Blog adalah sebuah diari yang besar. Untuk mencari sejarah yang dilupa, rasa yang dikambus, hala yang diukir. Untuk mengimbau setelah menyimpan, untuk muhasabah setelah memadam
Sunday, December 30, 2007
Ke Lisaanul Arab, Bila Buntu Di Hujung Jalan
Apa yang menarik, apabila saya teringat saat di mana kena menterjemahkan beberapa bait syair. Mula-mula buka Mukjam Asasi. Tak jumpa. Buka Marbawi, lagilah. Cari dalam internet, mana tahu ada syarah, tak semua perkataan ada syarah. Buntu. Last sekali buka Lisaanu l-Arab. Jumpa pun.
Tentulah, kegembiraan adalah pada saat dan ketika syair yang tak difahami itu menjadi pagi yang disinari mentari. Terang. Jelas. Dapat difahami. Orang sejahil saya tentulah rasa gembira, barangkali yang expert tak segirang ini, rasanya.
Bayangkan, lafaz yang disangka cat bertukar menjadi anak-anak kecil binatang setelah menyelak Lisanu l-Arab. Bait yang disangka menceritakan mengenai perempuan, rupanya menceritakan mengenai sampan, kerana musuuf dibuang, yang tinggal cuma sifat. Apabila kalimah itu banyak makna, dalam Lisanu l-Arab maksud saya, kesalahfahaman kecil ini boleh menterbalikkan gunung menjadi laut, menukarkan siang menjadi malam. Kerana makna ada, banyak. Ia boleh diguna untuk kedua-dua mausuf.
Walaupun ada beberapa muka tak disiapkan kerana masa memang tak cukup kerana saya bukan tenaga pakar, saya rasa gembira juga, cuma berasa maaf kerana tak menyelesaikan kerja. Saya sudah bersungguh, meletakkan perhatian kepada terjemahan di depan mata, dan kitab-kitab periksa di belakang badan, barangkali kerana jelas, bahasa masih terlalu lemah. Sekarang, mereka berdua boleh bertukar tempat.
Allahumma j-'alni arabiiyan fasiihan, za zauqin arabiiyin saliimin.
Friday, December 28, 2007
Mursyid, Tahniah!
Friday, December 21, 2007
Duit Modal CDRK
Duit modal CDRK telah kembali. Alhamdulillah. Dalam jumlah yang bersih. Setelah ditolakkan segala jenis belanja terdahulu, belanja-belanja tepi, upah dan bayaran.
Walaupun saya bertekad menjualnya dalam harga yang murah dan berpatutan, dan bagi sesetengah orang terlalu murah, saya masih tidak mengabaikan sifat mencari untung. Tetapi untung yang sedang-sedang. Bukan juga menjadikannya murah dengan sifat tak kisah rugi, tetapi dengan sifat mahu memudahkan orang beli. Atau sekurang-kurangnya, mereka boleh memperuntukkan duit yang selebihnya untuk tujuan yang lain. Bukankah kita sama-sama pelajar? Kita hidup dalam situasi bergantung pada bantuan ibu bapa keluarga, dan sama-sama bersifat memerlukan?
Barangkali kalau dalam dunia korporat, kita boleh mensasarkan keuntungan lebih, atau mengkadarkan harga menurut jenis pembeli sesuai dengan status, atau boleh saja menjadikannya beberapa harga. Untuk pelajar harga lain, untuk pekerja harga lain. Atau sebetulnya apakah hadaf kita yang asma dan arko bila kita cuba menerbitkan sebuah buku?
Kalau keuntungan, apakah keuntungan itu tidak boleh dicapai dengan harga yang berpatutan? Kalau nama, apakah tidak boleh ia dimurahkan? Dan kalau kerana ingin menyampaikan tulisan, adakah ia tidak wajar dengan harga yang bersesuaian? Apakah kita ingin menjadi orang-orang yang kita kutuk sebagai - penjual yang tak berperikemanusiaan, cekik darah - tetapi apabila berada di tempat mereka, kita melakukan perkara yang sama dan serupa?
Tidakkah itu menjadikan kita berada di kasut yang kita ludah, lalu ia mengering di tapak kaki kita?
Sebetulnya, saya tidak ada hak untuk berkata begini. Bahkan bukankah dengan izin Tuhan juga modal itu kembali, dan dengan izinnya juga saya boleh merasa lega dan syukur. Akan tetapi, saya kerap memikirkan – siapakah yang kita ingin jadi sebenarnya?
Pernah adik saya membangkitkan, betapa ‘jangan meletakkan harga yang murah sekalipun ia murah’, kerana manusia akan memandang rendah barang jualan kita. Lalu memandang sebelah mata. Lalu diabaikan begitu saja. Ketinggian mutu barang kita akan menjadi rendah kerana kerendahan harga. Walaupun kita berniat membantu, dan memudahkan. Memurahkan.
Tetapi juga bermain dalam fikiran saya, siapakah yang mengajarkan fikrah seperti ini kepada kita? Saya? Awak? Mereka? Si majhul yang tidak kita ketahui namanya? Atau kita diajar oleh ketinggian tamadun untuk bersikap dengan kerendahan budi? Atau lebih tepat lagi, untuk bersikap dan berpandangan bahawa, harga itu penentu tinggi rendah mutu dan kualiti?
Sejak bila fikrah seperti ini mendominasi kita? Tinggi rendah kualiti barang bukan ditandai dengan harga. Mereka yang mempunyai akal yang celik akan mengatakan, kerana jauharnya, zatnya, hakikatnya, isinya. Harga bukan menandakan tinggi rendah kualiti, tetapi menandakan tinggi rendahnya kemampuan beli. Ataupun sebetulnya kita menganggap para pembeli buta kualiti dan jahil nilai zat. Atau kita membutakan mereka, mentakmimkan kepada semua, jamiknya.
Pernah seorang kawan membangkitkan hal yang sama. Kalau mereka akan membeli juga sekalipun mahal, mengapa perlu menjual murah? Logiknya ya, tetapi saya tidak mampu untuk berpandangan seperti itu. Kerana saya juga sedar kemampuan belian sendiri, dan menyedari kemampuan belian orang. Bahkan saya tidak mahu menjadi tembok penghalang di antara pembeli dan barang jualan. Alangkah sayang kalau mereka bercita-cita mahu membacanya, dan kita menjadi satu dari sebab penghalangnya. Tidakkah itu dianggap kerugian dalam jalan mencari untung? Lainlah kalau mereka sendiri tidak mahu membelinya.
Saya tidak pandai membetulkan. Terpulang fikiran anda bagaimana.
Alhamdulillah juga. Setelah 600 unit terjual dan duitnya di tangan saya, modal telah kembali. Kos pengurusan juga telah dijelaskan. Belanja terdahulu telah dibayar. Upah telah diserahkan. Izin terbit telah disempurnakan. Ada 400 unit lagi yang belum dikutip, dan belum dipastikan jumlah jualan. Doakan ia habis. Aamiin.
Wednesday, December 19, 2007
Raya Haji Yang Menarik Dan Meriah
Waktu-waktu begini, antara yang paling menarik untuk diperhatikan adalah binatang korban. Kelajuan Arab menyelesaikan kambing mahupun lembu, bahkan meminimumkan jumlah tenaga (2 atau 3 sahaja) untuk satu-satu binatang, juga teknik seperti menggunakan salur untuk memasukkan angin hingga menjadikan kambing kembung, lalu memudahkan kulit diceraikan dari daging ketika proses melapah.
Dan, seperti kita juga, sebelum raya, atau lebih tepat, malam raya, akan sibuk mencari daging supaya boleh dimasak untuk makan pagi raya. Jadi, kemeriahan sembelih bukan bermula pada hari pertama raya korban, tapi dua tiga hari sebelumnya. Apa yang sedikit menyedihkan barangkali kerana darah membanjir mengalir di jalan-jalan, mungkin sebab kelemahan sistem perparitan, tak banyak parit, jadi darah mengalir dan menunggu masa untuk menyejat kering.
Kerana itu, antara sebab mengapa raya korban lebih meriah berbanding raya puasa, pertama, adalah kerana raya itu 4 hari, dan selama 4 hari jugalah, pada setiap lepas solat, takbir yang membangkitkan semangat berteriakan. Kedua, kerana hampir pada setiap rumah ada korban. Atau lebih tepat, pada hampir setiap tempat. Ketiga, kerana semua orang mencari daging. Memberikan daging. Atau lebih betul, hampir semua orang. Bukan saja daging, bahkan kulit dan perut.
Mungkin di Malaysia, ia kurang meriah kerana tak semua tempat ada sembelih. Kadang-kadang, ada kampung yang tiada korban. Kerana itu, kurang kemahiran. Dan menyebabkan kurang kemeriahan. Di sini, hampir semua tempat. Lori kecil berkeliaran dengan corong speaker menjerit mencari kulit. Lelaki perempuan menunggu di tempat-tempat sembelih. Kain rentang digantung menyatakan ada tabarru' daging untuk aitaam dan fuqorok. Hingga kita terlupa, dengan kemeriahannya, hampir-hampir membuatkan kita menyangka semua yang ada adalah Islam, padahal ada sahaja yang bukan Islam.
Apa yang menarik juga adalah, pada beberapa hari sebelum raya, saya ternampak seekor kambing gemuk terbungkus dalam plastik, dan tersepah di sebelah tong sampah. Masih baru. Barangkali kalau pegang, masih panas. Dan serasa, kalau diangkat seorang diri, tidak kuat. Gemuk. Sihat. Cuma dah bangkai. Sebetulnya bukan tersepah. Tetapi tong sampah tumbang dan menaburkan isi. Tong sampah besar maksud saya.
Juga menarik, apabila di waktu-waktu seperti inilah, baru berpeluang melihat unta hidup. Yang besar, tinggi. Dua kali kadar tinggi saya. Atau dua setengah kali. Dan kalau teringin, bolehlah cuba-cuba naik. Untuk kenang-kenangan. Bukan untuk ditunggang atau digunakan. Yalah, binatang korban, bukan binatang sembelih saja-saja.
Di waktu ini jugalah merasa sendiri pengalaman bermula dari menumbangkan unta, menyembelihnya, melapahnya, mengeluarkan isi dalamnya, memotong dagingnya. Saya cuma sempat bantu tumbang dan lapah. Atau lebih tepat, belajar-belajar tumbang dan lapah. Ada yang lebih pakar. Yang lebih arif. Orang sejahil saya, mana-mana yang tahu sajalah.
Juga menarik, adalah mengenai penetapan raya. Mesir pada asalnya kedengaran seperti raya hari Khamis. Tapi Saudi raya Rabu. Jadi, kedengaran kemudiannya dan menjadi ketetapan, raya hari Rabu. Ikut Saudi. Sebab sana Arafahnya. Bukan sini. Lagi menarik, ikut kata seorang kawan di Maghribi, sana raya Jumaat. Bagai-bagai. Begitulah menariknya raya ini.
Dalam kemeriahan, imtihan juga makin dekat. Jadual sudah keluar. Kuliah sudah tutup. Kernih sudah ada yang dapat. Selamat Hari Raya semua.
Tuesday, December 18, 2007
Idea Yang Besar
Saya terfikir idea yang besar. Untuk penulis dan penulisan. Di Mesir. Tetapi, sebagai seorang yang memahami bagaimana sesebuah program terjadi, tentulah saya selalu memikirkan banyak perkara, bahkan halangan dan persoalan yang perlu diselesaikan. Kerumitan yang perlu dan kerumitan yang sia-sia. Birokrasi. Campur tangan. Belanjawan. Promosi. Dan lain-lain.
Mari tinggalkan semua itu dan mendengar idea ini dahulu.
Oleh kerana saya seorang yang mudah, maka saya bencikan kelecehan. Fokuskan pada tugasan, dan meminimumkan tenaga kerja. Menolak formaliti sekiranya ia tidak perlu. Terus kepada mauduk dan jauharnya. Lalu saya mencadangkan agar Hari Baca Novel dibuat secara non formal dan santai.
Kemudian, datang bantuan dari tenaga pakar, dari Malaysia. Lalu dengan kerana itu, formaliti menjadi suatu yang mesti. Harus dimajliskan. Perlu ditetapkan putus dan qat-‘ii. Ia dinamakan, Diskusi CDRK, kependekan bagi Antologi Cinta dan Rona Kinanah. Dari dua pendiskusi yang tidak asing dari tanah air, S M Zakir dan Samsudin Othman.
Sebagai seorang yang suka menyumbang idea dan pengalaman bahkan pendapat, walaupun menyedari kekurangan diri dari segala macam aspek, saya terfikirkan mengenai suara kampus yang suram dan sunyi dari luarnya, padahal dunia itu meriah dan galak di dalamnya. Mengenai pengurusan suara kampus, dari hati ke mata. Atau dalam bahasa yang mudah, bermula dari keinginan membuatnya, hinggalah ia siap di depan mata. Ini juga rasmi dan formal. Dan mensasarkan kepada BKAN dan DPM secara khusus, walaupun terbuka kepada umum.
Dan akhirnya, konferens mengenai teknik dan format menembusi media perdana. Barangkali boleh dijadikan program maya, lalu diisi secara elektronik, atau boleh dijadikan rasmi, lalu diisi tenaga amatur, atau boleh digabungkan.
Empat dalam satu, tetapi empat itu bukan seperti air di dalamnya ada sayur, ada garam, ada santan dan ada telur, tetapi empat yang seperti ayam masak merah satu mangkuk, nasi goreng cina satu pinggan, mee goreng basah satu kuali dan tempe sira sambal satu piring, dengan keempat-empat hidangan dalam satu menu.
Bagaimana harus saya carakan idea ini? Terutamanya meminimumkan formaliti dan merealisasikan mauduk. Haruskan ia digabungkan (walaupun akan berbeza manhaj dan imej pelaksanaan) dalam satu minggu bernama Minggu Penulis PMRAM di akhir bulan Januari atau paling lewat, awal bulan Februari, di bawah nama KELAP?
Selepas idea ini dikemaskinikan, nanti saya paparkan kesimpulannya.
Mencari Angin Yang Tak Berderu, Tenang Air Yang Tak Berkocak
Hati kita berpenyakit. Barangkali berasa gelisah lalu menafsirkan diri banyak salah dan dosa. Atau berasa sesak dan sempit lalu terfikir betapa kita jauhnya dari Tuhan. Atau berasa lemah dan tak berdaya lalu merasakan kita kurang amal dan lemah pergantungan pada Tuhan. Atau berasa susah dan asyik bermasalah lalu menafsirkan diri kurang taubat.
Dalam apa hal dan keadaan pun, keadaan seperti ini adalah tidak menyenangkan. Akal dan fikiran banyak terganggu, hati dan perasaan menjadi gusar. Jiwa dan tumpuan menjadi air di tepi pantai, tidak pernah berhenti geloranya dilanda ombak. Diri dan rasa selalu berharap menjadi air di dalam kolam, tenang tak berkocak, reda tak bergelombang.
Tetapi rasa gelisah, rasa sempit dan sesak, rasa lemah dan tak berdaya, rasa susah dan bermasalah, adalah gelora-gelora yang melanda pantai hati. Entah apa sebab sebenar, ia tetap adalah penyakit. Lalu dalam kerunsingan, kita teringat firman Tuhan, ibarat pengembara yang terdengarkan azan ((Ketahuilah, bahawa dengan mengingati/menzikiri Allah akan tenanglah hati))
Ketenangan yang diimpi ibarat hujan di musim kemarau, menjadi hujan di musim tengkujuh, andai kita faham erti ayat ini. Dengan pengertian yang dalam, dan dalam erti yang benar. Taubat dan istighfar, memperbanyak amalan kebajikan, fardu dan mandubah, berzikir dan melazimi kalamullah, berjalan dan berlari kepada Allah. Kerana ketenangan adalah bersama mengingati Allah.
Lalu dengan apa lagi kita merasa gelisah?
Sunday, December 16, 2007
Diskusi CDRK
Thursday, December 13, 2007
Congratulation Bro!
Actually, I want to write about my friend, Fairuz. Recently, he go to UK to earn some money I think, and secretly plan to get married. I somehow knew who his bride-to-be, even before he went to UK, and surprisingly knew about his plan directly from his brother. And, in this, I want to congrats him to full extend of my heart. Well done brother. You made me proud. Give your all to the future. I know you can handle this at ease, and perfect.
Maybe, when this marriage stuff is over, we'll completely be at different kind of level. But as a friend, so don't forget me as your friend.
So in the end of this entry, but not the end to anything else, I wish you two good luck. May Allah bless you two forever.
Monday, December 03, 2007
Semoga Takziah Ini Memenuhkanmu Dengan Kesabaran
Allahumma abdilhaa daaran khairan min daarihaa, wa ahlan khairan min ahlihaa wa zaujan khairan min zaujihaa...
Sunday, November 25, 2007
Malaysia Yang Disifatkan Dari Tanah Seberang Jauh
Sempat juga memerhatikan khutbah jumaat di tempat sendiri, dengan baca Imam yang terlompat-lompat dari suku kata ke suku kata yang lain. Tentu juga kecewa bila bukan bahasa Melayu saja yang terlompat-lompat, tapi pada ayat al-Quran, hingga terdetik dalam diri, apa kurang sangatkah rasa hormat pada al-Quran hingga tak mahu diawasi benar-benar. Bukan soal orang lain atau siapa saja yang baca khutbah, tapi kalau di rumah, kalau di mana saja, adakah al-Quran akan dibaca terlompat-lompat juga?
Bila sebut tentang kelainan, saya sebetulnya rasa janggal sangat dengan biah Malaysia. Saya perlukan masa menyesuaikan diri. Masih ingat ketika baru turun dari Kuala Lumpur balik semula ke Johor, saya turun di stesen bas Batu Pahat. Entah apa biah yang membuatkan saya rasa lain hingga saya rasa sukar mahu bertanya siapa - di mana tempat solat. Sebetulnya saya sedang berfikir mahu bertanya siapa. Nak tanya Cina, segan. Nak tanya India, segan. Nak tanya Melayu, tapi bila yang perempuan campur dengan yang lelaki campur segala macam kesesakan, saya fikir balik. Last-last tertanya pada seorang Cina yang tak dapat dipastikan apa agamanya.
Tapi yang paling menarik sempat saya perhatikan tentulah keluarga sendiri. Ibu saya seperti dalam usaha mengenali anak nombor duanya, lalu mengisahkan dirinya bertanya kawan saya. Dia bercerita sendiri bagaimana respon kawan-kawan terhadap saya. Beberapa respon yang menarik apabila mereka meng-i'rob saya dengan kata-kata seperti, pelik, sukar difahami, kalau tak setuju akan diam, dan lain-lain.
Sebetulnya saya juga memakai 'muka' tertentu di depan keluarga. Memetik kata seorang yang berpangkat adik, saya belum reti (tahu) bagaimana nak membawa diri di dalam keluarga. Sempat juga saya meneliti dan mengkaji sedikit sebanyak tentang ayah dan mak, melihat dari mana datang sikap-sikap saya. Kalau sikap jimat saya ambil dari ayah, sikap mempercayai dan tegas dari ibu, sikap berahsia dan mengkritik dari ayah. Terasa kagum juga bila ternampak adik saya yang perempuan mengambil sikap 'bercakap tak toleh keliling' dari nenek sebelah mak. Saya tak jumpa sifat itu dalam ayah atau ibu, tapi ternampak dalam nenek.
Ketika di Bengkel DBP di Kuala Lumpur, sewaktu berjumpa Faisal, apabila saya memberitahu tentang diri bahawa saya kuliah lughah dan beliau spontan berkata 'salah tempat tu', saya terasa kagum. Mungkin Mesir biahnya bukanlah fushah, tetapi nilai ilmu yang dikandung oleh tanah seribu menara adalah kebenaran tak tertolak. Saya tahu saya jahil dan bodoh, dan barangkali komen spontan itu adalah untuk saya, bukan untuk Mesir ini.
Tentunya, antara yang menarik untuk diperhatikan adalah diri sendiri. Sebetulnya saya masih meneliti diri dan menyesuaikan diri. Melihat kelemahan dan mencuba mengubahnya, juga berusaha kepada matlamat yang dicitakan. Memang, kepulangan ke Malaysia kali itu memang menarik untuk diperhatikan.
Saturday, November 24, 2007
Untuk Mereka Yang Futur
Tetapi, kita sentiasa mengidam menjadi gagah perkasa, kukuh, tsabat, tidak bergoyang atau goncang, mampu berdiri padu dan jitu, hingga impian yang seperti itu terbawa-bawa ke dalam hidup dan tercampur aduk dalam doa - mohon ditetapkan dalam agama Islam yang tercinta. Namun, ada juga yang terasa futur dan lemah, mandum dan mundur; tegak kaki berdiri terasa sudah condong dan jatuh.
Bahkan sesetengah kita kerap menyalahkan diri, terasa kekerdilan diri apabila berdepan hakikat sebenar. Kita ingin menjadi garuda satu masa dulu, tetapi kefuturan membikin rasa semacam putus asa walaupun bukan, tetapi cukup membuat langkah tidak bergerak satu lagi ke hadapan. Menjadikan kita sebesar pipit. Kita selalu memikirkan untuk melangkah tetapi entah apa yang membatu dalam diri hingga kita tak berbuat apa-apa.
Itulah mandum, futur, rasa lemah dan tak bermaya, ihsas bi l-hubut, ketidakmampuan. Dan ini, adalah untuk mereka yang futur.
Mungkin kita ada banyak sebab untuk terasa begitu. Namun ini juga adalah simbol cinta. Kerana cinta kita merasa kukuh dan tsabat, dan kerana cinta juga kita merundum dan mengundur. Cinta yang memasak dalam hati ini wujud dalam liang-liang rasa, bergetar hingga ke setiap denyut. Kerana cinta juga kita teringat akan keindahan dulu, dan penyesalan waktu kini. Kerana cinta juga yang membawa kita ke kamar hakim jiwa lalu diputuskan bersalah.
Sikap memundurkan diri terbit dan kita kian terbenam di bawah kekesalan diri.
Masih ingatkah kita pada cinta itu kala mekarnya? Kita tampil dengan kekukuhan pada diri dan kekuatan untuk mencapainya, kita melangkah dan berdiri betul-betul pada jalannya. Tetapi kemudian kita futur entah apa sebab sebenarnya. Kita melemah di tepi jalan, kurang upaya menapak ke hadapan.
Setelah semua itu, apa lagi yang kita tunggu, selain bangkit semula dan melangkah ke depan!
Sunday, November 18, 2007
Ucapan Tahniah Untuk Adik Yang Bungsu.
Walaupun berusaha mendapat yang terbaik dalam peperiksaan adalah bagus dan betul, tetapi berusaha lebih dari batasan peperiksaan adalah hakikat belajar yang benar. Jangan jadi si sempit fikiran lantas kecewa dengan perkara seremeh ini. Betul. Berbangga dengan keputusan peperiksaan adalah betul, tetapi berbangga dengan usaha 'belajar' dengan sungguh-sungguh adalah kebanggaan sebenar.
Kalaupun Fauzan berjaya dalam peperiksaan dengan keputusan yang penuh, tapi dengan usaha yang sikit dan tanpa sungguh-sungguh, ia langsung tidak membanggakan. Itu abang pernah rasa. Kejayaan yang semacam itu kerap pula ditakwil dengan macam-macam. Skema markah direndahkanlah, soalan tahun ini terlalu mudahlah, nak mengurangkan jurang antara dalam bandar dan luar bandarlah, nak meninggikan keputusan orang-orang Melayulah, soalan-soalan ramalan keluarlah.
Tapi bukan itu kesedihan yang sebenarnya. Kesedihan sebenar adalah apabila kita menyangka kita pandai, padahal tidak. Kita menjadi si jahil yang mengaku alim. Kita rasa kita tahu, tapi hakikatnya kita tidak. Kita merasa bangga danlupa diri dengan kejayaan yang kecil. Tentu bukan jenis ini kejayaan yang kita kejar, bukan? Tentu bukan ini kecemerlangan yang kita kejar, bukan?
Angah harap Fauzan dalam mencelikkan mata dengan akal yang terbuka. Jangan padamkan sikap mahu mencabar. Mencabar ke tahap yang lebih tinggi. Mendahului yang lain. Mendahului diri sendiri. Jangan padamkan walau sudah berjaya, apatah lagi kalaupun gagal. Kehilangan sikap mahu mencabar selalu mengingatkan pada orang-orang yang sudah mengaku kalah. Padahal belajar itu tak pernah berhenti sehingga mati.
Apapun, tahniah untuk kejayaan, dan untuk selamat belajar ke tahap yang lebih tinggi.
Thursday, November 15, 2007
Ketiga Yang Benar-Benar Habis
Setakat ini, ia adalah buku ketiga setelah dua buku Ustaz Masnur.
Wednesday, November 07, 2007
Hari Baca Novel
Hari Baca Novel. Begitu ia dinamakan. Selepas imtihan fasal awal, begitu ia dikirakan. Terbuka kepada semua penulis, pembaca, peminat sastera Melayu, begitu ia disasarkan. Tempat dan tarikh yang tepat akan dimaklum kemudian, begitu ia diputuskan. Buat masa ini.
Pengisian program tidak rasmi ini sebenarnya sangat mudah. Walaupun tiada perasmian tapi ada ummu l-kitab, walaupun tanpa pengerusi majlis tapi ada penyelaras, perhimpunan ini sebenarnya memberi peluang semua bertukar-tukar novel untuk sekurang-kurangnya tiga jam. Insya-Allah, selepas meminjam satu buku masing-masing boleh mencari sudut selesa masing-masing untuk melangsaikan bacaan dalam tiga jam.
Kerana jumlah buku yang terhad, maka perhimpunan ini dapat memberi peluang pecinta buku membaca melangkaui bahan milikan peribadi, menelaah buku melampaui sempadan muhafazah yang pelbagai, kerana yang berhimpun juga berkongsi niat dan keinginan yang sama - membaca novel orang lain, juga memberi pinjam bagi yang ada.
Dan, seperti yang ada saya bangkitkan dalam Kelap sebelum ini, novel sasaran kita tentulah bukan novel pop dan picisan. Saya ada senarai novel yang insya-Allah akan boleh dikongsi oleh beberapa orang sahabat kita. Anda juga kalau ada, boleh maklumkan pada saya juga. Dan, tolong sebar-sebarkan pada semua. Ikhwah akhawat. Yang berminat.
Dan ya, Faisal Tehrani ada berkata keinginannya berziarah ke sini, tapi entah bila tarikh belum pasti.
Tuesday, November 06, 2007
Imam Dengan Mata Yang Celik
Biarlah komen ini menjadi pendek, sekadar menyatakan.
Saya membaca Imam, karya Abdullah Husin, dan mendapati ada fahaman yang celaru dan kucar (dalam bahasa yang lembut dan sopan) sekalipun terdapat juga fahaman yang betul. Membacanya tidak harus menerimanya bulat-bulat tetapi dengan akal yang celik dan asas kefahaman yang betul dan benar.
Friday, October 26, 2007
Perubahan Dan Makhluk Manusia
Perubahan adalah sifat makhluk. Kerana itu ia adalah fitrah. Ia adalah tabii. Tidak perlu ditegah atau dihalang. Apa yang perlu diperhatikan adalah sama ada berubah kepada kebaikan, atau keburukan. Perubahan yang saya sebutkan ini lebih umum. Kita berubah daripada muda kepada tua, daripada bayi kepada kanak-kanak, kepada remaja, kepada belia, kepada dewasa, kepada tua. Kita berubah daripada ingat kepada lupa kepada nyanyuk (tertentu), dan semua perubahan-perubahan ini adalah sifat makhluk.
Oleh kerana perubahan adalah sifat makhluk, yang tabii, dan fitrah, maka apabila kita melihat perubahan berlaku pada seseorang, maka jangan pantas mengeji, selagi ia bukan kejahatan. Walaupun ia bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Selagi bukan dosa, maka lapanglah dada. Bersikaplah positif dan jangan cepat marah-marah.
Perubahan itu termasuk fizikal, mental, sikap dan perangai. Manakan boleh sama fizikal seorang bayi dengan seorang kanak-kanak. Masakan boleh sama mental remaja dengan dewasa. Apakah boleh sama sikap belia dengan orang tua. Dan tak sama juga perangai muda dengan tua. Kita berkembang dan berubah secara fitrah dan tabii, dan janganlah melenting kalau anda dapati anak anda berubah, kawan anda berubah, suami anda berubah, isteri anda berubah, ayah anda berubah, sesiapa saja berubah. Pandanglah dengan mata yang celik dan hati yang terbuka.
Lagipula manusia adalah makhluk yang berkembang dan menyurut. Bertambah dan berkurang. Berat badannya boleh bertambah dan berkurang. Semangatnya boleh marak dan padam. Hasratnya boleh bertokok dan gugur. Bahkan daripada yang surut boleh pasang dan pasang boleh surut. Dari tambah boleh kurang dan dari kurang boleh tambah. Iman juga boleh bertambah dan berkurang.
Perubahan yang berlaku boleh terjadi secara semulajadi, dan boleh diusahakan, sekadar kemampuan manusia. Kerana itulah sifat makhluk, haadis, baharu, maka dia berubah.
Thursday, October 25, 2007
Malas Jenis Perasaan
Oleh kerana malas itu adalah perasaan yang terbit dalam hati, (yang kalau dah dibiasakan akan digelar pula tabiat), maka memaknakan perasaan adalah sukar. Tetapi secara pukul ratanya, inilah makna malas dalam erti kata umum.
Malas bukan berpunca pada asalnya pada sikap, tetapi kepada psikologi. Akan tetapi, sekiranya kita menyukai 'bermalas-malas', dan tidak menanamkan rasa benci dan susah hati, maka ia boleh melekat dalam sikap, dan ini akan semakin sukar diubati.
Mengubati malas jenis perasaan adalah mudah berbanding mengubati malas jenis sikap. Sikap adalah kebiasaan, dan kebiasaan perlu kepada perubahan yang mungkin banyak. Termasuk suasana. Akan tetapi, mengubati malas jenis perasaan adalah terus kepada mauduk masalah, iaitu dengan belajar memberikan tumpuan.
Ada bermacam-macam teknik boleh digunakan untuk mengubati malas jenis perasaan ini, maksud saya, teknik dalam berlatih memberikan tumpuan. Setiap orang perlu mencari caranya. Semakin banyak tumpuan boleh dihasilkan, semakin mudah malas ini boleh dielakkan. Seperti yang saya sebut tadi, ia adalah masalah psikologi-perasaan. Pergilah ke mana-mana pun, tetapi cuba ingati dalam benak akan perkara A. Sebutlah dalam hati. Berjumpa kawan, sebut pada kawan.
Fikirlah lebih banyak untuk mengingati perkara A. Insya-Allah, anda akan merasa rajin apabila tiba waktunya mahu membuat perkara A. Berikan tumpuan juga ketika membuat perkara A. Mungkin akan sedikit penat, tetapi itulah dia ubat.
Saturday, October 13, 2007
Petikan Cerpen - Baru Empat Suku [Ubahsuai]
Friday, October 12, 2007
Petikan Cerpen - Mengapa Sendiri Sendiri?
Aku menyalin sahaja perbuatan ayah., walaupun aku dapat mengesan sesuatu yang pelik berlaku. Bayangkan sebahagian makmum mengikut imam, dan sebahagian yang lain sembahyang sendiri-sendiri! Dan abang, masih beku dan tidak bergerak lagi!
Thursday, October 11, 2007
Petikan Cerpen - Baru Empat Suku
Wednesday, October 10, 2007
Petikan Cerpen - Api Nasuha Dan Tombak Nyawa
SAAT api itu menyala membakar udara dengan tamak, barulah Engkau sedar nasihat Ibu bukan satu dusta. Engkau bukan Nabi Ibrahim yang Allah sejukkan api bakarnya, tetapi Engkau adalah rentung yang tidak bernyawa bila dibakar, tidak meninggalkan apa-apa kecuali penyesalan dan air mata. Sekarang, antara nyawa dan taubatmu cuma ada Tuhan!
Tuesday, October 09, 2007
Petikan Cerpen - Sinar Bintang Merdeka
Ayah memandang rata ke hadapan. Ayah akan bawa kamu ke Balakh esok, dan Ayah mahu kamu tunggang pulang ke rumah dalam seminggu. Jadi, ingat jalan esok baik-baik, jadilah bintang yang bersinar, bukan pengembara yang sesat menanar.
Sunday, October 07, 2007
Petikan Cerpen - Samad
Saturday, October 06, 2007
Petikan Cerpen - Iman Yang Sebahagian Lagi
Dia sedikit ketawa kemudian menerangkan sebabnya tetapi masih dalam kekaburan; Aiman mahu melengkapkan iman yang lagi sebahagian itu! Aiman ketawa bangga, terkekeh-kekeh menampakkan gigi, memperlihat ada lagi celah makanan yang tertinggal lalu mengigatkan saya sesuatu. Sudah! Pergi gosok gigi. Nanti ikut ayah ke masjid solat tarawih.
Friday, October 05, 2007
Petikan Cerpen - Air Mata Tumpah Lagi
Thursday, October 04, 2007
Petikan Cerpen - Permata Nasuha
Petang itu saya perhatikan abang pulang. Dia masukkan kereta ke dalam garaj, dan enjin kereta pun padam. Dia yang berbaju kemeja kemas menjinjit beg plastik hitam kembung dengan pakaian, bertemu pandang dengan saya sambil tersenyum. Letih riak wajahnya, tetapi masih lagi berpakaian kemas dan segak. Saya membalas senyuman itu dengan tampang yang girang. Dia bertanyakan khabar saya, dan saya mengatakan saya baik. Anda tahu apa yang berlaku? Saya ambil beg plastik di tangannya dan saya buka. Terkejut saya hingga terlepas beg plastik itu daripada tangan. Spontan saya kata, “ Abang bunuh orang lagi?”
Nilai Hiburan - Setahap Lebih Tinggi
Mereka yang berakal akan mudah mendapati bahawa hiburan itu tidak semata-mata boleh didapati dalam idea yang murah, picisan, bahasa yang rendah, lawak yang entah apa-apa, bahkan dalam keberulangannya, nilai-nilai ini bukan lagi boleh menghiburkan. Ia memang boleh menghiburkan, itu tidak dinafikan, tetapi ruang lingkup hiburan bukan cetek sebenarnya. Ia jauh lebih dalam dan mempunyai capaian yang lebih luas.
Hiburan dalam erti kata boleh membuatkan kita rasa suka, gembira, tersenyum, puas, menyenangkan, melegakan bukanlah terhad kepada idea murahan dan picisan, mahupun bahasa rendah dan lawak yang entah apa-apa, tetapi boleh dicapai dalam ketinggian bahasa seperti sindiran, kiasan, susun atur kata bahkan keunikan sesuatu yang dipersembahkan.
Betapa tingginya nilai budaya dan jatidiri kita ditandakan dengan ketinggian bukan saja budi bahkan bahasa, masuk ke dalam semua aspek termasuk kata-kata dan persembahan, bisa saja menghiburkan jika betul cara dan gayanya. Bukankah itu juga menandakan ketinggian peradaban dan intelek yang tidak dapat dicapai oleh mereka yang sebaliknya.
Kalaulah ketawa dan gelak itu menandakan ketinggian nilai hiburan, ia juga boleh didapati dalam sindiran yang mempunyai unsur humor. Kiasan, susun atur kata dan keunikannya juga boleh membuatkan kita bukan saja terhibur bahkan berfikir dan menggunakan akal untuk mencernakan maksud disebaliknya, sebelum kita boleh tersenyum dan ketawa. Bukankah hiburan jenis setinggi ini bukan bawahan, tetapi memerlukan daya intelek dan ketinggian peradaban, bahasa dan budi?
Kerendahan bahasa dan lawak yang entah apa-apa akan memaparkan tahap yang sebaliknya. Walaupun dalam menilaikan kekreatifan ia punya nilai dan ada juga erti usaha dan buah fikiran, namun ia tidak setanding bila dibanding dengan ketinggian budi dan keindahan intelek dalam hiburan yang saya sebutkan tadi. Jadi, buatlah pilihan.
Seorang kawan pernah membangkitkan mengapa dia berminat dengan filem-filem Inggeris dan bukannya filem Melayu hanya beralasankan nilai maksud yang terkandung pada skrip cerita itu juga dialog-dialog yang mengesankan kepada minda dengan keindahannya, semua itu menghiburkan. Saya dalam hal ini tidak mahu merendah-rendahkan mana-mana pendapat tetapi lebih suka menilai bukan setakat di permukaan saja tetapi juga ke dasarnya.
Kita boleh meningkatkan mutu hiburan kita ke tahap yang saya sebutkan tadi, sekiranya kita mahu, dan kalau tidak, siapalah saya untuk melevelkan anda.
Wednesday, October 03, 2007
Petikan Cerpen - Tidakkah Engkau Menyedarinya?
Tuhan itu Maha Agung, tidakkah Engkau menyedarinya?
Monday, October 01, 2007
Petikan Cerpen - Adakah Ia Kegembiraan Atau Kesedihan
Tuesday, September 04, 2007
Nilai Kepercayaan.
Sejak dulu, sejak kecil, cerita seorang budak pengembala kambing menipu seluruh isi kampung bahawa gembalaannya diserang serigala seringkali kita dengar. Ia cerita benar atau cerita yang direka-reka bukanlah soal utama. Yang penting, pengajaran yang kita timba daripada sebuah cerita lama ini – jangan menipu, penipu tidak akan dipercayai, pembohong akan diabaikan. Itu semua teladan yang kita timba sejak dulu.
Tapi bagi saya, cerita ini punya teladan yang lebih dalam. Teladan yang harus digali bukan sekadar di permukaan, bukan terhad kepada mauduk nasihat. Tetapi lebih dalam lagi. Betul. Bohong adalah satu sikap yang harus dijauhi. Akibatnya buruk – cakapnya tidak diguna pakai, tidak dipercayai. Lalu mengakibatkan kesan seburuk kehilangan seluruh gembalaan.
Daripada cerita ini, budak ini telah kehilangan kepercayaan orang kampung kepadanya. Kehilangan kepercayaan adalah sesuatu yang serius. Diabaikan cakapnya. Pantas ditakwilkan kata-katanya. Bila dia berkata ada, orang menyangka ia tidak ada. Kerana, kata-katanya tidak boleh dipercayai. Cakapnya difahami sebaliknya. Orang hilang kepercayaan kepadanya.
Tetapi, hilang kepercayaan orang kepada kita bukan hanya kerana bohong. Yang menyebabkan orang tidak percaya kepada kita bukan saja satu sebab, tetapi lebih. Mungkir janji juga boleh menyebabkan orang hilang percaya kepada kita. Lalu, di masa kelak, janji kita – oleh kerana sikap kita yang mungkir janji – akan diabaikan. Janji kita akan sama seperti cakap kosong, berdengung sekuat ting kosong bila diketuk, berisi tiada bila dilihat.
Dalam konteks ini, bercakap bohong dan mungkir janji membawa kesan yang sama – hilang kepercayaan orang kepadanya. Kata-kata keduanya dibiar macam sampah, ditolak ketepi, ditakwil kepada sesuatu yang lain. Kerana ia tidak boleh dipercayai.
Bukan saja janji. Kerana orang menilai cakap kita, baik cakap benar atau bohong, baik janji atau mungkir janji, bahkan cakap kita sehari-hari.
Thursday, August 09, 2007
Catatan 1 Dari Malaysia : Menyusuri Laluan, Meredahi Dataran.
Sebelum pulang, urusan yang terlalu banyak menyebabkan ribut di kepala dan rusuh di hati. Hingga tak terfikirkan Malaysia, kerana semua tumpuan jatuh pada kerja. Termasuk menyiapkan semakan sukej hingga ke minit-minit terakhir sebelum bertolak ke mator. Ribut itu gesa, dan akhirnya, saya terlupa nak mengangkat baju di jemuran.
Namun, sekembali pulang, saya terasa bermacam-macam. Yalah, duit tak ada, mahu meminta ibu rasa segan, mahu meminjam adik takut dia lebih memerlukan. Kemudian, bengkel di Kuala Lumpur menjelang. Bengkel cerpen dan sajak di Dewan Bahasa dan Pustaka. Kemudian Wacana Utusan, yang juga perlukan wang pendaftaran yang agak tinggi.
Dalam diam saya berfikir. Malu menyebabkan hasrat meminta terpenjara di hati, tapi akal mengingatkan akan simpanan saya di bank. Honorarium bagi karya tersiar banyak melegakan ketika ini. Tak sia-sia usaha saya, dan ia dapat dinikmati di saat getir ini.
Seminggu di Kuala Lumpur, saya tak berhasrat berbelanja, tapi buku-buku yang sangat-sangat menarik perhatian membuatkan saya berfikir semula. Di Dawama - kedai jualan buku-buku cetakan DBP - bahkan buku-buku dari Ujana Ilmu yang Kak Nisah bawa, saya hampir-hampir terlupa saya perlu mengawal belanja. Nanti ada Wacana Utusan, bahkan tambang bas perlu juga difikirkan.
Itulah, saya selalu kurang ambil berat pasal diri. Asal hidup, asal selamat, hal-hal yang merunsingkan seperti cukup-cukup atau ala kadar biasa saya tolak tepi. Bukankah kelakar bila digelar zuhud oleh ayah sendiri, tapi sebetulnya saya tak mahu menyusahkan mereka ke peringkat maksimum. Segan pun satu juga.
Tapi alhamdulillah, saya berpeluang menemani Intan ke konvo-nya, melawat Najib di UM dan ke rumahnya, menzirarahi Fahmi di UIA, cuma segan dan malu menyebabkan banyak kalam tersimpan dalam kepala, tak terluah bila bertemu rakan-rakan mereka. 11 haribulan, ada Wacana Utusan, ada Hadiah Sastera Darul Takzim, dan ada Bakti Siswa di BBU. Saya dah memilih yang pertama sejak di Mesir, pilihan kedua ketiga lambat diketahui.
Banyak lagi urusan belum selesai.
Sunday, August 05, 2007
Sedang Bercuti Di Malaysia
Monday, July 16, 2007
Pengenalan Penulisan Kreatif Di Arma
Saya juga teringatkan pesan Hisyam mengenai peri pentingnya membuatkan sedikit gerak kerja, atau amali menulis praktik dalam pembentangan. Tetapi semasa pembentangan, apa yang paling menggusarkan saya adalah, mereka yang hadir mendengar tanpa sekelumit niat pun mahu mendengar. Atau terpaksa datang, atau terpaksa dengar. Atau sebetulnya, saya merasakan, penyampaian saya harus berbeza apabila mendepani situasi tanggapan pendengar yang berbeza.
Saya pernah ke Shibin, Mansurah, Zaqaziq, Kelantan, Negeri Sembilan; dan kali ini atas jemputan KL, semua itu adalah pengalaman berharga, dan saya menghargainya. Bagi saya, apa yang penting, orang yang mahu akan memilih jalannya, dan orang yang enggan, tanpa perlu dipaksa, akan ke jalan lain. Kita tak perlu menolak, tetapi mereka akan melorongkan diri. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada penganjur, dan tahniah kepada yang hadir. Selamat mengenali penulisan kreatif, dan menceburinya.
Friday, July 13, 2007
Takziah; Dan Sepotong Doa
Kisah ini lantas mengingatkan saya pada ibu yang merahsiakan bahawa dia patah tangan, dan kekal merahsiakan walaupun ia menghantar mesej (sms) kepada saya selepas kemalangan. Sebetulnya, saya kehilangan kata-kata, atau hilang idea mahu berkata apa. Akhirnya, saya mendoakan agar ruh ayahnya sentiasa dalam rahmat dan rahim Tuhan. Allahumma Aamiin.
Thursday, July 12, 2007
Tuesday, July 10, 2007
KELAP 2007
Terima kasih kepada moderator yang membantu; Hisyam, Najwa, Saidah, juga kepada semua yang terlibat dalam pengurusan bermula dari penyediaan tempat dan peralatan, makanan, kertas kerja, komputer dan semuanya. Juga untuk BKPJM yang meminjamkan tempat dan internet.
Terima kasih khas kepada abang Nazmi dan S.M. Zakir yang turut serta, walaupun hanya melalui YM saja. Juga untuk nasihat, pandangan, pendapat, cadangan, maklumat dan segala-galanya. Terima kasih juga untuk semua yang hadir dan mengikuti dengan penuh setia hinggalah ke akhirnya. Saya yakin semua juga telah memberikan sehabis baik untuk program ini.
Saya belum menguruskan beberapa hal berkait dengan Kelap, seperti meng-invite semua yang menghantar cerpen dan sajak ke adabuna, begitu juga belum menyatukan semua e-mel peserta Kelap kali ini. Walaubagaimanapun, saya masih menunggu karya-karya anda, dan jangan lupa ingatkan saya untuk meng-invite anda ke adabuna sekiranya karya anda sudah dibedah.
Tahniah, it's a long day, isn't it?
Tuesday, July 03, 2007
Sikap Disiplin Yang Keras Tapi Perlu
Kerana itu, saya enggan mahu terlibat dengan kepimpinan jenis ini. Atau sebetulnya, saya kurang percaya, atau saya tak mahu diperalatkan hingga diperah hingga kering, atau saya tak suka melihat sikap-sikap tersebut, atau saya sebetulnya marah. Dan kerana itu saya katakan dengan sedikit keras, saya akan memberi komitmen kepada orang yang komited dengan kerja. Orang yang kerja main-main, mungkin saya pun akan main-main dengan mereka, atau malas ambil peduli, atau enggan berpenat lelah berkerja dengan orang yang tak mahu dengan sungguh-sungguh.
Itulah yang saya kata. Betul, ada kemungkinan kerja boleh siap dengan campur tangan saya. Tapi saya dah serik melihat sikap manusia suka lepas tangan padahal itu tanggungjawab dia. Betul, kerja mungkin boleh siap, tapi apalah ertinya kalau saya seorang buat kerja, atau kalaupun dibantu, orang lain yang seharusnya memegang pundak sikapnya kekal macam itu, tak berubah dan tak sedar. Betul, kerja mungkin boleh langsai, tapi orang yang harus ambil iktibar jadi terlupa ambil iktibar dan bila melihatkan kerja mereka siap, mereka terus rasa lega dan langsung rasa tak bersalah pernah mengabaikan kerja mereka.
Saya tahu, sikap ini agak kasar, tapi sebetulnya saya mahu memberi pengajaran, atau mahu membukakan mata yang pejam, atau mencelikkan akal yang tidur, atau mahu membalas dendam, atau mahu menyatakan betapa sikap mereka itu tidak patut, atau mahu menekankan bahawa saya tak mahu bekerja dengan orang yang buat kerja main-main, atau kalau rasa tak bersalah, anggaplah juga saya tak bersalah sama.
Tapi dunia ini, disiplin adalah agak keras, tapi ia perlu, demi memastikan anda tidak menyia-nyiakan usaha orang bawahan. Mungkin kebutaan kita menilai perkara ini kerana kita tak merasa duduk bawah, tak merasa usaha kita diabaikan dan dibuang begitu saja, tak memahami derita susah payah, hingga lupa untuk memahami nilainya.
Thursday, June 28, 2007
Maafkan Saya Kak Azah
Wacana ini istimewa kerana mengumpulkan panel hakim HSKU dan membuka peluang untuk soal jawab dan berkongsi pengalaman mengenai pengadilan HSKU dan lain-lain. (Saya belum pernah pergi, itu khabar yang saya terima.)
Menurut maklumat paling terkini, diadakan di hotel besar 5 bintang di Kuala Lumpur pada 4 Ogos ini, saya benar-benar mahu pergi, apatahlagi antara sebab tarikh itu dipilih adalah kerana siswa Azhar ini balik lewat, dan peluang ini mahu dibuka kepada mereka.
Dan sebenarnya, saya sudah menyatakan hasrat mahu ikut serta, sungguh-sungguh mahu ikut, tapi 4 haribulan itu adik saya konvo, dan terasa tak enak meninggalkan keluarga untuk ke tempat lain. Lagipula dengan kepulangan kali pertama setelah bermukim 4 tahun di rantau orang, saya meragui kalau mak ayah saya benarkan saya, apatah lagi dengan konvo adik saya, ganda lagi keraguan itu dengan sikap ayah yang tak menyokong minat saya dalam bidang ini.
Saya benar mahu pergi, tapi maafkan saya Kak Azah, sebab terpaksa menguzurkan diri, terasa bersalah sangat bila sayalah yang menyetujui tarikh itu dan kemudian membatalkannya. Saya rasa rakan-rakan penulis yang pulang awal dan mempunyai kelapangan, janganlah lepaskan peluang ini, nanti sampaikan isinya pada saya.
Friday, June 22, 2007
Malam Yang Tak Berpergian
Dan sebenarnya, saya rasa tak mahu pergi, dan saya sendiri tidak tahu kenapa. Saya hargai kalau itulah tanda terima kasih dan penghargaan, tapi saya sendiri keliru kenapa saya tak berkeinginan pergi. Mungkin sebab baki penat belum habis lagi, atau sebenarnya kerana ia agak jauh (kalau di Mendi kan lebih dekat, tak pun Asiil) atau kerana saya rasa makanan di sana mahal berbanding kepuasan makan nus firah atau farhah wahidah di kedai Arab dengan harga yang lebih murah. Mungkin juga kerana saya tiba-tiba terasa malas malam ini, atau mungkin kerana mood saya tak berapa baik, atau mungkin kerana sebab-sebab itu semuanya bercampur menjadi satu, atau terkerat sebahagiannya dan bercantum dengan sebahagian yang lain.
Apa yang saya tahu, saya sendiri tak tahu kenapa saya enggan pergi, padahal orang belanja makan. Biasanya saya tak lepaskan peluang ini. Tapi entah, saya sendiri kurang faham dengan diri sendiri. Maafkan saya. Allahu A'lam.
Tuesday, June 19, 2007
Sebetulnya Dalam Kepatutan
Sebetulnya, menghargai ayah dan ibu adalah sangat perlu. Menerangkan sebab adalah tidak perlu di sini kerana semua kita memakluminya. Ayah dan ibu adalah pemanjang langkah kita. Pendalam usaha kita. Banyak benda yang tak dapat kita capai tanpa pertolongan mereka, walaupun dalam beberapa hal mereka juga pendek dalam membantu. Kependekan itu mungkin adalah kelemahan, tetapi kepanjangan dan kedalaman itulah yang perlu dihargai. Yang akan menyukarkan langkah dan usaha kalau kekurangannya.
Bagaimana pula dengan orang yang saya sebutkan sebagai orang yang selalu memikirkan mahu memberi? Ada banyak juga perkara yang akan kita kekurangan atas sebab yang sama. Masalahnya, kita tidak cukup celik melihat semua itu. Selalu manusia menjadi buta dan rabun melihat perspektif ini. Ataupun sebenarnya masalah telah bermula sejak awal, sejak kita asyik tercari-cari sebab untuk menghargai orang lain. Atau sebetulnya, kita langsung tak terfikirkan mengenai orang lain melainkan diri kita sendiri semata-mata sehari-hari hingga tak ternampakkan apa-apa yang melayakkan kita memberi penghargaan kepada mana-mana orang.
Untuk adik saya, Fahmi, yang masuk ke hospital akibat ulser perut, semoga disembuhkan Tuhan segera. Lain kali jaga makanan, okey?
Friday, June 15, 2007
Al-Fatiihah
Bumi Mansurah diselubungi kesedihan yang amat apabila seorang pelajar; Muhammad bin Ishak; (Terengganu) meninggal dunia pukul 1 pagi malam di hospital dauli akibat cedera parah. Banyak kesan tikaman di seluruh badan termasuk di leher, mata, peha dan yang paling teruk di kepalanya.
Kejadian berlaku lebih kurang pukul 7 malam hari Rabu 13 Jun di sebuah rumah pelajar Malaysia di pasar di Dirasat, Mansurah, Egypt. Mangsa yang sedang bermain komputer diserang dari belakang dan bergelut sehinggalah ditetak seluruh badan dengan 3 pisau. Antaranya pisau pemotong daging yang baru dibeli. Mangsa yang ditetak bertalu-talu lari ke balakon dalam keadaan berlumuran darah dan dilihat oleh sebahagian arab di pasar. Maka Arab tadi pun naik ke atas dan menjumpai mangsa terbaring berlumuran darah dan ada pelajar Malaysia lain di sisinya berlumuran darah. Maka Arab menangkap suspek dan menghantar mangsa ke hospital dauli.
Mangsa sedar dalam pukul 10 dan ditanya sebab suspek bertindak begitu; dia menjawab; "Dia tu gila", kemudian dia dibawa ke ICU. Pihak Kedutaan tiba dalam pukul 2 pagi dan diberitakan bahawa mangsa sudah menghembuskan nafas yang terakhir. Mangsa adalah pelajar tahun 3 Kuliah Usuluddin Jurusan Tafsir Azhar Mansurah. Suspek juga pelajar Malaysia. Suspek mengenali mangsa. Al-Fatihah.
Sunday, June 03, 2007
PHP, Joomla, WordPress dan Saya
Saya cuma tahu bahawa data asas perlu diketahui dahulu seperti url untuk control panel, username dan paswordnya, hostname utk SQL, username dan paswordnya, juga FTP server, utk memudahkan upload modul PHP dari komputer ke internet. Tapi tadi, kebetulan web phpnet.us itu telah siap-siap dengan installer Joomla, Mambo, WordPress dan macam-macam lagi, jadi tak perlu susah-susah upload. O ya. Lagi satu yang penting juga, Database Name, bagi satu alamat URL, mesti ada satu database name.
Saya juga membuat WordPress saya sendiri, dengan database name yang kedua. Untuk mencuba saja. Tapi setting dalam wordpress ini bagi saya lebih mudah difahami dari Joomla, mungkin sebab dah biasa, berbanding Joomla yang inilah kali pertama saya mencubanya. Apapun, saya rasa gembira dengan kejayaan ini, walaupun kecil di mata orang lain. Alhamdulillah.
Saturday, May 26, 2007
Pertemuan Dengan Penulis Baru Dan Pelukis Kartun
Kerana itu, ia tidak ada tentatif seperti tentatif majlis, tidak ada pengerusi majlis, apatah lagi catatan kedatangan atau wang pendaftaran. Tapi, bukanlah bermakna kita tak memilih tempat dan masa. Mula lepas asar di Rumah Kelantan Baru, di Hayyu Sabie'.
Istimewanya kerana Ust Ubaidillah kata mahu datang sama. Mungkin kita boleh duduk dalam bulatan dan berbual (atau beramah mesra) dengan penulis dan pelukis prolifik ini. Dia kelihatan mahu berkongsi pengalaman dengan penulis-penulis baru, juga mahu beramah mesra dengan pelukis-pelukis kartun.
Sekali lagi ditegaskan ini bukan program, sebab kita dalam fatrah imtihan. Fatrah imtihan tidak ada program yang berjalan. Tapi ziarah-ziarah dan sembang-sembang tiada siapa yang larang, betul tak? Kalau terasa nak bawa buah tangan, ahlan wa sahlan. Kata Hisyam, kalau dapat makan aiskrim pun sedap juga.
Saya pelawa sahabat-sahabat datang sebab kalau berbual ramai-ramai kongsi pandangan lebih meriah. Insya-Allah tak lama, mula asar, sebelum maghrib dah habis. Dan ya, ini bukan program KELAP, ini bukan bengkel dan ini bukan perbentangan mengenai penulisan kreatif. Saya menjemput rakan-rakan penulis kreatif yang berkarya sejak dulu, juga penulis-penulis baru yang pernah menghasilkan karya. Kata seorang kawan (bukan saya), kita ibarat adik beradik.
Itulah. Nak tanya-tanya khabar. Apa berita? Ada perkembangan baru? Ada hasilkan karya baru? Kalau nak kongsi cerita, kita alu-alukan. Kalau nak tanya pendapat, silakan. Dan kalau nak tandatangan Ubaidillah, bawalah sama KKF ke, CDRK ke, tak pun belikan koperasi rumah Kelantan.
Pelukis kartun juga dijemput sama. Mungkin ada manfaat untuk kita bersama.
Saturday, May 19, 2007
29 - Mari Menuntut Ilmu
Sajak: Mari Menuntut Ilmu
Oleh: Mohd Zaki.
Marilah belajar dengan penuh kesungguhan
dengan segala cara yang kau terfikirkan
semoga hatimu puas tidak tersesalkan
walau yang lain kecewa tidak bersetujuan.
Marilah usahakan segala kaedah dan jalan
redahi onak, duri, ranjau dan cabaran
biar luka parah dan sakit bertahankan
sekalipun yang lain rasa tak berkeperluan.
Marilah menujunya dengan segala kelapangan
dalam hatimu, agar kau menerimanya dengan
segala jiwamu, bahawa inilah rupanya jalan
ditunjukkan dirimu, dengan inti keikhlasan
pada Tuhanmu.
Marilah buangkan ragu-ragu dan dzan
pada diri, bimbang akan tumpas kekecewaan
di akhir nanti, bahawa yakinkan percayakan
tak berbelah bagi, walau yang lain bertanyaan;
apa yang kaubuat ini?
Marilah lupakan kebimbangan tanamkan
keyakinan, buangkan sifat segan
tanyakan segala kekeliruan, hindarkan
bangga diri, tolak pendek ketamakan
kejar dalam kepuasan.
Marilah belajar cantum hubungkan
hujung buaian dengan pangkal kuburan.
Wednesday, May 16, 2007
Selamat Hari Guru
Air kalau dihidang
tanpa gula tiada rasa
alim walau terbilang
tanpa guru tiada bangga.
Untuk yang menjadi cikgu saya walau dengan hanya sebaris ilmu, gelar itu kekal dan dawam.
Antara jahil dengan tahu,
ada bingung di tengah-tengah,
antara ilmu dengan buku,
ada guru di tengah-tengah.
Tanpa kalian, tiadalah saya seperti yang ada di hari ini.
Lekuk batu titisan air,
Limpah sungai muntahan hujan,
Kurang ilmu rusuhlah amir,
Tiada mursyid hancurlah buldan.
Tuesday, May 15, 2007
Selamat Datang Ke Dunia Kreatif
Tentulah, yang mengkagumkan pastinya bukan kerana semata-mata bakat dan asas, tetapi kehendak dan usaha. Semoga kebangkitan penulis-penulis kreatif Timur Tengah (khasnya Mesir) menjadi realiti, menggubal semula pandangan sempit dan cetek yang menghantui penulisan kreatif selama ini. Selamat datang ke pentas yang mana anda adalah pelakonnya!
Sunday, May 13, 2007
Lapis-Lapis Makna Dalam Sebuah Kalam
Dalam hal ini, kita boleh membahagikan kalam kepada beberapa jenis. Pertama, kalam yang hanya mempunyai satu lapis makna. Kalam jenis ini tidak perlu diandaikan dengan makna lain kerana kehakikian yang wujud dalam ayat itu, dan ia tidak mempunyai makna lain. Seperti ayat, nama saya Zaki. Kemudian, kalam yang memungkinkan kewujudan dua lapis makna, tetapi ada karenah (bukti) yang menghalang makna pertama dan mewajibkan makna kedua atau sebaliknya. Seperti ayat, singa yang garang itu suka memaki orang. Ketiga, kalam yang mempunyai dua lapis makna, dengan kedua-dua makna adalah mungkin, dan boleh di dalam ayat. Seperti ayat, si kaki perempuan itu tidak berjaya memancing hari ini. Dalam apa-apa hal sekalipun, kewujudan karenah adalah penting dan bersifat menentu dalam ayat-ayat yang mempunyai dua lapis makna ini.
Secara ringkas, karenah itu ada dua; karenah lafziah dan karenah haaliyah. Karenah Lafziah adalah bukti berbentuk lafaz, di mana kewujudan lafaz ini telah memandu maksud ayat kepada makna pertama dan memalingkannya daripada makna kedua. Manakala karenah haaliyah pula adalah bukti berdasarkan suasana dan keadaan, tidak ada lafaz yang memandu kepada makna murad, tetapi keadaan dan hal sudah memadai untuk membantu pelorongan makna kepada yang sepatutnya.
Kerana itu, apabila seseorang berkata A kepada anda, maka ayat itu hanya boleh berpindah kepada makna B sekiranya ada karenah (dalil atau bukti) di dalam ayat, ataupun hal. Tetapi, sekiranya karenah itu tidak wujud, maka pemindahan maksud dari A kepada B dikira sebagai penipuan. Inilah takrif tipu dari sudut bahasa. Ia berbeza dengan kalam dua lapis makna. Kerana dalam kalam dua lapis makna, melorongkan makna ayat dari A kepada B dengan karenah itu tidak dikira tipu. Karenah itu wujud, dan kewujudannya memandu makna ayat kepada makna murad. Kerana itu, sekiranya anda menemukan jurucakap dua lapis, maka akal perlulah celik dan meneliti lapis-lapis makna dan mengambilnya berdasarkan murad, tentunya berdalilkan karenah.
Di sinilah kita membezakan antara cakap dua lapisan dengan cakap bohong atau dusta. Walaupun kedapatan pendapat yang mengatakan bahawa ayat-ayat majaz adalah ayat yang bertujuan menipu, atau sekurang-kurangnya mengelirukan orang, tetapi pendapat ini sangat lemah, kerana cakap-cakap majaz ada dalam semua bahasa manusia. Hatta bahasa Melayu sendiri. Cakap majaz sekalipun agak mengelirukan kerana pemesongan makna dari makna pertama kepada makna kedua, tetapi dengan memahiri karenah, seteruk mana pun pemahaman ia, dia tidak dikira ditipu, sebaliknya dikelirukan. Keliru dan tipu adalah dua perkara yang berbeza.
Sebagai contoh, seseorang datang dan berkata, sekiranya anda boleh mencarikan saya seseorang, saya akan izinkan anda mengambil kereta saya. Kemudian, apabila anda datang membawakannya orang yang dia ingin cari, kemudian anda menuntutnya kereta, dia berkata, saya maksudkan, saya beri kereta itu setelah anda tamat belajar, bekerja, dan mengumpul wang yang cukup. Nah, antara ayat pertama dengan ayat kedua, adakah ia layak dikira sebagai ayat dengan dua lapis makna, atau ayat yang semata-mata dusta?
Saya tidak menemukan sebarang karenah dalam ayat pertama yang memberi petunjuk tentang kewujudan makna yang wujud dalam ayat kedua. Ini bukan majaz, bukan ayat dengan dua lapis makna, kerana tiada sebarang karenah, sebaliknya penipuan dan pembohongan. Baik karenah lafziah mahupun haaliyah, kedua-duanya tidak ada. Maka, ia diputuskan sebagai kalam dusta.
Tetapi, sebagai seorang manusia yang mempunyai bukan sahaja dua lapis makna dalam pertuturan, tetapi juga harus mempunyai dua lapis fikir, haruslah cuba merenung dua kali lebih dalam daripada biasa. Kemampuan merenung juga ada banyak lapis, dan bertahap-tahap. Kalau anda perasan, ada juga bentuk-bentuk penipuan yang berlaku, dan ia tidak lebih daripada ‘mahu mengalaskan kata supaya tak pedih’, atau ‘tidak mahu memberitahu sebab sebenar lalu mereka-reka sebab lain’. Dalam hal ini, saya tak punya banyak komen. Wallahu a’lam.
Friday, May 11, 2007
Isim Tas-Ghiir ms 73
Jika isim yang hendak ditas-ghirkan menunjukkan kepada makna jamak, maka ia tidak akan keluar daripada salah satu yang berikut:
Pertama: Ismu l-Jinsi l-Ifraadii1, iaitu: (kalimah) yang menunjukkan kepada makna sedikit ataupun banyak, seperti: zahab (emas) dan fiddoh (perak) dan maak (air) dan turoob (tanah), dan pentas-ghirannya adalah ke atas lafaznya sendiri, maka kau katakan untuk tas-ghirnya : zuhaib, dan fudoidah, dan muwaiyah, dan turoiyib.
Sesungguhnya ia (kalimah jenis ini) ditas-ghirkan ke atas lafaznya sendiri, kerana lafaznya mufrod.
Kedua: Ismu l-Jinsi l-Jam-'ii2, iaitu: (kalimah) yang mempunyai mufradnya daripada lafaznya sendiri, dan dibezakan di antaranya dengan mufradnya dengan taa kebiasaannya, dan dengan yaa musyaddadah jarang-jarang, seperti: tamr (tamar), syajar (pokok), baqar (lembu), ruum (rom) dan 'ajam ('ajam), sesungguhnya lafaz mufradnya: tamrah, syajarah, baqarah, ruumiyy, 'ajamiy, dan pentas-ghirannya berlangsung ke atas lafaznya, kerana ianya mufrad, maka kau katakan pada pentas-ghirannya: tumair, syujair, buqair, ruwaim, 'ujaim
Ketiga: Ismu l-Jam-' 3 (Isim Jamak) iaitu: (kalimah) yang tidak mempunyai mufradnya, dan ia bukan dari mana-mana wazan daripada wazan-wazan jamak taksiir yang terpelihara (ditetapkan), seperti qaum (kaum), ibil (unta), rah-t (sekumpulan). Dan pentas-ghirannya berlaku ke atas lafaznya, kerana ia mufrad, maka kau katakan pada pentas-ghirannya: quwaim, ubail, ruhait.
Saturday, May 05, 2007
Pemasukan Kalimah Arab Ke Dalam Bahasa Melayu, Panduan Dan Cara.
Sebagai seorang yang sedar bahawa saya bukanlah seorang yang mempunyai kelayakan menentukan proses pemasukan kalimah daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu, maka ia barangkali sekadar panduan, dan bukanlah ketetapan. Kalau sudah ada tulisan orang lain yang terdahulu mengenai tajuk ini, anggaplah ia sebagai cadangan peribadi saya.
Memasukkan kalimah bahasa Arab ke bahasa Melayu selalunya berlaku di pihak penterjemah yang sentiasa berusaha dan cuba memberikan terjemahan paling tepat dan adil, tanpa bersikap menambah atau mengurang, atau mengubah, kecuali menjelas. Seorang kawan berkata, kerana bahasa Arab terlalu kompleks dari segala sudut menyebabkan, penterjemahan kalimah seringkali dilihat sama ada tidak tepat, atau semakin memeningkan, atau tidak memadai dengan maksud sebenar yang wujud dalam bahasa Arab itu sendiri.
Pada saya, kerana kekompleksan makna yang wujud dalam sesuatu kalimah bahasa Arab menyebabkan ketidakpadanan antara satu kalimah bahasa Arab apabila mahu dicarikan gandingan setaranya dalam bahasa Melayu. Kebiasaannya, makna yang dibawa itu hanya dapat ditawarkan dengan beberapa potong kalimah lagi atau hingga perlu kepada penjelasan berbentuk ayat. Maksud saya, apabila penulis itu cuba memberikan terjemahan paling adil dan tepat, berbeza kalau berbeza pendirian.
Kerana itu, saya mencadangkan pemindahan kalimah. Namun setelah saya teliti, tidak semua kalimah dalam bahasa Arab itu boleh dipindahkan ke bahasa Melayu. Bagi saya, hanya perkataan-perkataan tertentu saja layak dipindahkan, seterusnya ia perlu juga kepada penilaian semula berkenaan cara penggunaan agar penggunaan sambil lewa dan sewenang-wenangnya tidak berlaku.
Apabila memindahkan kalimah, kita bukan semata-mata memindahkan bunyi dan menawarkan huruf baru yang sepadan dengan bunyi kalimah, tetapi kita juga memindahkan ilmu dan makna yang terkandung dalam kalimah. Kerana itu, saya fikir, pemindahan boleh berlaku apabila kita berada di posisi memahami kalimah dengan benar dan betul.
Pertama, isim ( kata nama ) adalah bentuk kalimah bahasa Arab yang bersifat mudah serap ke bahasa Melayu. Pemindahan isim atau kata nama ini bagi saya adalah lebih terbuka dan boleh dimasukkan terus ke bahasa Melayu, namun saya berpendapat ada wajarnya beberapa hal lain turut diambil kira. Iaitu, hanya isim dan bukan lain-lain yang bermuta’allik (bergantung, berkait) dengan isim tersebut seperti dhomir dan adat. Kerana itu saya merasa layak untuk isim itu ditogelkan daripada adat takrif seperti al dan dhomir seperti domir muttasil. Lagipula kita mempunyai dhomir yang sebandingan dengannya, iaitu kata ganti diri.
Kemudian, pemasukan isim perlulah bersifat mufrad atau jamak, tetapi bukannya musanna. Pemasukkan isim yang mufrad dan jamak lebih sesuai kerana boleh mengikut rentak ayat dalam bahasa Melayu apabila ayat dalam bahasa Melayu turut menggunakan bilangan dalam masa yang sama. Maka, muhammadaini boleh ditulis sebagai dua muhammad, dan bukan memindahkan lafaz musanna itu sendiri.
Kemudian, kerana sifat bahasa Melayu itu sendiri kelihatan mesra dengan bunyi majrur yang ada pada kalimah arab, maka pemindahan isim kurang sesuai dipindahkan dalam bunyi marfuk atau mansub. Sekalipun kedudukan marfuk berada di kedudukan asal hukum sesuatu kalimah dalam bahasa Arab, namun penilaian bunyi memilih majrur lebih mesra kepada bahasa Melayu. Kecuali jika kalimah itu tidak mempunyai bunyi yang majrur dan terpaksa dipindahkan seperti mana halnya ia. Contoh yang paling mesra seperti muslimin, hadirin dan lain-lain.
Kemudian, pemasukan isim zat perlu dibezakan sedikit dengan isim sifat, atau sekurang-kurangnya perlu ditanda bagi tidak disalahkenal antara keduanya. Isim-isim sifat akan berada di tempat yang sama padan dengannya dalam bahasa Melayu, begitu juga dengan isim zat. Ini kerana, kedudukan isim sifat dalam bahasa Arab bersesuaian dengan pemakaian imbuhan dalam bahasa Melayu, demi menyelaraskan bunyi dan makna. Seperti lafaz bermuta’allik. Adapun isim zat seperti waziir tidak memerlukan imbuhan apabila ia digunakan sebagai isim zat sendiri. Seperti saya melantik 3 orang waziir. Kemudian, lafaz imbuhan ber yang memasuki isi zat akan membawa erti mempunyai, dan bukan bermakna sifat.
Adapun fe-‘el, saya tidak menjumpakan satu cara pemasukan yang baik melainkan dengan menukarkannya kepada bentuk masdar. Ini kerana masdar tidak mempunyai awalan dan akhiran yang melentur mengikut fa-‘el seperti yang berlaku dalam fe-‘el. Lagipula, masdar dalam bahasa Arab mempunyai makna fe-el, maka penukaran fe-‘el kepada masdar apabila mahu memindahkannya ke bahasa Melayu adalah satu tindakan yang betul, sesuai dan mesra dengan bahasa Melayu.
Barangkali kerana fe-‘el itu sendiri mempunyai awalan dan akhiran yang sangat banyak, maka ia sukar dipadankan dengan bahasa Melayu yang juga punya awalan dan akhiran dengan setiap awalan dan akhiran punya makna tersendiri. Lantas, penukarannya kepada bentuk masdar adalah sesuai sebelum dipindahkan ke bahasa Melayu.
Seterusnya mengenai sistem ejaan. Sekalipun sudah ada format tertentu dalam pemindahan sebarang kalimah dalam apa juga bahasa pun ke bahasa Melayu, namun saya secara peribadi merasakan sistem pindahan berdasarkan bunyi makhraj yang keluar adalah sistem ejaan tertepat sekali. Walaupun benar, ada huruf tertentu seperti ha bulat dan ha nipis, atau seperti sin dengan sod, atau beberapa huruf lain; dengan keadaan setiap dua huruf dalam pasangan tersebut memakai huruf yang sama ketika ejaan dijalankan. Kerana persamaan ini, kita tidak dapat memindahkan kalimah sebenar kerana kemiripan bunyi.
Saya sendiri sering menguji ejaan ini dan merasakan penggunaan tanda sengkang akan banyak digunakan demi memisahkan bunyi yang boleh disalahbaca apabila tanda sengkang tidak diletakkan. Begitu juga dengan tanda dhommah dan baris-baris lain yang berada di akhir setiap perkataan. Ia juga suatu hal yang harus difikirkan.
Namun, saya juga terkesan dengan pendapat seorang kawan, katanya, bahasa Arab itu dengan lafaznya yang paling asal adalah dalam posisi terbaik yang tak terbanding dengan mana-mana kalimah sekalipun dalam bahasa Melayu, apatah lagi kerana kedapatan kalimah yang ulamak sendiri berselisih pendapat dalam memaknakannya. Maka, pemindahan kalimah bagi saya adalah sesuai dalam kes ini (kerana perselisihan memaknakan, kemudian jangan lupa letakkan syarahnya di bawah) tetapi menjadi tidak sesuai apabila merujuk hal kesempurnaan nilai dalam bahasa asal, kerana zauk Arab tidak terpindah bersama.
Walaubagaimanapun, bagi saya, dengan cara ini banyak juga faedah yang boleh diraih bersama.
Thursday, May 03, 2007
32 Ke 23 Ya?
Tuesday, May 01, 2007
Tunggu.
Monday, April 30, 2007
The Behavior Of Them
I can't forgive them for their stupid behavior, for not letting me publish it myself but keeping it unpublished for years! Why just don't tell me for their unwillingness and say sorry? I don't remember forcing anybody to something they dislike, so if they don't agree with my offer, why don't just let it go?
I thought maybe there was some circumstances that block their way, or maybe for some other problems, but to tell the truth, I had already offer them my own money so they can make this things settle from the very start. Can you think if someone came giving your his finished work, and it was ready to get printed, and you just delayed it as you please for years, and he asked very politely if he could help to make this thing finish early, and offer his money if that was the problem you had, how could you delay it for nothing? How can't you even think what he would feel toward this simple easy matter?
And how could he describe this other than a word of stupid? That is how I fell. And it made me very mad, and if I let my emotion spread this thing clearly in the public with the common language which is easily to be understand, even me will not willing to stand it if I were they. So I pretend not to be mad in front of them, and be as politeness as nothing happened, and try as hard as I can to forget it, (and to forgive it). But still, I fell uneasy to not tell this to anybody, and at least to myself.
From the bottom of my heart, I think this may comfort me a little after this sort of hell feeling I felt toward this thing. May Allah forgive me.
Membentuk Sikap La Adrii
Mungkin memfokuskan sikap la adri kepada persoalan agama adalah sesuatu yang tidak tepat, kerana ia harus dan boleh wujud pada setiap bidang pun. Adalah tidak betul untuk sentiasa berasa tahu dan boleh menjawab semua soalan dan memberikan jawapan, kerana yang sentiasa tahu dan maha tahu cumalah tuhan yang maha esa. Kerana itu, apa-apa bidang sekalipun bahkan bidang bahasa, bersikap la adri adalah betul dan baik, kalau memang kita tidak tahu. Atau dalam erti kata lain, bersikap rendah diri dan berkata tidak tahu pada yang kurang yakin pasti.
Tetapi tujuan saya memfokuskan kepada bidang agama adalah kerana bidang ini adalah yang perlu dijaga maslahatnya, tidak terburu-buru untuk sentiasa menjawab dan bersikap sentiasa ada jawapan. Imam Malik, seorang mujtahid yang merupakan guru Imam Syafii, boleh bersikap dengan sikap ini apatah lagi kita, bukankah lebih aula lagi. Tapi malangnya, kerana beberapa sikap dan pendirian sebahagian kita suka untuk menjawab dan mengatakan tahu walaupun masih jauh dari hakikat tahu.
Memakai sikap ini akan menjadikan kita rasa malu dan segan kerana kelihatan jahil, tidak berilmu, lemah pengetahuan, dan tidak layak mendapat penghormatan. Sanggupkah anda menjatuhkan air muka dengan mengatakan la adri, apatah lagi ketika berdepan dengan orang yang anda rasa kurang ilmunya dari anda. Kebanyakan manusia tidak sanggup, kerana ini adalah aib, kekurangan, kelemahan, dan perkara ini seolah-olah menghina diri sendiri di hadapan orang lain.
Oleh kerana itu, membentuk sikap la adri perlu kepada ketahanan diri kepada sikap aib, merasa malu, perasaan dijatuhkan air muka, dan sebenarnya semua ini adalah latihan kepada sikap tawaduk manusia. Manusia yang kurang sikap tawaduk dan asyik merasa hebat, besar dan serba tahu (baca: alim) akan terasa terhempap dan tertekan jauh ke dalam bumi bila mana mahu mengatakan saya tidak tahu.
Kerana itu, sikap sebenar yang menghalang kita bersikap la adri adalah pada sikap ‘ujub dan besar diri, atau sikap takabbur dalam hati. Kalau kita ada rasa rendah diri, untuk menyatakan la adrii sebenarnya bukanlah sesuatu yang berat, kerana kita cuma menyatakan hak bahawa kita memang tidak tahu, atau kita kurang yakin dan memilih untuk berwaspada dan berkata tidak tahu. Ia bukanlah pencelaan terhadap air muka tetapi pencelaan terhadap sikap takabbur dan bangga diri.
Sikap la adri boleh tampil dalam sikap normal kita, tanpa merasa diri diaibkan, atau dimalukan, atau dijatuhkan air mukanya. Tetapi perlu lebih dulu kesanggupan diaibkan, atau merasa aib dan sedar akan kelemahan diri sendiri. Atau sekurang-kurangnya, boleh merendahkan diri dan memilih untuk mengakui kelemahan diri sendiri. Menjadikan sikap la adri dalam paras normal sikap manusia memerlukan sikap ‘menyedari kelemahan diri’ dan tidak berlagak dan mempertahankannya. Sikap la adri juga boleh meresap ke paras normal sikap seseorang dengan kesedaran dan keinginan menjadikan agama (dan ilmu) jauh dari menjadi silap di tangan seorang jahil bernama kita.
Atau sekurang-kurangnya, kesedaran bahawa kita belum begitu alim, atau masih jauh dari tahap itu. Keinginan untuk menyelamatkan agama dari fitnah berpunca kesombongan kita mempertahankan kejahilan kita adalah sesuatu yang betul. Ia bukan aib tetapi suatu kebenaran. Sikap la adri muncul juga dari sini, dan di atas kesedaran yang sama, keinginan yang sama, untuk tidak merosakkan agama (atau mana-mana seni ilmu) hanya kerana sikap menjaga air muka.
Kerana itu, adalah penting juga bagi orang awam (atau orang yang bukan bidangnya) memahami sikap la adri lebih dari makna bahawa orang yang ditanya ini tidak tahu. Ia mengandungi pelbagai sikap dan makna tambahan, bahkan keinginan yang baik. Sikap banyak bertanya bukanlah buruk tetapi perlu juga pada sikap la adri dan memahaminya.
Melompat kepada kesimpulan walaupun belum masanya; sikap ini adalah betul dan tidak perlu malu untuk menjadikannya ke paras normal sikap kita.
Friday, April 20, 2007
Muqaddimah Itu Penting Sebelum Hasil
Dengan buku setebal 192 mukasurat, saiz hampir sama dengan novel Maria, saya cuma jual LE 6, dan kalau ada yang datang beli di rumah saya jual LE 5.25, sungguh saya tak berniatkan keuntungan. Kos bahkan sangat tinggi.
Apabila meninjau, rupanya dunia percetakan di Mesir di kalangan Azhari tidak meriah. Setelah saya sendiri terjun dalam dunia ini, saya lihat, terlalu banyak 'rintangan' yang bersifat 'melemahkan'. Seorang kawan memberikan komen, suasana lebih kepada menekan dan tiada bentuk yang kelihatan 'menggalak'.
Adalah amat malang bagi saya, sekiranya mereka yang mempunyai niat yang baik ini terpaksa 'berjihad' melawan segala jenis macam dugaan, dan apa yang ada di depannya cuma segala kesusahan dan 'pembantutan usaha-usaha' baik.
Sebagai seorang siswa, saya sendiri kecewa dengan keadaan ini, dan berharapkan, kalau benar mahukan sesuatu hasil, muqaddimahnya adalah sesuatu yang mesti. Mahukan hasil tapi langsung tak membantu, menyokong, menggalak, memantau; adakah itu boleh dikira sebagai 'pengharapan yang benar' atau sekadar 'slogan kosong yang tak bererti apa-apa'?
Saya percaya, dengan harga yang murah ini buku ini kurang membebankan untuk dibeli. Dan semoga semakin mudah untuk dibaca. Saya percaya apa yang saya buat ini betul dan patut. Perhatikan sejarah di mana khalifah-khalifah Islam dulu sanggup memberikan hadiah yang 'besar-besar' dan 'lumayan' kerana mahukan kitab-kitab asing diterjemahkan ke bahasa Arab, hingga 'proses perkembangan ilmu' berkembang biak dengan penggalakan seperti ini.
Itu yang saya perhati. Betul dan tidaknya saya serahkan pada semua.
Thursday, April 19, 2007
Surat-Surat Perempuan Johor & Andalus Menangis
Novel SSPM bagi saya adalah sebuah novel yang tidak terlalu berat, tetapi mengenangkan isinya sudah menjelaskan sebeban bahan yang perlu dikaji dan diulas sebelum boleh dimasukkan ke dalam karya. Novel ini kaya dengan banyak kalimah terutamanya bahasa Arab, apatah lagi gaya bahasa Melayu lama yang mengesankan saya.
Andalus Menangis pula memuatkan sejumlah sajak yang segar, dengan pelbagai tema, tetapi saya gemar dengan beberapa sajak daripada beberapa penulis, antaranya Fahd Razy. Sudah agak lama juga saya meneliti sajak beliau dan saya amat tertarik dengan sajak berkonsepkan 'adalah' ini, atau konsep subjek predikat ini. Sajak saya yang baru-baru ini [ Untuk Yang Terutama, Mengingati Yang Teristimewa ] adalah terkesan dengan ke'adalah'an yang beliau bawa dalam sajak beliau.
Saya rasa komentar ringkas ini wajar dan tidak terlalu bersikap 'terjah yang semberono' macam saya lakukan kali dulu. Maaf kalau ada menyinggung di mana-mana. Terima kasih juga kepada yang beri pinjam buku.
O ya Fahd. Nama saya pun ada dalam Andalus Menangis sedang saya tak kirim apa-apa, buat saya rasa segan. Al-aula fa l-aula, masih ada lagi yang lain.
Wednesday, April 18, 2007
Sekitar Antologi CDRK
Penyusun I : Amiza Khusyri Yusof
Penyusun II : Mohd Zaki M.Noor
Designer Kulit :Alexandaricairo
Penerbit : Penerbitan Mohd Zaki
Muka Taip Teks : Bookman Old Style
Cetakan : Pertama April 2007
Saiz : 12 x 16 cm
Muka surat : 192 muka surat.
Disemak dengan Kamus Dewan Edisi 4.
Usahasama bersama Komuniti Adabuna.
Harga:
Mesir - LE 6
Mesir - LE 5.25, beli di rumah Tanjung Puteri dengan saya.
Malaysia - RM 11, termasuk penghantaran pos laju.
Malaysia - RM 6, beli hand by hand.
[ Sekiranya betul belanja pos laju adalah RM 5, tertakluk pada pindaan ]
Pembeli dari Malaysia sila tempah dulu supaya saya bawa bilangan unit yang cukup semasa pulang ke Malaysia tengah Julai ini. Tempahan melalui e-mel di e-mel mohd.zaki.m.noor [at] gmail.com
Cara pembayaran akan dimaklumkan kemudian.
Sekalung terima kasih kepada semua yang membantu, baik sebelum pencetakan mahupun semasa pencetakan. Sahabat baik saya, Ellyeen Amineen, ahli bait Tanjung Puteri, Ustaz Masnor Hamzah, juga orang perseorangan yang tidak disebutkan namanya di sini.
[Mereka yang mahu mempromosi dialu-alukan]
http://antologi-cdrk.blogspot.com
Antologi Cinta Dan Rona Kinanah [ CDRK ]
Monday, April 16, 2007
Bayt 26 Dari Laamiyatu l-'Arab
وَأَغْدُو عَلَى الْقُوتِ الزَّهِيدِ كَمَا غَدَا # أَزَلُّ تَهَادَاهُ التَّنَائِفُ أَطْحَلُ
Wa argh-du ‘a-la l-quuti z-zahiidi ka ma ghada # azallu tahaadaahu t-tanaa-ifu athalu
Aku makan (tengahari) makanan yang sedikit, seperti mana serigala makan (tengahari), padang pasir memandu/mendorongnya (serigala) – (padang pasir yang) berwarna putih-putih kelabu.
أَغْدُو - فِعْلٌ وَ فَاعِلٌ
عَلَى الْقُوتِ الزَّهِيدِ – جَرّ وَمَجْرُور | الزَّهِيد صِفَةٌ، والقُوتُ مَوْصُوفٌ
غَدَا أَزَلُّ – فِعْلٌ وَ فَاعِلًُ
تَهَادَاهُ التَّنَائِفُ أَطْحَلُ – فِعْل مَفْعُول فَاعِل | أَطْحَلُ خَبَر لِمُبْتَدَاء مَحْذُوف تَقْدِيرُهُ – وَهِيَ أَطْحَلُ
| وَجُمْلَة - هي أطحل - صِفَة، التَّنَائِف مَوْصُوف |
وَجُمْلَة - تَهاداه التنائف أطحل – صِفَة لِأَزَلّ
أَغْدُو كَمَا غَدَا أَزَلُّ
أَغْدُو : أَكَلَ الْغَدَاءَ – وَالْغَدَاءُ : أَكْلَةُ الظَّهِيرَةِ – أَيّ فِى وَقْتِ الظَّهِيرَةِ
Argh-du : makan ghadaak – dan ghadaak adalah makan tengahari – iaitu, makan di waktu tengahari
الزَّهِيد : الْقَلِيل
Az-zahiid : sedikit
أَزَلّ : الذِّئْبُ الْخَفِيفُ الْعَجْزُ
Azallu : serigala yang kurus lagi lemah.
التَّنَائِفُ : جَمْعُ التَّنُوفَة وَهِىَ الصَّحْرَاءُ
At-tanaaifu : jamak tanuufah – iaitu, padang pasir
أَطْحَلُ : الَّذِى لَوْنُهُ بَيْنَ الْغَبَرَةِ وَ الْبَيَاضِ
Athalu : yang mana warnanya antara (warna) debu dengan warna putih.
Friday, April 13, 2007
Status YM Dan GT
Atainaakum Linahdiyakum Azaahiiran Wa Raihaanaa, Bi Alhaanin Nasuubu Lakum, Funuuna sh-Syi'-ri Alwaana
Tafakkodtu Amaaraata Zakaa-ik : Ayy : Dakkoktu n-Nazara Fi Alaamaati Fatoonatik
Anta r-Rajulu l-Kook
Iqtahama l-Jamiiu l-Imaarah : ÇÞÊÍã ÇáÌãíÚ ÇáÚãÇÑÉ : Ayy : Dahala 'Anwatan : Bi kuwwah
Al-Mahkamatu l-'iraaqiyyatu Tan-syuru Qaraara t-Tamyiizi Bi Takyiidi I'-daami Saddaam
Saqoto 'a-dadun mina l-junuudi l-amiirikiiyiini baina kotiilin wa jariihin fi hujuumin istahdafa dauriyyatan amiirikiiyatan syarqa l-falluujah (dauriyyatun ayy al-'a-sasu ayy rijaalu l-amni)
Irgh-tisoobu junuudi hifzi s-salaami (fi s-Suudaan) Fatayaatin Qoosirootin
Takhzuluhu Ba'-da Nusratihi Ilaik Khiaanatun 'Uz-ma
Fi l-'ajalati n-nadaamah | Dalam ketergesaan itu ada penyesalan
Arg-silu Albisatii Fa La Tuz-'ijnii Hatta Udh-toorra Ila Jawaabik
Laa Tastab-'idiini
wa-ada ya-idu wa-adan fa huwa waa-idun | wa-ada sh-syahsu l-binta | ayy, dafanaha fi t-turoobi haiyatan
Wednesday, April 11, 2007
Sekitar Pembentangan Pengenalan Penulisan Kreatif Di Zaqaziq
Badan yang kepenatan mengingatkan saya pada sambutan yang menjadi hangat walaupun bermula agak hambar. Sepanjang perbentangan, yang bermain di kepala saya adalah diri saya sendiri. Mengetahui teknik dan cara tidak menjaminkan kewujudan hasil. Mahukan hasil perlu pada usaha dan saya suka menilai dengan melihatkan hasilnya.
Beberapa pelajar perubatan akhawat turut serta, namun tidak dapat mengalahkan jumlah ikhwah. Tapi saya sendiri kurang pasti, sedalam mana mereka faham, dan sejauh mana mereka mahu. Semuanya terpulang. Dalam pembentangan kali ini, saya berperanan menerangkan beberapa tips penghasilan cerpen, melorongkan kembali pemahaman cerpen kepada pemasukan ilmu bantu, dan menerangkan beberapa perkara lain yang berkaitan.
Apa yang agak kelakar apabila saya ditanya mengenai antagonis dan pratagonis (eja tu entah betul ke tidak) lalu tersalah jawab. Lantas ditegur akhawat dan pengisi yang dua orang. Kerana (baca:kelakar) sungguh, saya tak belajar semua itu. Bahkan saya sendiri merasakan ia kurang penting untuk diterangkan di level pengenalan ini. Memadai (bagi saya) menerangkan watak (yang paling asas) - orang kata, dari asas ke asas - juga komponen asas yang lain kemudian mencuba menulis. Lihat mana yang dikatakan faham, dan mana yang dikatakan keliru. Atau mungkin kerana saya rasa peserta lebih arif dengan hal ini; mereka belajar komponen sastera dalam Bahasa Melayu dan ramai yang dapat satu; sangat jauh kalau mahu dibandingkan dengan saya yang tidak pernah belajar komponen sastera dan natijah Bahasa Melayu cuma tiga.
Kerana itu, saya berkeyakinan mereka boleh menulis dengan lebih baik berbanding saya. Hm. Saya menunggukan hasilnya bila-bila masa.
Friday, April 06, 2007
Hasil Suatu Hipotesis Kepada Satu Mauduk, Lalu Apakah Hasilnya?
Antara hipotesis yang saya bentuk adalah, syarat tidak boleh didampingi fa, atau fa tidak boleh memasuki syarat, kemudian bertukar kepada hipotesis baru bahawa fe-'el amar tidak boleh menjadi syarat. Hipotesis itukan namanya hipotesis, sekadar ketekunan minda dan gerak hati.
Sekian lama kajian berjalan secara santai - kerana saya ada banyak kerja lain - saya semakin meyakini dan meneguhkan pendirian saya terhadap hipotesis dengan merujuk beberapa kamus, kemudian kedapatan satu ayat Quran yang didatangkan Ellyeen yang seolah-olah bertentangan dengan mauduk kajian. Atau lebih tepat, bertentangan dengan intipati hipotesis.
Tapi hari ini, secara tak sengaja saya terjumpa jawapannya bila belek-belek Tash-yiidu l-Mabaanii, mu-allifnya adalah Syeihu l-Muhaddits Abdullah Bin Mohd al-Ghumarii. Jawapannya ada di situ. Hipotesis saya betul, cuma masih banyak persoalan yang masih perlu dijelaskan sebagai lanjutan.
Cuma, kadang-kadang rasa kerdil bila ilmu sikit pun teringin nak buat kajian, padahal hakikat dan jawapan sudah lama ada tapi tak terlihat. Alhamdulillah, hipotesis saya positif!Benar.
Gabung
Thursday, April 05, 2007
Terima Kasih Yang Sangat-Sangat, Dari Saat Ke Saat
Tapi sekarang saya menulisnya. Ini adalah ucapan terima kasih saya khas untuk sahabat baik saya yang menemani saya setahun lebih di Mandarah. Yang membantu saya dalam bermacam-macam kesusahan yang menimpa saya. Yang menjadi pendengar setia untuk setiap luahan, isi hati dan fikrah saya. Yang memahami saya di waktu getir dan bingung.
Ini adalah terima kasih yang benar-benar, kerana menjadi sahabat di tempat yang tiada sahabat, menjadi teman di daerah yang tiada teman, menjadi pendamping di dunia yang tiada pendamping - kecuali sedikit. Dalam kegusaran yang menghantui dia memahami, dalam kebingungan yang menekan dia menemani, dalam kerisauan yang mengucar dia ada di sisi.
Untuk sahabat baik saya, Ellyeen Amineen, padanya tulisan ini saya nukilkan. Lambat bukan bererti lupa, ia sentiasa bermain-main di fikir saya. Semoga semua kita dimudahkan Allah hendaknya, layaknya dan perkenannya.