aku berada dihadapan, aku telah dibelakangi. Lebih baik cari orang yang terus terang mendapat sokongan. (Tips: Aku akan terus membantu dari belakang)

Lagi pula aku ingin terus menulis, tidak senang rasanya disibukkan dengan hal kepimpinan. Biarkan penulis terus menulis, dan yang memimpin terus memimpin. Teringat pada Amli, Syiba, Salha, Omar, Qadir dll ( sahabat penulis muda), bakat terus berkembang dalam penulisan kreatif. Aku doakan kalian terus berkarya menghasilkan penulisan yang bakal agung.

Lalat mula pasang sayap terbang keliling bilik yang tidak kotor. Mungkin kerana suhu sudah sesuai membangunkan si hurung itu, atau kerana pasar tepi rumah makin membusung busuknya. Kedengaran loceng berdering (betul ke penggunaannya di sini?) tanda ada orang mahu hajatnya dipenuhi (mahu beli beraslah tu!). Bukankah sudah kutampal bahawa beras sudah habis di muka pintu, hatiku merungut. " Ustaz, bila beras akan sampai?" soal si manja itu dengan loghat Kelantan kalau tidak salah. " Malam 5 haribulan, insya Allah."

Seronok bukan, apabila tangan menjinjit plastik hitam yang sudah kenyang membuncit dengan keledek mentah 65 sen sekilo. Pantas aku mandikan ia dalam kolam periuk panas, tambah gula bikin lemak.

salam sastera ilmu,
pembaris_kecil

1 comment:

Anonymous said...

Salamullahi alaikum. Moga al-jantanie sentiasa dlm dakapan rahmat Allah. Qiadah bukan penghalang utk terus-terusan berada dalam mandala penulisan (sifu Ubai-timb YDP KPKM) Kelebihan yg dikurnia Allah jgn dipinggir sepi. Usah dibiar rajuk menjarah tabah yang tertancap sekian lama di kerdup atmamu kendatipun mereka melempar hujuman. Ujian yang kita terima hanya secebis cuma andai dibanding dgn mehnah yang dihadapi oleh para rasul dan nabi. Andai Rasulullah bersikap seperti kita, pasti Islam tidak akan kita nikmati kini. Lumati sirah rasul dan para sahabat guna memujuk diri. Adukan rajuk dan sedihmu pd Allah. Pepatah arab: Serahkan hatimu yg baik kepada manusia, pasti mereka akan menghancurkannya. Serahkan hatimu yg hancur kepada Allah pasti Dia akan menyembuhkannya. "Allahumma ilaika ashku dho'fa quwwati..." Teruskan memimpin dan menulis. Tahniah kerana telah melangkah setapak. Punya laman web sendiri. Tentu lebih aktif menulis. Salam mangsi ulama' : shiba'(ini ejaan yang betul al-jantanie :)