Sunday, January 01, 2006

Catatan Di Celah-Celah Peperiksaan (6)

Catatan di celah-celah peperiksaan (6)

Selamat Tahun Baru. Setiap kali tahun baru di Mesir pasti saya hampir-hampir tidak sedar kerana kami sedang ripuh imtihan.

Biar saya bentangkan satu kajian saya mengenai tahun. Mengira umur hijrah. (Kajian budak-budak baru belajar, ringkas sahaja.)

Ia bermula kerana beberapa ba'its (penyebab). Pertama, ramai menyangka dia sudah tiba umur sunnah untuk kahwin (25) padahal umur dia dalam hijrah adalah 26 tahun. (Itu sudah terlajaklah bang, oi!) Kenapa? Kerana bilangan hari dalam hijrah tidak sama dengan bilangan hari dalam masihi. Kalau tidak salah saya, setiap tahun masihi melebihi tahun hijrah sekitar 10 hingga 12 hari.

Dua, ramai yang menyangka bahawa umur baligh bagi lelaki (yang tidak mimpi bertarung) adalah ketika dia di tingkatan dua (14 tahun), padahal dia lupa, umur hijrah dia ketika itu sudah lima belas! Jadi, bukan tingkatan dua tetapi satu. Begitu juga dengan perempuan!

Ketiga, ramai yang menyimpan semacam hajat mahu meninggal dunia satu usia dengan Rasulullah (63) lantas mengirakan tahun berapa itu dan ini. (Yalah, persiapan nak ingat mati katanya.) Padahal, ketika dia berumur 63 tahun masihi, umurnya dalam hijrah bukan 63.

Ini adalah antara kesilapan (atau salah anggapan) apabila kebergantungan kepada tahun masihi sangat kuat dan keterpandangan kepada tahun hijrah sangat kurang. (Saya lahir 11 Jamadil Awal 140X)

Ini adalah hasil kajian saya. Terpulang hendak pakai atau simpan, hendak tolak atau terima, hendak ambil atau hujah semula.

Pertama, tambahkan sahaja satu tahun pada usia anda. Kalau umur anda 20, maka ingatlah anda sudah 21. (Jangan jadikan ini alasan mahu buang undi atau tonton yang lapanbelas-lapanbelas itu) Kedua, apabila anda berusia 30, maka jarak umur akan berselang satu. Atau lebih mudah faham, tambah dua. Maka, ketiga anda berumur 30, umur hijrah anda adalah 32, bukan 31. Seterusnya, tambahkan seperti kaedah atas. Umur 50 bererti 52. Boleh?

Itulah saya kata. Ini kajian main-main anda mahu baca juga. Oh! Saya ada madah lagi kerana imtihan belum ketemu penghujungnya. Selamat Tahun Baru 2006.

al_jantanie
manhumi_ilm

2 comments:

munshi little said...

assalamualaikum,hebat sungguh tulisan zaki.lebih2 lagi laman web bahsa arab tu.hebat2 .bolehlah kak belajar sikit2:)teruskanlah impian untuk membuat kitab2,novel tu ...insyaAllah zaki akan berjaya.Ganbateh!

anasxz said...

huh! hebat gk.. kajian camni xpenah lg sy jumpak..

sy pn nak wt gk la kajian..tp bila hah?