Thursday, September 01, 2005

Merdekakan Pantun Kita

Saya diminta jadi hakim pantun sempena Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke 48. Peserta berpantun, pengerusi berpantun, Hakim Saya pun hendak berpantun juga.

Tema Ukhuwwah:

Emas Kutabur Madu Kucurah,
Mengapa Tuba Balasan Darimu,
Hampas ditabur bersatu kuah,
Tuba Sudah Sebati Susu.

Tema Merdeka:
Kubilang Merdeka Dengan Hati,
Rakyat Hidup Jiwanya Mati,
Kudagang Nyawa Dengan Diri,
Negara Korup Harganya Kami?

Tema Bebas:
Aur Tebing Kenapa Berteman,
Gigi Lidah Kenapa Bertingkah,
Aur Tebing Bersama Berperanan,
Gigi Lidah Berlaga Bercanggah.

(Garis Potong Menandakan Salah Tulis. Maaf.)
al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: