Tuesday, January 17, 2006

Advencer Si Peniup Ney

Advencer Si Peniup Ney

Saya menjumpai beberapa kesilapan fakta yang dilakukan oleh Faisal dalam karya ini, dengan meyakini ia adalah kesilapan tidak sengaja, namun ia perlu diperbetulkan.

1. "Tuhan kami Allah, dan kami hanya memperakukan Muhammad sebagai pesuruh Allah…" (muka surat empat.)

Semua orang Islam wajib beriman dengan semua Nabi (rukun Iman ketiga) dan menerima bahawa nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain juga adalah pesuruh Allah. Tetapi apabila berkaitan syariat, kita mengikut syariat Nabi Muhammad sahaja, kerana ia sudah memansuhkan syariat nabi-nabi sebelumnya.

2. "…, Dia (Allah) juga mengingatkan kenyataan bahawa manusia serta jin itu hanya mukawwin – yang dibuat, bukan yang membuat…." (muka surat 204)

Mukawwin adalah isim fael yang bermaksud – yang membuat. Kalau - yang dibuat – maka perlu gunakan isim maf'ul – mukawwan.

Tulisan ini tidak bermaksud mencari salah orang, tetapi kesilapan itu perlu dibetulkan.

Baru saya mulakan ulasan saya.

Ia adalah teks ilmu (tasauf) yang berat, dan saya sendiri perlu mempelajarinya sebelum dapat memastikan apa-apa. Namun, seseorang yang mahu mempelajari ilmu tasauf perlu mendalami ilmu Tauhid dahulu, kerana ia adalah ilmu yang mendahului segala ilmu, termasuk ilmu Feqah.

Ilmu tasauf memang wujud dalam Islam, dan usaha Faisal dilihat menentang kesalahfahaman orang tertentu mengenai tasauf (hattakan orang yang mempuyai ilmu yang banyak) kerana tasauf adalah proses menghalusi budi pekerti memperkemas akhlak.

Tetapi fahami, ada juga mereka yang terpesong ketika mendalami tasauf (kerana tidak menguasai ilmu Tauhid), tetapi ini bukan bererti Tasauf itu keseluruhannya salah. Memandu kereta sekalipun, ada juga yang betul, ada juga yang salah.

al_jantanie
manhumi_ilm

No comments: