Detektif Indigo
Biarlah saya mengulas karya ini dalam satu ayat – Saudara Faisal patut menulisnya dengan lebih panjang lagi.
Saya mencadangkan satu perkara juga – Saudara Faisal patut menjadikan idea (yang bagi sebahagian kita masih terlalu) asing ini lebih pelik, kemudian menafikan segala kepelikan itu dan menjadikannya sesuatu yang patut dan layak diterima (hattakan oleh orang yang menganggapnya asing.)
Saya mendapati beberapa kelemahan dan kekurangan dalam karya ini, tetapi demi beradab, biarlah saya simpankan sahaja. Itu patut jadi alasan mengapa ia menduduki tempat kedua, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004. Tahniah untuk Faisal Tehrani.
No comments:
Post a Comment