Wednesday, September 07, 2005

Anda Tahu Cakap Saja

Anda tahu cakap sahaja. Anda tak mahu buka telinga. Anda menyangka anda betul dan apabila diterangkan hakikat sebenarnya anda gagal berlapang dada. Anda tolak cakap saya kerana bagi anda; Anda sahajalah yang betul. Anda sahaja yang betul.

Mengapa tidak anda luaskan fikiran dan lapangkan dada? Mengapa cepat benar hati jadi sempit dan akal jadi pendek, kemudian apabila mereka melafazkan lagi sebabnya anda potong cakap mereka, tolak hujah mereka, pancung keinginan mereka berbicara menjadi dua, tiga, empat, lima...sejuta... kali sejuta.

Kenapa tidak boleh walau sedetik menganggap bahawa mungkin anda tersalah dan mereka betul lalu lapangkan hati, bukakan mata, luaskan minda dan terima! Tetapi anda tak mahu terima. Anda keraskan hati yang memang lembut dan ‘batu’kan hati yang cuma darah, kemudian tolak pendapat mereka mentah-mentah sedangkan anda tahu, pendapat itu diterima bahkan ditolak.

Mengakulah bahawa anda sendiri, pernah berfikir dan berpendapat, kemudian anda sendiri juga menolak pendapat sendiri dan meminggirkannya. Anda sendiri pernah sanggah pendapat diri sendiri. Anda boleh terima kalau itu daripada diri anda sendiri tetapi mengapa apabila berdepan dengan orang lain anda zalim?

Saya tahu anda marah, tetapi apa salahnya bukakan mata kemudian terima. Moga tasamuh anda dibalas Tuhan dengan tasamuh-Nya.

al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: