Saturday, January 28, 2006

Mari Menambah Perkataan

Mari menambah perkataan. Cikgu saya selalu sebut, antaranya bermaksud, kalau mahu menambah pembendaharaan kata, perkataan baru yang kita jumpa perlulah digunakan dalam ayat. (Kalau setakat tahu makna, nanti lama-lama lupa!) Jadi, saya contohkan ayatnya supaya kita sama-sama ingat.

Obituari pemberitahuan kematian seseorang yang biasanya disertai maklumat ringkas tentang masa hayat dan pencapaiannya yang disiarkan di dalam akhbar.

Obrol bercakap mengenai hal-hal yang tidak berfaedah, berbual (bersembang) kosong, berborak-borak, beromong-omong kosong.

Odeli orang suruhan di pejabat

Ogak-ogak berjenaka, berkelakar, melawak.

Oles melumur, melumas, menyapu

Ongok bodoh, dungu.

Oposisi penentangan

Orde sistem, peraturan, susunan

Orgi pesta liar, biasanya disertai dengan minum minuman keras secara berlebihan dan kegiatan seks.

Orisinil asli, tulen

Contoh ayat:
Odeli yang ongok mengoles minyak di kakinya sambil berogak-ogak mahu membuat oposisi terhadap orde pejabat supaya hal-hal seperti mengobrol, curi-curi pergi ke orgi dan membuat obituari palsu (tetapi kelihatan orisinil) tidak menjadi kesalahan.

al_jantanie
manhumi_ilm

Sumber :
Kamus Dewan Edisi Keempat.

No comments: