Tuesday, January 17, 2006

Catatan di Celah-Celah Peperiksaan (7)

Catatan di celah-celah peperiksaan (7)

Saya buat rumah terbuka. Saya jemput 7 pasang Pakdam dan Makdam. (Gelaran bagi pasangan yang sudah berkahwin) Apa lagi – Pakdam dan Makdam jadi hakim masakan orang bujang.

Apa kata mereka?

Suara 1: Kalau masin, itu tandanya dah dekat nak kahwin.

Suara 2: Kalau manis?

Suara 3: Carikan saya yang manis-manis.

Suara 4:Masak sedap-sedap. Nanti tak lulus.

Suara 5: Kalau sedap, maknanya boleh kahwin!

Suara 6: Kalau tak sedap?

Suara 7: Maknanya kena kahwin juga, supaya bini boleh sedapkan apa yang kurang sedap.

Suara 8: Sedapnya orang bujang masak. Kalah orang kahwin.

Suara 9: Eh jangan! Nanti orang kata – lebih baik tak kahwin.

Suara 10: Ni apasal dapur tak bersih ni?

Suara 11: Nak beraya ke nak jadi penyiasat ni?

Suara 12: Kemasnya bilik orang bujang!

Suara 13: Iya je…Ke berlakon?

Suara 14: Ni gambar anak dara mana lah pulak yang ditampal ni?

Suara 15: Gambar Makcik saya masa dia belajar di Mesir 10 tahun lepas. Sekarang dia dah balik kahwin.

Suara 16: Makcik?

Suara 17: Oi! Tak pernah dibuat orang bujang panggil Pakdam Makdam datang beraya kat rumah!

Suara 18: Apasal jemput orang Johor je?

Suara 19: Bajet kecil-kecilan.

Suara 20: Anta jemput anak-anak ana sekali, kan? Anak ana memang tiga, tetapi anak buah…Satu bangunan Rumah Johor. Nasib baik ana tak panggil sekali.

Suara 21: La, melepas.

Suara 22: Ni mee bandung apa ni?

Suara 23: Mee Bandung Alexandaricairo.

al_jantanie
manhumi_ilm

Malhuzat 1: Terima kasih kepada semua Pakdam dan Makdam yang datang.

Malhuzat 2: Tuan Rumah jadi kenyang tengok tetamu selera makan. Alhamdulillah, semua jemputan hadir. Datanglah lagi.

1 comment:

anasxz said...

bingkisan kata-kata org kawin...

soalan-2 tu bagi pelajar di sini (mesir) amnya selalu dh dengar..

jawapannya pn mungkin selalu gak dengar..

tp bagi sy.. yg masak tak sedap pn bleh kawin jugak, itu xpernah dengar lg.. tp mmg betol pn..