Sunday, January 29, 2006

Waktu Itu Dan Sampai Bila-Bila

Waktu itu dan sampai bila-bila pun, Kau akan mengenang detik ini. Waktu dulu ketika Kau datang dan berseorangan (hingga hampir-hampir Kau kebingungan) bukankah teman-teman tampil dan menjadi sahabatmu? Lalu Kau yang kebingungan separuh diam itu mula mengusir buntu jauh dari benakmu. Kau senyum.

Waktu itu dan sampai bila-bila pun, kalau Kau masih mengenang yang kita sahabat, kadang-kadang serasa macam sukar tetapi hakikatnya itulah, dan sampai bila-bila itulah juga, Kau boleh datang, tampil, hadir dan kita bersua lagi dan lagi. Bukankah dulu rasa buntu dan bosan datang menimpa-nimpa dan sahabat-sahabat yang Cuma punya suara bertanya khabar, dan dengan suara itu jugalah kebosanan dan kebuntuan semacam diangkat Tuhan ke atas langit, kemudian dicampakkan di bumi entah mana. Kau mula girang. Akui. Kau ketawa, senyum, gembira dan…bahagia, bukan?

Waktu itu dan sampai bila-bila pun, tak terkecuali bila keseorangan engkau sendiri tetapi ditemani kesedihan, Kau juga kan ceria dengan insan-insan yang Kau gelar sahabat. Ah! Lupakan yang kurang pada diri mereka, yang serasa capik, cacat, cela atau apa-apa tetapi ambillah kehadiran mereka dengan rasa lapang, menerima, meredha rela dan temani diri. Waktu itu dan sampai bila-bila, Kau patut boleh tersenyum seperti waktu mula-mula Kau tiba ke tanah ini, negeri ini, tempat ini, dan jangan salah sangka, Kau tak boleh lari dari itu semua.

Waktu itu dan sampai bila-bila pun, jika tidak keberatan dan kalau masih ada kelapangan yang boleh dikongsikan, aku juga mahu rasakan apa itu lapang, ceria dan girang dengan kehadiran Kau, kawan.

Bacalah surah Insyirah, saksikanlah tatkala Tuhan berfirman kepada kekasih-Nya yang terutama – Apakah tidak Kami (Allah) lapangkan dadamu (Ya Muhammad)? Dan Kami ringankan bebanmu yang berat? Yang memberati punggungmu (belakangmu)? Dan kami tinggikan namamu? Sesungguhnya bersama-sama kesusahan ada kemudahan. Sesungguhnya, bersama-sama kesusahan ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan) maka bersusah-payahlah (mengerjakan perbuatan yang lain) Dan kepada Tuhanmu maka berharaplah.

al_jantanie
manhumi_ilm

3 comments:

Anonymous said...

sebenar ustaz zaki ni nak cerita apa?..

yg ana faham anta nak cerita tentang sahabat dan kepentingannya..

juga tentang diri anta yang rasa sunyi..

juga anta rasa macam ada satu keperitan hidup di bumi mesir ni...

ustaz sy di sekolah dulu ada bgtau.. inna ma'al 'us-ri yusra tu... katanya; sesungguhnya susah sekali, senang dua kali...

betul tak sangkaan ana tu?

MZP said...

berdasarkan apa yang umum boleh faham..

Saya harap seberapa ramai orang boleh terkesan, sekalipun mereka adalah orang yang pertama kali membacanya..

Saja-saja belajar menulis,

Anonymous said...

rasa saya, ustz zaki nk luahkan keterharuan beliau terhadap sahabat2 beliau jg,mungkin..

tapi,walaupn dikelilingi sahabat,macam masih ada yang tak cukup juga..masih ada kekosongan yg mencelah..btul tak ustz..?
hidup merantau,memanglah begitu..susah senang hanya ada Dia,kawan2..
semoga tabah selalu dlm perjuangan anda..

*saya terkesan juga,sedikit,..tapi tidak smpai mengalirkan airmata =)

si kjam