Rasanya, agak keterlaluan sekali ucapan tahniah yang saya terima. 'Sinar Bintang Merdeka' adalah cerpen kelima yang dihantar ke media perdana dan cerpen kedua yang berjaya terbit. Saya masih terlalu baru dan tidak layak menerima kata-kata ucapan tahniah yang terlalu banyak. Semacam hal kecil ini telah diperbesar-besarkan. Saya segan. Bukankah lebih baik kalau kita ber'biasa-biasa' sahaja?
Apapun terima kasih atas ucapan yang banyak. Karya itu cuma hasil yang sebenarnya masih banyak kekurangan, kelemahan. Barangkali dengan nasib baik ia tembus. Yang selebihnya, kerja Tuhan yang mengatasi segala rancangan.
al_jantanie
manhumi_ilm
No comments:
Post a Comment